Hampir putus asa. Minta kata² semangat..

Baby sy baru 20 hari. Tapi dia nipple confuse. Sebab lepas czer dia terus kena tahan SCN 24 jam utk monitor gula disebabkan sy GDM on insulin. Sy lansung tak dapat skin to skin atau susukan bayi. Cuma dapat tengok jantina dan nurse bagi cium baby je. Lepas 24jam sy jumpa dia, dia tak pandai latch. Bagi breast dia kemam je. Lepastu nangis. Lepastu baby kena tahan SCN lagi 2 hari sbb jaundice pulak. Sy balik rumah, sy marmet susu kolostrum, hantar ke SCN. Tp masa ni sy tak konsisten lagi bagi ransangan pada breast. Lepas 2 hari, baby da discaj, dia mmg reject menyusu direct. Sy pun takde standby apa2 pam. Baby nangis kuat sgt sampai sy stress dan banyak menangis. Husband sgt supportive. Lepastu hari ke 7, sekali lagi baby kena warded sbb jaundice. Masa ni doctor kt hospital suruh sy topup fm. Sy akur. Sbb baby mmg kurang kencing dan berak. Lepas discaj, sy stop susu badan terus. Cuma bg fm. Sy marmet dan simpan stok susu. Tp tak konsisten jaga jadual perahan. Waktu sempat je sy marmet. Start bagi fm, mental sy ok sikit. Kurang menangis sbb baby tak meragam kerana lapar. Fast foward, skrg day 20, sy masih bagi fm. Sy start pam, tp hasilnya sikit. Mungkin sbb susu dah drop, dan salah saiz corong. Breast rasa berat tp marmet pun tak keluar susu. Sy tawakal je bagi baby hisap. Alhamdulillah dia nak. N terus rasa ok. Tp bila sy pam lagi, jadi yg sama. Susu x keluar tp breast rasa berat. Skrg sy stop pam, bagi baby direct je. Tp ada masa2 dia taknak menyusu. Dalam sehari tu ada la dpt sekali dua dia menyusu direct. Kadang2 lama, kadang2 menyusu 5 ke 10 minit dia dah lepas. Selebihnya, sy bg fm. Lepas menyusu even dia menyusu 20 minit ke sy tetap topup fm sbb sy rasa susu sy sikit dan x ckup nak bg baby kenyang. Skrg sy rasa dah nak give up utk susu kan baby sy. Sy stress bila dia nangis. Sy try bagi time dia relax, bila dia rasa sy pegang dia mcm posisi menyusu dia nangis, dia rasa breast dlm mulut dia terus nangis. Sy tahu 20 hari masa awal, baby masih boleh dipujuk. Tp sy sendiri da tak yakin yg sy boleh susukan baby. Sedih sgt. Maaf kalau luahan ni panjang. Perlu ke sy berbincang ngn suami utk stop susukan anak. Sbb sebelum ni sy yg ckp ngn suami nak susukan anak kami. Dan husband 100% support sy. Sy stress. Bantu sy.. 😔😔

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

mmg tak mudah puan nak menyusukan bby ni tapi puan: 1. ada cerita dekat nurse kk waktu checkup yg puan perlukan bantuan penyusuan? Jgn tunggu nurse tanya tapi luah mintak tolong nurse kk ajar puan ya. 2. ada google lactation councellor (LC) yg berdekatan yg boleh buat home visit ke rumah puan? probably puan rasa lebih selesa bila ada one to one consultation di rumah. LC akan guide, check lekapan bby nyusu semua. (Ini ada yg free, ada yg berbayar. Depends) 3. puan ada join mana2 group support ibu menyusu? mcm dkt fb search je group happy breastfeeding malaysia. nak pergi centre diorg pon boleh dekat shah alam. sy tak pasti utk negeri lain, puan kena check. group support bf dekat telegram pon ada. sy share link LC Nad masrom. https://t.me/TipsPenyusuanLCNadMasrom 4. boleh juga subscribe youtube tgk LC nad masrom. Sy share link cara marmet. Tak semua org pandai cara marmet, sy awal2 dulu anak 1st pon tak pandai. https://youtu.be/sGVNlTIJ6BM klo puan ada tiktok, boleh tengok LC Ain, LC Shud. banyak juga LC actually yg buat sharing free tips menyusu & cara handle baby ni. LC Ain 👇 https://www.tiktok.com/@bestnyamenyusu?_t=8Yxsl2pVqpW&_r=1 5. Boleh juga google branch pump on the go berhampiran rumah puan jika ada. Sbb kedai ni ada byk brand breastpump yg cust boleh try sblm beli. Diorg pon akan guide cust size corong yg sesuai. Puan nak ukur sendiri pon boleh 👇 https://feedbyumminajla.com/tips-pilih-corong-pam-yang-betul/#:~:text=Untuk%20diameter%20puting%20sehingga%2032mm,dapat%20ukuran%20yang%20lebih%20kecil. Breastpump yg puan salah corong tu boleh jual 2nd hand dekat ibu lain. Klo cara sy, sy suka fikir nak fully bf sampai 6 bulan dulu. Ada susu lagi teruskan sampai 1-2 tahun. Sy tak nak set high expectation sbb xsemua bby sama. So, sy start small steps. Ada rezeki ada, tak ada pon tak pe. Sbb sy tahu sy dah usaha. Ank 1st alhamdulillah rezeki susukan sampai 3 tahun lebih. Ank 2nd ni umur 4 bulan & masih on going. Bukan tak ada moment up & down ya. Semua tu ada. ank 1st sy ni nipple confuse juga sbb bagi botol susu ebm waktu pantang. Boleh direct tapi ngamuk setiap kali nak susukan. Mmg tangisan ank tu yg buat ibu stress yg amat. ya, sy pon rasa nak give up bila xreti marmet, penat nak pam susu oversupply, xcukup tido, fasa drop susu, nipple melecet, luka, dgn mulut org lagi ckp nipple kecik. yg ank 2nd plk dugaan susu lambat keluar dgn sy czer lagi. Sy faham. sy pon same mcm puan siap menangis. Tapi solution sy dulu, ank 1st awal2 tu tanya nurse kk mintak dia check lekapan or ada tongue tie tak. Then, selebihnya sy byk membaca di group fb support. yg 2nd ni pon sy masih topup ilmu tgk vids LC dkt tiktok. usaha marmet, usaha pam bila bby tak ada dgn sy. alhamdulillah.. Bila berjaya susukan ank semula tu rasa relief sangat tengok ank nyusu. husband sy time tu pon sgt supportive. For me, tak ada masalah klo puan nak teruskan bagi mix fm then baru fully bf. or nak stop bf, bagi fm terus semua terpulang dekat puan. Cari solution yg bersesuaian dgn puan asalkan puan & bby happy. Discuss dgn husband ya. Hugs ❤️

Baca lagi
1y ago

alhamdulillah.. syukur ya Allah.. sy tumpang happy untuk puan. sy doakan puan dikurniakan kesihatan yg baik & teruskan bf journey puan. semoga puan kekal tabah dlm menjaga anak puan bersama suami. takpe puan mix fm pon. slowly improve, small steps inshaAllah.. tahniah puan ya ada peningkatan! hugs 🥰

VIP Member

maaf tt komen pjg. sekadar share semula since dkt bhg komen yg asal tak perasan ada penerangan yg tak complete. boleh buat rujukan utk ibu2 lain yg sama situasi dgn kami. sy just nk ckp situasi kita sama actually sbb sy pon nipple kecik/pendek. Mmg bby kita boleh df. Terlepas tu perkara biasa. Sy sua je dkt bby balik. 1. Kena ampung breast buat tangan C atau kepit breast style C juga guna jari telunjuk & jari tengah. Tak boleh tinggal steps ni, klo tak mmg akan terlepas. certain bby terlepas je kita sua dia ok, some bby mengamuk balik. So, kena ulang balik steps dri pujuk bby. Part ni yg buat ramai ibu stress sbb kena ulang hadap balik tangisan bby. 2. Tinggikan kepala bby rapat ke breast kita. Ada nursing pillow boleh guna nursing pillow. Make sure lekapan mulut bby kena/hisap dekat bhg areola. 3. Setiap kali puan nak bagi bf, puan picit dulu sikit bagi air susu keluar. Boleh letak sikit dkt bibir bby. 4. If puan cont. bagi susu ebm atau fm dlm botol susu. Double check semula flow puting botol susu. Make sure puting susu size SS (newborn). Bby dah biasa dgn flow susu laju juga salah satu punca tak nak df. 5. Oral stimulation. Hari2 kena buat nak bagi bby buka mulut. Jgn stop buat. Even dah nampak bby buka mulut tapi hisap sikit then kemam je. Urut tepi pipi dia suruh bby gerak mulut. Stop je hisap, main pipi dia & usik tapak kaki bby. Unless dia dah menyusu lebih 10-15 min dia lepas sendiri should be ok. Some menyusu sampai 20-30 min. Depends. Monitor air kencing bby, warna kuning jernih & kerap tukar pampers bby. tanda bby cukup susu. 6. Susu ibu ni mudah/cepat hadam. So, jaga feeding time every 2h atau ikut demand bby (tgk queue bby). Baca juga pasal Colic bby & High demand bby. LC Ain vids tt dia bukan sekadar ajar tips penyusuan. Dia ajar cara handle tangisan bby sekali. Puan boleh follow tt dia, ada sy share link di komen atas. 7. For now, sy rasa puan pon dah tahu actually habit bby puan macamane. so suggestion sy, puan yg kena cari jalan mcmana nak handle stress puan setiap kali bby menangis. Tangisan bby tu klo nak teruskan bf mmg kena hadap puan. Puan rasa stress dgr klo lepas tarik hembus nafas pon masih stress. Minta husband amik bby, puan cool down dulu baru cuba semula. Sbb bila ibu stress, bby pon stress. Harini tak berjaya, esok cuba lagi bf. Bby sy nipple confuse sebulan sy buat skin to skin. Jaga jadual pam susu & bagi botol ebm in between sbb ada hari dia nak direct ada hari yg tak. 8. Bila puan follow byk LC, puan mesti akan terbaca yg bby menangis atau meragam bukan sbb bagi susu ibu je. Ada byk sbb lain, kita kena check satu2. Pampers penuh ke tak, perut kembung ke, nak dipeluk/dibedung ke nak nyot2 je ke mcm2. Puan & suami kena take charge. Jangan biar tangisan bby control kita. Mmg tak mudah puan. Kena try & error cari punca kenapa bby menangis.

Baca lagi
1y ago

12. Takpon, hired sorang LC dtg ke rumah puan atau visit lactation centre. On location puan then search google lactation councelor near me. Sbb klo tengok cara puan reply komen. One to one consultation lebih membantu. Mcm tak cukup sekadar puan tgk vids tt. Itupon klo puan willing nak continue bf. Klo puan nak stop bf pon totally up to you. Tak ada siapa yg lebih tahu situasi puan & bby melainkan u & ur husband. Ibu yg bagi susu ibu ke susu fm tetap seorang ibu.

TapFluencer

Anak sye pon masa lahir tk pndai nk deep latch bila dia rasa nipple dlm mulut terus ngis. Dari lahir memang xnk df lansung smpai time kt hospital nurse topupkn dgn susu hospital. Lps dh discharge sehari, warded balik sbb jaundice and berat dia drop 10% dari 3.2kg ke 2.8kg kesan dari kurang menyusu and sye berkeras xnk bgi fm and tk pam sbb xnk bgi dia botol sbb tkut dia nipple confused. End up masa warded yg berat dia drop tu sye kena mengalah juga bgi dia botol and fm. Tpi lps dh discharge jaundice dia pon dh ok masa umur dia 2minggu sye immediately stop fm and df balik. Hati kena tabah la bila ank xnk latch tu and mcm yg sye jangka ank sye memang nipple confused sbb dh biasa bagi fm and susu badan guna botol. Ape yg sye buat untk pujuk dia latch balik kerapkn skin to skin dgn ank and time ni sye memang kerap la tk berbaju pkai bra je sbb nk kerapkn skin to skin dgn ank, lepas tu sye tukar botol dia dari He or She tukr guna botol Hegen sbb bila ank minum guna hegen kedudukn mulut dia sama mcm dia deep latch dekt breast kite so bila bagi df dia dh pndai buka mulut untk deep latch. And alhamdulillah masa umur dia 1bulan lebih dia dh boleh latch mcm biasa and memang sye susukn dia direct je smpai sekarang. Susu sye pon bila pam dpt 2-4oz je dua2 belah tpi as long as baby kenyang and cukup untk baby sye okay je sbb sye tk jaga jadual pam sgt pon sbb memang kerap bagi direct je. Kalau baby tk ckup sye topup je dgn fm. Menyusu ni mainan emosi memang penat sgt2 so masa sye down bila org ckp susu sye sikit even mak sye pon ckp susu sye sikit sbb pam dpt 2-4oz je sye akn simpan susu dlm milk storage yg size kecik so nmpk mcm susu sye banyak and xde la rasa down dok pikir yg susu sye sikit. Masa pantang memang stress sgt sbb otak dah consume dgn ape yg org ckp psl susu sikit dgn ank xnk latch nye masa tu. Sye harap puan tabahkan hati and kuatkn emosi xpe xde masalah pon klw ank kite minum fm janji dia sihat and pembesaran dia okay alhamdulillah dah kan. Kalau puan kerap df jgn risau bila pam dpt sikit sbb kite dh kerap menyusukn ank. Mcm sekarang ank sye 3bulan and df je bila sye pam pon dpt kurang dri 2oz tpi ok je sbb dia byk direct. Ingat kite nk kenyangkn ank bukan nk kenyangkn freezer. In my opinion its okay klw tk dpt simpan stock pon sbb klw tk ckup boleh je topup dgn fm janji susu fm tu sesuai dgn ank kite.

Baca lagi
Post reply image
1y ago

Xpe mummy jgn give up, anak sye pon mcm tu jugk memang penat sgt nk pujuk dia sambil pujuk hati sndri untk kuat. Penat tahap nk nangis meraung. Sye doakn mummy terus kuat yee💕

hi awak. saya punya baby pun tak nak bf. mula mula masa dekat wad (2-3 hari) saya try try try tapi dia masih tak nak. kalau dia nangis sebab lapar memang takde apa saya boleh buat. dia tak nak hisap sebab takde yang keluar dan keadaan fizikal breast tu sendiri. dia tak suka. saya jenuh merayu rayu dekat ramai gila nurse, siang malam, sorang pun tak layan saya. hanya paksa saya cuba lagi pastu salah salahkan saya je. saya sampai menangis nangis ye merayu kat nurse. sebab baby dari lahir tak minum susu langsung (dah dua hari). dua tiga titik je. siapa je tak risau. lastly ada sorang nurse ni dia bagi anak saya fm senyap senyap. alhamdulillah dia tolong saya. dia kata hospital memang tak bagi fm, memang dorang galakkan susu ibu je. malam tu juga mak saya belikan fm dan botol. bila sampai hospital, mak saya tolong seludupkan, AKHIRNYA BABY DAPAT MINUM. ya allah banyak dia minum awak. saya gembira sangat + sedih sebab saya tak mampu. saya tak tidur dua hari dah time ni. awal awal mental saya dah koyak dekat hospital, balik rumah, terus termenung menangis tak boleh kawal emosi. orang asyik kata mindset tu penting, jangan stress, etc. rasa nak tumbuk orang yang cakap macam tu. saya tahu la saya tak kuat, tak layak jadi ibu. bukan saya tak cuba pun. saya pam, saya bagi hisap (walaupun ditolak), etc. akhirnya, susu memang sikit sangat. saya tak pernah pun bengkak susu. jadi baby saya baby full fm. sikit je merasa susu ibu. tapi elok gemuk sihat. ok pastu kan, pergi mana mana, even ibu ayah sendiri dan mertua akan cakap pasal susu ibu. mak saya tahu dah jangan pressure saya hahaha. mak saya tak pernah nampak saya nangis tau, akhirnya nampak jugak saya koyak mental menangis nangis. pastu mak saya terus layan saya macam bidadari. alhamdulillah mak saya baikkkkk sangat. sampai mintak cuti nak jaga saya pantang aaa nanangis. mak always bagi semangat tanpa downkan saya huhu. ya allah panjangnya cite saya. ok pastu ni dah 4 bulan, baby sihat ye. happy babyy. nasihat saya, jangan rasa diri tak guna kalau tak boleh provide susu. memang orang sekeliling takleh diam pasal susu ibu ni. elok ditampar saja sesiapa yang bertanya tu. bukan hal dia pun. haha sibuk je amek tahu pasal breast orang. tapi saya diam dan iyakan saja hehe. OK GOOD LUCK AWAK. yang penting baby sihat dan gemuuk ❤️❤️❤️

Baca lagi
1y ago

susu brand snow. alhamdulillah baby 5 bulan dah 8kg++ dah 🥰

sye fhm ape awk rasa. sbb sye mula2 bersalin hari tu pon mcm tu. bby x nak latch. and sye ade mslh inverted nipple. byg kn dkt hospital die dpt menyusu sekali je sekejap. lps tu balik rumah die menangis sampai xde suara sbb lapar. sye suruh husband bancuh fm. baru die tdo. sye bancuh 1oz je masa tu. masa tu xtau lagi sbb 1st mom. tpi dlm masa sama sye keep on pump. dpt susu pon 1oz je. esok nye tu bby jadi kencing berdarah, so kena tahan ward. and doctor bgi tau 1oz sbnr nya x ckup utk bby. kena bgi lebih topup susu fm pon xde mslh. masa tu rasa diri ni gagal jadi sorg ibu. so balik dri wad, husband suruh sye pump susu. buat stock sementara bby dkt ward. bile bby dh keluar ward pon bby xnk latch. so sye ckp dgn husband, sye redhooo je x dpt direct feeding. and sye x kesah pon jadi epmom as long as anak dpt susu bdn. now bby dh 2m. fully breast feeding. susu pon ckup utk bby. even kena pump every 3 to 4 hours, sye x kesah.

Baca lagi
1y ago

kuatnye puan. kalau takdir sy jd epmom, sy terpaksa terima la. tp sy seboleh2 nak cuba usaha utk df sementara masih cuti bersalin ni. n husband pon mmg support utk df. kdg2 sy rasa nak hilang sabar dab give up. tp husband ada tenangkan n bg kata semangat

nk bf anak.. mohon betulkan mindset. hati kena cekal sbb perjalanan nk bf anak sampai 2 tahun bkn mudah spt digambarkan.. jgn down jgn stress jgn duk fikir susu x cukup susu x cukup mmg itu akan mempengaruhi hormon susu dan susu jd drop.. bljar bnyk lg ilmu penyusuan. newborn mmg minum ckit tp kerap.. awak mkn nasi cth ada lauk² termasuk sayur dan buah...minum air kosong bnyk minum horlicks mkn kurma mkn roti jagung.. mindset kena selalu +ve. bljar ilmu penyusuan.

Baca lagi
1y ago

sy df 20 minit pon dia still nangis. mak sy ckp susu tak cukup. kesian baby nangis menyusu x puas. sy terpaksa la topup fm juga. sedih mmg sedih hati ni. harini pulak tah kenapa baby meragam je. sbb sy bg susu badan je. pastu kena topup fm juga sbb dia merengek je non stop dari pagi.

anak saya pun sampai sekarang tak pandai nak menyusu langsung saya pakai puting silicon je sebagai bantuan supaya anak hisap breast sesekali saya bagi anak susu fm...kita semua ibu yg kuat meskipun hati berkata saya bisa susukan anak saya tapi Klau dah itu cabaran nya terpaksa kita akur bagi susu fm yg penting anak kenyang daripada tak menyusu langsung memang terkadang ada mulut yg suka mengata tapi bagi saya yg penting anak aku kenyang dan sehat

Baca lagi
1y ago

skrg pun sy bg juga anak susu fm. sbb dia menyusu dgn sy mcm x puas. asyik merengek je walaupun da menyusu lama sejam lebih. mungkin susu sy x ckup nak kenyangkan dia. sbb da introduce botol awal sgt n bg minum 2 oz atas saranan doktor.

TapFluencer

I, anak kuar je dr perut mmg takda direct feeding. Tapi i tiap hari pam utk bg dia minum susu ibu sampai skrg umur dia 3 bulan. Slowly bg susu formula S26 gold which is mmg serasi dgn anak i la. Napa i x DF? Sebb masa dia nak latch, i tak tahan sakit and dia pun rejek i, i pun rejek dia😂. So gitu jela, pam je. Afterall point here anak minum susu ibu je kan. Jgn stress sis, anak i 3months almost 7kg, so chills k.

Baca lagi
TapFluencer

Sbb sy fully direct breast feeding, of course sy Tak sarankan stop penyusuan susu ibu. Puan Boleh hubungi pembimbing penyusuan bertauliah berdekatan puan utk relaktasi. Kuatkan semangat. Mcm sepupu saya. Dia down sngt sebulan tu. Saya just advised teruskan kerap skin to skin bonding dgn kasih sayang. Beberapa bulan lps tu, kami jumpa, anak dia dah df. 😍

Baca lagi
1y ago

terima kasih puan. susu sy ada, tp tak pasti dpt penuhi demand baby atau tak. sbb sy da bg fm 2oz masa dia jaundice atas saranan doktor. sy pam kiri kanan x sampai 1oz, tp breast rasa berat. pam 5 minit je keluar susu, tp cuma 1 lubang je. selebihnya pam angin. kalau sy marmet, nampak banyak lubang susu keluar. sy tak pasti la. mungkin salah size corong ke apa. hari2 sy menangis tak tahu nak cari kekuatan dari mana lg. harini pulak seharian baby meragam. tak mau tido. letak je nangis. pegang pun nangis. susu dah, pampers tukar dah. tp merengek je. tidur 5 minit terjaga

sye pun lebih kurg mcm sis.. anak kne tahan wad 5 hri, ble blek sye x bley nk keep up ngn demand susu dye sbb tyme warded sye x jge jdual pam susu.. jd sye topup ngn formula.. ble lme2 rse selesa plak sbb x perlu nak ikut jdual sgt.. trus bg susu formula je.. nsihat sye, ikut la mne yg sis selesa.. sme ade nk truskn atau x.. cuma memg kne btol2 kuat utk truskn..

Baca lagi
1y ago

mcm ni la yg sy rasa beberapa hari masa bg fm. mmg senang keje. takyah dgr dia nangis, kite tak stress. boleh gilir2 ngn suami. tp sy nak juga usaha sampai la betul x boleh lg..