Ubat kuat rahim

Assalamualaikum, nak tanya ubat kuatkan rahim selain Duphaston ubat apa ya?

Ubat kuat rahim
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maaf sis saya amalkan ubat yang disarankan doktor je untuk kuat rahim, katanya Ubat ini harus diambil setiap hari tanpa gagal. Namun, dosnya akan ditentukan oleh doktor kerana harus bersesuaian dengan keadaan wanita tersebut serta mengelakkan daripada kesan sampingan yang bermasalah.

Menurut kawan-kawan mama jika pernah mengalami keguguran sebelum ni lebih baik untuk dapatkan ubat kuat rahim supaya baby boleh bertahan dalam rahim mama. Atau in case hormon yang pegang baby tu (progesteron) kurang, ubat duphaston yang merupakan hormon progesteron tiruan boleh support baby

Ubat kuat rahim kadang-kala diberikan untuk wanita tertentu semasa waktu awal kehamilan seperti wanita yang sudah menjalani rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF, sering mengalami keguguran awal kehamilan, pendarahan ketika peringkat awal kehamilan disebabkan ‘threatened miscarriage’.

bile teringat pasal ubat kuatkan rahim ni, teringat lagi kata-kata doktor.. usia kandungan meninggkat, sepatutnya rahim akan menebal supaya mampu menanggung berat baby.. but if rahim tak kuat, rahim tu akan menipis so that's why miscariage. Al fatihah untuk anak pertama saya

Selain ubat tu sis, awak boleh continue asid folic, vitamin dan amalkan duphaston. Saya dulu beli jer dekat farmasi sebab hospital bagi sikit je. Alhamdulillah berkat tak degil, dengar nasihat doktor dan orang tua. Sekarang saya dah bersalin

Saya pun tertanya-tanya benda yang sama , ada tak ubat kuatkan rahim selain Duphaston ni. Bukan apa, saya ada amalkan tapi teruk juga lah kesan sampingan dia. Kadang-kala ianya sakit kepala, angin dalam perut, sakit buah dada atau loya. Memang tak selesa lah,

I pun tgh cari ubat untuk kuatkan rahim..coz miscariage 25 weeks preg.. sampai skrang xpreg lagi... tapi compem rahim xkuat.. Ada yang suruh try berubat dengan bidan kampung pula dan amalkan jamu tradisional, tapi husband saya tak izinkan

Ubat ini je untuk kuat rahim sebab dia mengandungi hormon progesteron. Tapi sis dikehendaki segera berjumpa dengan doktor pakar supaya mereka dapat memastikan kesesuaian ubat ini untuk kegunaan dan tiada kesan sampingan bahaya ketika awak consume

Sis, saya dpt duphaston ni utk 10hari. next 10 hari kena datang balik, sb doc nak check lg. Alhamdullilah, 1minggu ambik ubat ni, dah tak keluar bleeding tu. diagnosis dari doktor pakar, pangkal rahim saya lemah n saya amal ubat ni je kuatkan rahim

4y ago

Sis bleeding jenis mcm mne. Banyak ke darah?

Saya kurang suka juga ubat tu. Adalah survey petua n ubat lain kuatkan rahim. Ada yang cakap kena amalkan juga asid folik, jangan skip. Saya selalu makan buah-buahan dan sayuran je. Makan nasi pun sikit sebab tengah ikhtiar nak hamil lagi