Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Momsy of 1 handsome son
PROLONG JAUNDICE
Ibu ibu, macam mana nak hilangkan prolong jaundoce anak? Saya sedih + stress. Masa anak saya umur 4hari, doktor detect jaundice 15.9. Lepastu, naik 16.9. So doktor sarankan sewa incubator dua hari. Alhamdulillah turun sehingga 12.9. So doktor ambil semula incubator and minta pantau anak tanpa incubator, tapi bacaan melonjak naik 15.9 selepas dua hari. Pantau lagi dua hari, then turun 13.3. Harini check, melonjak naik 15.1. Dua kali melonjak naik. Sekarang doktor letak status prolong jaundice. Macam mana nak turunkan kuning? Please bantu saya.
SAKIT BELAKANG
Saya nak masuk 31minggu. Pregnancy kedua. Tapi pregnancy kali ni berbeza sangat berbanding yg pertama. Perut saya berat, kadang pergi jalan2 tu saya terpaksa pegang perut dari bawah untuk ringankan. Lepastu saya sakit belakang bahagian tali bra tu. Normal ke? Kalau normal, kenapa ye?
HUBUNGAN BERSAMA SUAMI
Ibu ibu semua. Saya nak share situasi saya. Sekarang saya pregnant kedua, kandungan dah 4bulan lebih. But pregnancy kalini jauh beza dengan yang pertama. Saya perasan, setiap kali saya bersama dengan suami (air mani buang dalam), keesokan harinya saya akan mengalami pening kepala yang teramat sakit. Kadang rasa nak pecah. Saya akan sakit kepala selama 2-3 hari kemudian keadaan akan normal semula. Even suami saya sendiri pun perasan, setiap kali kami bersama, memang saya akan pening kepala. Jadi soalan saya, adakah ibu ibu semua pernah alami macam saya alami? Atau situasi saya ni hanya kebetulan sahaja & tiada kaitan dengan air mani? 🥹
KERAP MUNTAH
Hai mommies. Saya sekarang pregnant 4months lebih dah. Tapi kadang2 pening kepala tu datang tak tentu masa. Kadang selepas 2minggu, pening datang semula sampai rasa nak pecah kepala. Kadang saya fikir positif, maybe anak dalam perut nak membesar. Jadi proses pembesaran tu mmbuatkan saya pening kepada + muntah teruk. Tapi betul ke apa yang saya fikir? Atau mommies ada kata2 lain? 😞
BLEEDING ATAU AIR KECING?
Hai mommies. Saya nak masuk 4bulan. Nak tanya. Ini apa ye? Air kencing ke? Kenapa warna mcm campur bleeding? Atau saya salah tengok?
SEMBELIT MELAMPAU
Mommies, normal ke kalau sakit sangat perut sebab nak membuang, tapi bila membuang, sembelit. Najis 2-3 ketul je macam najis kambing. Tapi sakit perut tu macam nak tercirit jeeeeee 😂 Rasanya dah banyak minum air.
LOYA PADA MAKANAN
Hi mommies. Saya preggy kedua, baru week 10. Normal ke geli pada ayam, tetel atau benda2 organ dalaman. Sebelum ni tak pun. Lepastu, saya mudah loya pada setiap makanan. Lepas makan, mesti nak muntah. Lepastu tak boleh makan makanan yang sama. Kena masak baru and new menu. Macam berlebihan pula 😂 Tapi itulah yang terjadi. Mommies ada yang pernah alami macam saya ke? Ada tak jenis makanan yang tak mudah loya? Suggest please
BERSAMA SUAMI
Saya pregnant 10w. Normal ke bila bersama suami tu sakit? Bukan sakit sebab apa, tapi sebab “kering”. Macam takda keinginan untuk bersama tapi lakukan juga kerana suami mahu?
LOYA MELAMPAU
Saya pregnant almost 2months (anak kedua), normal ke rasa loya nak muntah time MALAM sahaja. Siang tak sangat, bila malam je rasa melampau lampau loya tu 😭 Kadang sampai tak boleh tidur sebab terlalu loya. Kemudian diikuti dengan rasa lapar. Masa anak first, tak macam ni pun. 😭
Perut cramp
Usia kandungan baru 5w. Normal ke rasa cramp kat perut? Lepastu dah mula rasa penat. Normal ke?