Macam bau-bau nak kena cucuk insulin

Bacaan pagi tadi. Saya start puasa jam 4 petang. Last meal nasi putih tak habis, ayam kampung goreng, sayuran mentah (carrots, timun, daun salad), sambal hijau sesudu. Lepas 4 petang saya minum air masak sehinggalah jam 12 tengah malam saya telan sebiji metformin dan masuk tidur. Harini kena ambil bacaan bsp, dan bacaan pagi-pagi dah meroket macam ni. Saya ni pendek kata dah give up dah. Jaga makan tak kena, tak jaga pun tak kena. Makan sikit tak kena, makan banyak tak kena jugak sebab saya akan termuntah. Memang selera makan dah turun sejak fobia tengok nombor. Makan nasi sekali sehari tak kena sebab baby kurang aktif, makan nasi 2 kali sehari lagi tak kena sebab gula akan mencanak macam ni pagi-pagi. Dua minggu sekali memang stress tengok nombor kat glucometer ni. Stress sampai nak bercakap dengan orang pun rasa nak marah. Esok lagi bertambah stress bila kena menghadap nurse dengan doktor. Confirm lah duk zikir ayat sama "ha kenap tinggi ni" Saya ni nak makan pun dah takde selera. Nasi saya separuh pun husband habiskan. Syok tengok ibu lain mengidam macam-macam boleh makan macam-macam. Saya ni teringin milo ais kosong pun rasa nak marah diri sendiri sebab teringin benda-benda macam tu. Telan air liur je tengok orang minum kat kedai. Kalau saya tahu bacaan tak memuaskan hati macam ni saya lenjan je la milo ais kosong pun. Btw saya dapat metformin lepas bacaan bsp saya ada la satu hari tu 2 kali merah Fasting (8 pagi) dengan pre bed (10 malam) Sejak makan metformin bacaan is pre bed cantik. Terus mendadak turun dari 8.1 kepada 4.3 😅 Setakat ni fasting tu je la bermasalah. Doktor pun tak tahu nak buat macam mana sebab tu dia minta saya makan metformin sebelum tidur. Sesungguhnya saya dah tak kuat. First pregnancy pun saya dah tak kuat. Saya taktahu nak hadap yang seterusnya macam mana. Saya tak sampai hati nak bagitahu husband yang saya macam dah takut nak mengandung lagi sekali sebab dia macam mengharap sangat ada anak lagi lepas yang ni..

Macam bau-bau nak kena cucuk insulin
35 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy makan capsule minyak kelapa Dara d'aura Mase mengandung, mmg gula terkawal, alhamdulillah, boleh try

sy pon da start metformin dan insulin sblm tdo..stress jgk tgk no..stp kali bt bsp🥺🥺

12mo ago

Saya redha je kalau doktor nk bagi insulin 😞 walaupun saya ni penakut sikit nak cucuk2 huhu Stress kan sis Stress bila bacaan lain normal je Saya pernah la minum air manis lepas breakfast tapi bacaan saya cantik jugak lepas 2 jam tu masih dalam paras normal.. huhu

sis cuba ubah pemakanan. banyakkan protin. elak karbo. pastu puasa jgn terlalu awal.

12mo ago

So far memang banyak makan lauk je.. Saya sebenarnya kurang makan sejak masuk trimester ketiga.. Terlalu cepat kenyang huhu

Sis try lemon suam sblm tido. Tp xperlu hari2 laa.

12mo ago

Sebelum ni saya biasa minum air lemon Tapi tak suam la.. saya minum lemon ais kosong Cuma lama tak amalkan sejak kena gastrik 😅 so lemon-lemon atau benda masam saya elakkan..

minum air barli..