Hampir putus asa. Minta kata² semangat..

Baby sy baru 20 hari. Tapi dia nipple confuse. Sebab lepas czer dia terus kena tahan SCN 24 jam utk monitor gula disebabkan sy GDM on insulin. Sy lansung tak dapat skin to skin atau susukan bayi. Cuma dapat tengok jantina dan nurse bagi cium baby je. Lepas 24jam sy jumpa dia, dia tak pandai latch. Bagi breast dia kemam je. Lepastu nangis. Lepastu baby kena tahan SCN lagi 2 hari sbb jaundice pulak. Sy balik rumah, sy marmet susu kolostrum, hantar ke SCN. Tp masa ni sy tak konsisten lagi bagi ransangan pada breast. Lepas 2 hari, baby da discaj, dia mmg reject menyusu direct. Sy pun takde standby apa2 pam. Baby nangis kuat sgt sampai sy stress dan banyak menangis. Husband sgt supportive. Lepastu hari ke 7, sekali lagi baby kena warded sbb jaundice. Masa ni doctor kt hospital suruh sy topup fm. Sy akur. Sbb baby mmg kurang kencing dan berak. Lepas discaj, sy stop susu badan terus. Cuma bg fm. Sy marmet dan simpan stok susu. Tp tak konsisten jaga jadual perahan. Waktu sempat je sy marmet. Start bagi fm, mental sy ok sikit. Kurang menangis sbb baby tak meragam kerana lapar. Fast foward, skrg day 20, sy masih bagi fm. Sy start pam, tp hasilnya sikit. Mungkin sbb susu dah drop, dan salah saiz corong. Breast rasa berat tp marmet pun tak keluar susu. Sy tawakal je bagi baby hisap. Alhamdulillah dia nak. N terus rasa ok. Tp bila sy pam lagi, jadi yg sama. Susu x keluar tp breast rasa berat. Skrg sy stop pam, bagi baby direct je. Tp ada masa2 dia taknak menyusu. Dalam sehari tu ada la dpt sekali dua dia menyusu direct. Kadang2 lama, kadang2 menyusu 5 ke 10 minit dia dah lepas. Selebihnya, sy bg fm. Lepas menyusu even dia menyusu 20 minit ke sy tetap topup fm sbb sy rasa susu sy sikit dan x ckup nak bg baby kenyang. Skrg sy rasa dah nak give up utk susu kan baby sy. Sy stress bila dia nangis. Sy try bagi time dia relax, bila dia rasa sy pegang dia mcm posisi menyusu dia nangis, dia rasa breast dlm mulut dia terus nangis. Sy tahu 20 hari masa awal, baby masih boleh dipujuk. Tp sy sendiri da tak yakin yg sy boleh susukan baby. Sedih sgt. Maaf kalau luahan ni panjang. Perlu ke sy berbincang ngn suami utk stop susukan anak. Sbb sebelum ni sy yg ckp ngn suami nak susukan anak kami. Dan husband 100% support sy. Sy stress. Bantu sy.. 😔😔

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

mmg tak mudah puan nak menyusukan bby ni tapi puan: 1. ada cerita dekat nurse kk waktu checkup yg puan perlukan bantuan penyusuan? Jgn tunggu nurse tanya tapi luah mintak tolong nurse kk ajar puan ya. 2. ada google lactation councellor (LC) yg berdekatan yg boleh buat home visit ke rumah puan? probably puan rasa lebih selesa bila ada one to one consultation di rumah. LC akan guide, check lekapan bby nyusu semua. (Ini ada yg free, ada yg berbayar. Depends) 3. puan ada join mana2 group support ibu menyusu? mcm dkt fb search je group happy breastfeeding malaysia. nak pergi centre diorg pon boleh dekat shah alam. sy tak pasti utk negeri lain, puan kena check. group support bf dekat telegram pon ada. sy share link LC Nad masrom. https://t.me/TipsPenyusuanLCNadMasrom 4. boleh juga subscribe youtube tgk LC nad masrom. Sy share link cara marmet. Tak semua org pandai cara marmet, sy awal2 dulu anak 1st pon tak pandai. https://youtu.be/sGVNlTIJ6BM klo puan ada tiktok, boleh tengok LC Ain, LC Shud. banyak juga LC actually yg buat sharing free tips menyusu & cara handle baby ni. LC Ain 👇 https://www.tiktok.com/@bestnyamenyusu?_t=8Yxsl2pVqpW&_r=1 5. Boleh juga google branch pump on the go berhampiran rumah puan jika ada. Sbb kedai ni ada byk brand breastpump yg cust boleh try sblm beli. Diorg pon akan guide cust size corong yg sesuai. Puan nak ukur sendiri pon boleh 👇 https://feedbyumminajla.com/tips-pilih-corong-pam-yang-betul/#:~:text=Untuk%20diameter%20puting%20sehingga%2032mm,dapat%20ukuran%20yang%20lebih%20kecil. Breastpump yg puan salah corong tu boleh jual 2nd hand dekat ibu lain. Klo cara sy, sy suka fikir nak fully bf sampai 6 bulan dulu. Ada susu lagi teruskan sampai 1-2 tahun. Sy tak nak set high expectation sbb xsemua bby sama. So, sy start small steps. Ada rezeki ada, tak ada pon tak pe. Sbb sy tahu sy dah usaha. Ank 1st alhamdulillah rezeki susukan sampai 3 tahun lebih. Ank 2nd ni umur 4 bulan & masih on going. Bukan tak ada moment up & down ya. Semua tu ada. ank 1st sy ni nipple confuse juga sbb bagi botol susu ebm waktu pantang. Boleh direct tapi ngamuk setiap kali nak susukan. Mmg tangisan ank tu yg buat ibu stress yg amat. ya, sy pon rasa nak give up bila xreti marmet, penat nak pam susu oversupply, xcukup tido, fasa drop susu, nipple melecet, luka, dgn mulut org lagi ckp nipple kecik. yg ank 2nd plk dugaan susu lambat keluar dgn sy czer lagi. Sy faham. sy pon same mcm puan siap menangis. Tapi solution sy dulu, ank 1st awal2 tu tanya nurse kk mintak dia check lekapan or ada tongue tie tak. Then, selebihnya sy byk membaca di group fb support. yg 2nd ni pon sy masih topup ilmu tgk vids LC dkt tiktok. usaha marmet, usaha pam bila bby tak ada dgn sy. alhamdulillah.. Bila berjaya susukan ank semula tu rasa relief sangat tengok ank nyusu. husband sy time tu pon sgt supportive. For me, tak ada masalah klo puan nak teruskan bagi mix fm then baru fully bf. or nak stop bf, bagi fm terus semua terpulang dekat puan. Cari solution yg bersesuaian dgn puan asalkan puan & bby happy. Discuss dgn husband ya. Hugs ❤️

Baca lagi
3y ago

alhamdulillah.. syukur ya Allah.. sy tumpang happy untuk puan. sy doakan puan dikurniakan kesihatan yg baik & teruskan bf journey puan. semoga puan kekal tabah dlm menjaga anak puan bersama suami. takpe puan mix fm pon. slowly improve, small steps inshaAllah.. tahniah puan ya ada peningkatan! hugs 🥰