Hampir putus asa. Minta kata² semangat..

Baby sy baru 20 hari. Tapi dia nipple confuse. Sebab lepas czer dia terus kena tahan SCN 24 jam utk monitor gula disebabkan sy GDM on insulin. Sy lansung tak dapat skin to skin atau susukan bayi. Cuma dapat tengok jantina dan nurse bagi cium baby je. Lepas 24jam sy jumpa dia, dia tak pandai latch. Bagi breast dia kemam je. Lepastu nangis. Lepastu baby kena tahan SCN lagi 2 hari sbb jaundice pulak. Sy balik rumah, sy marmet susu kolostrum, hantar ke SCN. Tp masa ni sy tak konsisten lagi bagi ransangan pada breast. Lepas 2 hari, baby da discaj, dia mmg reject menyusu direct. Sy pun takde standby apa2 pam. Baby nangis kuat sgt sampai sy stress dan banyak menangis. Husband sgt supportive. Lepastu hari ke 7, sekali lagi baby kena warded sbb jaundice. Masa ni doctor kt hospital suruh sy topup fm. Sy akur. Sbb baby mmg kurang kencing dan berak. Lepas discaj, sy stop susu badan terus. Cuma bg fm. Sy marmet dan simpan stok susu. Tp tak konsisten jaga jadual perahan. Waktu sempat je sy marmet. Start bagi fm, mental sy ok sikit. Kurang menangis sbb baby tak meragam kerana lapar. Fast foward, skrg day 20, sy masih bagi fm. Sy start pam, tp hasilnya sikit. Mungkin sbb susu dah drop, dan salah saiz corong. Breast rasa berat tp marmet pun tak keluar susu. Sy tawakal je bagi baby hisap. Alhamdulillah dia nak. N terus rasa ok. Tp bila sy pam lagi, jadi yg sama. Susu x keluar tp breast rasa berat. Skrg sy stop pam, bagi baby direct je. Tp ada masa2 dia taknak menyusu. Dalam sehari tu ada la dpt sekali dua dia menyusu direct. Kadang2 lama, kadang2 menyusu 5 ke 10 minit dia dah lepas. Selebihnya, sy bg fm. Lepas menyusu even dia menyusu 20 minit ke sy tetap topup fm sbb sy rasa susu sy sikit dan x ckup nak bg baby kenyang. Skrg sy rasa dah nak give up utk susu kan baby sy. Sy stress bila dia nangis. Sy try bagi time dia relax, bila dia rasa sy pegang dia mcm posisi menyusu dia nangis, dia rasa breast dlm mulut dia terus nangis. Sy tahu 20 hari masa awal, baby masih boleh dipujuk. Tp sy sendiri da tak yakin yg sy boleh susukan baby. Sedih sgt. Maaf kalau luahan ni panjang. Perlu ke sy berbincang ngn suami utk stop susukan anak. Sbb sebelum ni sy yg ckp ngn suami nak susukan anak kami. Dan husband 100% support sy. Sy stress. Bantu sy.. 😔😔

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

maaf tt komen pjg. sekadar share semula since dkt bhg komen yg asal tak perasan ada penerangan yg tak complete. boleh buat rujukan utk ibu2 lain yg sama situasi dgn kami. sy just nk ckp situasi kita sama actually sbb sy pon nipple kecik/pendek. Mmg bby kita boleh df. Terlepas tu perkara biasa. Sy sua je dkt bby balik. 1. Kena ampung breast buat tangan C atau kepit breast style C juga guna jari telunjuk & jari tengah. Tak boleh tinggal steps ni, klo tak mmg akan terlepas. certain bby terlepas je kita sua dia ok, some bby mengamuk balik. So, kena ulang balik steps dri pujuk bby. Part ni yg buat ramai ibu stress sbb kena ulang hadap balik tangisan bby. 2. Tinggikan kepala bby rapat ke breast kita. Ada nursing pillow boleh guna nursing pillow. Make sure lekapan mulut bby kena/hisap dekat bhg areola. 3. Setiap kali puan nak bagi bf, puan picit dulu sikit bagi air susu keluar. Boleh letak sikit dkt bibir bby. 4. If puan cont. bagi susu ebm atau fm dlm botol susu. Double check semula flow puting botol susu. Make sure puting susu size SS (newborn). Bby dah biasa dgn flow susu laju juga salah satu punca tak nak df. 5. Oral stimulation. Hari2 kena buat nak bagi bby buka mulut. Jgn stop buat. Even dah nampak bby buka mulut tapi hisap sikit then kemam je. Urut tepi pipi dia suruh bby gerak mulut. Stop je hisap, main pipi dia & usik tapak kaki bby. Unless dia dah menyusu lebih 10-15 min dia lepas sendiri should be ok. Some menyusu sampai 20-30 min. Depends. Monitor air kencing bby, warna kuning jernih & kerap tukar pampers bby. tanda bby cukup susu. 6. Susu ibu ni mudah/cepat hadam. So, jaga feeding time every 2h atau ikut demand bby (tgk queue bby). Baca juga pasal Colic bby & High demand bby. LC Ain vids tt dia bukan sekadar ajar tips penyusuan. Dia ajar cara handle tangisan bby sekali. Puan boleh follow tt dia, ada sy share link di komen atas. 7. For now, sy rasa puan pon dah tahu actually habit bby puan macamane. so suggestion sy, puan yg kena cari jalan mcmana nak handle stress puan setiap kali bby menangis. Tangisan bby tu klo nak teruskan bf mmg kena hadap puan. Puan rasa stress dgr klo lepas tarik hembus nafas pon masih stress. Minta husband amik bby, puan cool down dulu baru cuba semula. Sbb bila ibu stress, bby pon stress. Harini tak berjaya, esok cuba lagi bf. Bby sy nipple confuse sebulan sy buat skin to skin. Jaga jadual pam susu & bagi botol ebm in between sbb ada hari dia nak direct ada hari yg tak. 8. Bila puan follow byk LC, puan mesti akan terbaca yg bby menangis atau meragam bukan sbb bagi susu ibu je. Ada byk sbb lain, kita kena check satu2. Pampers penuh ke tak, perut kembung ke, nak dipeluk/dibedung ke nak nyot2 je ke mcm2. Puan & suami kena take charge. Jangan biar tangisan bby control kita. Mmg tak mudah puan. Kena try & error cari punca kenapa bby menangis.

Baca lagi
3y ago

12. Takpon, hired sorang LC dtg ke rumah puan atau visit lactation centre. On location puan then search google lactation councelor near me. Sbb klo tengok cara puan reply komen. One to one consultation lebih membantu. Mcm tak cukup sekadar puan tgk vids tt. Itupon klo puan willing nak continue bf. Klo puan nak stop bf pon totally up to you. Tak ada siapa yg lebih tahu situasi puan & bby melainkan u & ur husband. Ibu yg bagi susu ibu ke susu fm tetap seorang ibu.