Hampir putus asa. Minta kata² semangat..

Baby sy baru 20 hari. Tapi dia nipple confuse. Sebab lepas czer dia terus kena tahan SCN 24 jam utk monitor gula disebabkan sy GDM on insulin. Sy lansung tak dapat skin to skin atau susukan bayi. Cuma dapat tengok jantina dan nurse bagi cium baby je. Lepas 24jam sy jumpa dia, dia tak pandai latch. Bagi breast dia kemam je. Lepastu nangis. Lepastu baby kena tahan SCN lagi 2 hari sbb jaundice pulak. Sy balik rumah, sy marmet susu kolostrum, hantar ke SCN. Tp masa ni sy tak konsisten lagi bagi ransangan pada breast. Lepas 2 hari, baby da discaj, dia mmg reject menyusu direct. Sy pun takde standby apa2 pam. Baby nangis kuat sgt sampai sy stress dan banyak menangis. Husband sgt supportive. Lepastu hari ke 7, sekali lagi baby kena warded sbb jaundice. Masa ni doctor kt hospital suruh sy topup fm. Sy akur. Sbb baby mmg kurang kencing dan berak. Lepas discaj, sy stop susu badan terus. Cuma bg fm. Sy marmet dan simpan stok susu. Tp tak konsisten jaga jadual perahan. Waktu sempat je sy marmet. Start bagi fm, mental sy ok sikit. Kurang menangis sbb baby tak meragam kerana lapar. Fast foward, skrg day 20, sy masih bagi fm. Sy start pam, tp hasilnya sikit. Mungkin sbb susu dah drop, dan salah saiz corong. Breast rasa berat tp marmet pun tak keluar susu. Sy tawakal je bagi baby hisap. Alhamdulillah dia nak. N terus rasa ok. Tp bila sy pam lagi, jadi yg sama. Susu x keluar tp breast rasa berat. Skrg sy stop pam, bagi baby direct je. Tp ada masa2 dia taknak menyusu. Dalam sehari tu ada la dpt sekali dua dia menyusu direct. Kadang2 lama, kadang2 menyusu 5 ke 10 minit dia dah lepas. Selebihnya, sy bg fm. Lepas menyusu even dia menyusu 20 minit ke sy tetap topup fm sbb sy rasa susu sy sikit dan x ckup nak bg baby kenyang. Skrg sy rasa dah nak give up utk susu kan baby sy. Sy stress bila dia nangis. Sy try bagi time dia relax, bila dia rasa sy pegang dia mcm posisi menyusu dia nangis, dia rasa breast dlm mulut dia terus nangis. Sy tahu 20 hari masa awal, baby masih boleh dipujuk. Tp sy sendiri da tak yakin yg sy boleh susukan baby. Sedih sgt. Maaf kalau luahan ni panjang. Perlu ke sy berbincang ngn suami utk stop susukan anak. Sbb sebelum ni sy yg ckp ngn suami nak susukan anak kami. Dan husband 100% support sy. Sy stress. Bantu sy.. 😔😔

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi awak. saya punya baby pun tak nak bf. mula mula masa dekat wad (2-3 hari) saya try try try tapi dia masih tak nak. kalau dia nangis sebab lapar memang takde apa saya boleh buat. dia tak nak hisap sebab takde yang keluar dan keadaan fizikal breast tu sendiri. dia tak suka. saya jenuh merayu rayu dekat ramai gila nurse, siang malam, sorang pun tak layan saya. hanya paksa saya cuba lagi pastu salah salahkan saya je. saya sampai menangis nangis ye merayu kat nurse. sebab baby dari lahir tak minum susu langsung (dah dua hari). dua tiga titik je. siapa je tak risau. lastly ada sorang nurse ni dia bagi anak saya fm senyap senyap. alhamdulillah dia tolong saya. dia kata hospital memang tak bagi fm, memang dorang galakkan susu ibu je. malam tu juga mak saya belikan fm dan botol. bila sampai hospital, mak saya tolong seludupkan, AKHIRNYA BABY DAPAT MINUM. ya allah banyak dia minum awak. saya gembira sangat + sedih sebab saya tak mampu. saya tak tidur dua hari dah time ni. awal awal mental saya dah koyak dekat hospital, balik rumah, terus termenung menangis tak boleh kawal emosi. orang asyik kata mindset tu penting, jangan stress, etc. rasa nak tumbuk orang yang cakap macam tu. saya tahu la saya tak kuat, tak layak jadi ibu. bukan saya tak cuba pun. saya pam, saya bagi hisap (walaupun ditolak), etc. akhirnya, susu memang sikit sangat. saya tak pernah pun bengkak susu. jadi baby saya baby full fm. sikit je merasa susu ibu. tapi elok gemuk sihat. ok pastu kan, pergi mana mana, even ibu ayah sendiri dan mertua akan cakap pasal susu ibu. mak saya tahu dah jangan pressure saya hahaha. mak saya tak pernah nampak saya nangis tau, akhirnya nampak jugak saya koyak mental menangis nangis. pastu mak saya terus layan saya macam bidadari. alhamdulillah mak saya baikkkkk sangat. sampai mintak cuti nak jaga saya pantang aaa nanangis. mak always bagi semangat tanpa downkan saya huhu. ya allah panjangnya cite saya. ok pastu ni dah 4 bulan, baby sihat ye. happy babyy. nasihat saya, jangan rasa diri tak guna kalau tak boleh provide susu. memang orang sekeliling takleh diam pasal susu ibu ni. elok ditampar saja sesiapa yang bertanya tu. bukan hal dia pun. haha sibuk je amek tahu pasal breast orang. tapi saya diam dan iyakan saja hehe. OK GOOD LUCK AWAK. yang penting baby sihat dan gemuuk ❤️❤️❤️

Baca lagi
3y ago

susu brand snow. alhamdulillah baby 5 bulan dah 8kg++ dah 🥰