Hampir putus asa. Minta kata² semangat..

Baby sy baru 20 hari. Tapi dia nipple confuse. Sebab lepas czer dia terus kena tahan SCN 24 jam utk monitor gula disebabkan sy GDM on insulin. Sy lansung tak dapat skin to skin atau susukan bayi. Cuma dapat tengok jantina dan nurse bagi cium baby je. Lepas 24jam sy jumpa dia, dia tak pandai latch. Bagi breast dia kemam je. Lepastu nangis. Lepastu baby kena tahan SCN lagi 2 hari sbb jaundice pulak. Sy balik rumah, sy marmet susu kolostrum, hantar ke SCN. Tp masa ni sy tak konsisten lagi bagi ransangan pada breast. Lepas 2 hari, baby da discaj, dia mmg reject menyusu direct. Sy pun takde standby apa2 pam. Baby nangis kuat sgt sampai sy stress dan banyak menangis. Husband sgt supportive. Lepastu hari ke 7, sekali lagi baby kena warded sbb jaundice. Masa ni doctor kt hospital suruh sy topup fm. Sy akur. Sbb baby mmg kurang kencing dan berak. Lepas discaj, sy stop susu badan terus. Cuma bg fm. Sy marmet dan simpan stok susu. Tp tak konsisten jaga jadual perahan. Waktu sempat je sy marmet. Start bagi fm, mental sy ok sikit. Kurang menangis sbb baby tak meragam kerana lapar. Fast foward, skrg day 20, sy masih bagi fm. Sy start pam, tp hasilnya sikit. Mungkin sbb susu dah drop, dan salah saiz corong. Breast rasa berat tp marmet pun tak keluar susu. Sy tawakal je bagi baby hisap. Alhamdulillah dia nak. N terus rasa ok. Tp bila sy pam lagi, jadi yg sama. Susu x keluar tp breast rasa berat. Skrg sy stop pam, bagi baby direct je. Tp ada masa2 dia taknak menyusu. Dalam sehari tu ada la dpt sekali dua dia menyusu direct. Kadang2 lama, kadang2 menyusu 5 ke 10 minit dia dah lepas. Selebihnya, sy bg fm. Lepas menyusu even dia menyusu 20 minit ke sy tetap topup fm sbb sy rasa susu sy sikit dan x ckup nak bg baby kenyang. Skrg sy rasa dah nak give up utk susu kan baby sy. Sy stress bila dia nangis. Sy try bagi time dia relax, bila dia rasa sy pegang dia mcm posisi menyusu dia nangis, dia rasa breast dlm mulut dia terus nangis. Sy tahu 20 hari masa awal, baby masih boleh dipujuk. Tp sy sendiri da tak yakin yg sy boleh susukan baby. Sedih sgt. Maaf kalau luahan ni panjang. Perlu ke sy berbincang ngn suami utk stop susukan anak. Sbb sebelum ni sy yg ckp ngn suami nak susukan anak kami. Dan husband 100% support sy. Sy stress. Bantu sy.. 😔😔

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sbb sy fully direct breast feeding, of course sy Tak sarankan stop penyusuan susu ibu. Puan Boleh hubungi pembimbing penyusuan bertauliah berdekatan puan utk relaktasi. Kuatkan semangat. Mcm sepupu saya. Dia down sngt sebulan tu. Saya just advised teruskan kerap skin to skin bonding dgn kasih sayang. Beberapa bulan lps tu, kami jumpa, anak dia dah df. 😍

Baca lagi
3y ago

terima kasih puan. susu sy ada, tp tak pasti dpt penuhi demand baby atau tak. sbb sy da bg fm 2oz masa dia jaundice atas saranan doktor. sy pam kiri kanan x sampai 1oz, tp breast rasa berat. pam 5 minit je keluar susu, tp cuma 1 lubang je. selebihnya pam angin. kalau sy marmet, nampak banyak lubang susu keluar. sy tak pasti la. mungkin salah size corong ke apa. hari2 sy menangis tak tahu nak cari kekuatan dari mana lg. harini pulak seharian baby meragam. tak mau tido. letak je nangis. pegang pun nangis. susu dah, pampers tukar dah. tp merengek je. tidur 5 minit terjaga