Stress GDM
Hi mommies, saya nak meluah yang saya stress betul sebab kena GDM 2nd pregnancy ni. Minum air gula kali ke3 sangkut, haritu kena kawal berat sebab naik hampir 10kg, ni tetiba sangkut GDM pulak. Sekarang jujur cakap saya rasa macam terbeban nak makan apa-apa. Rasa macam taknak makan langsung dah. Nak kena check BSP selang 2 hari 4 kali sehari tu makan modal test strip, nak makan yang diet saja semua pun nak pakai duit. Jadi saya dah beberapa hari ni asyik skip makan sama ada malam atau tengah hari. Makan biskut atau yogurt gitu je sebab rasa stress sangat nak makan apa-apa dah. Bila tanya dietian kebanyakkan makanan yang saya makan sekarang adalah karbo, tahlah pening nak jaga macam mana dah. Nak masak berdiri lama-lama saya dah masuk 33w memang tulang pinggul sakit jela. Nak beli hadoi duit lagi, stress lah. Saya taknak orang nasihat sabar, saya nak orang paham saya tu je.
seorang ibu ❣️