Hilang arah dalam hidup

Assalamualaikum mommies, saya berumur 22 tahun dan merupakan single mom. anak saya dah 2 bulan lebih ( anak tidak sah taraf ). sebelum saya bersalin keluarga saya minta saya berkahwin dengan bapa kepada anak saya hujung tahun ni. Saya berhenti belajar sejak pregnant dan bergantung sepenuhnya pada partner saya, tapi baru baru ni partner saya kantoi curang dengan ex dia masa saya tengah berpantang. Bila saya confront dia cakap dia akan tinggalkan perempuan tu tapi saya tahu dia tak cakap jujur dengan saya, dia tipu saya. Dia masih berhubungan dengan perempuan tu walaupun perempuan tu tahu dia ada anak. Kejadian menjejaskan mental saya, saya rasa nak sakitkan diri sendiri dan beberapa hari ni saya selalu rasa diikuti oleh bayangan hitam. Saya tak tahu nak cakap apa dengan keluarga saya sebab ayah saya berkeras suruh kahwin. Saya rasa tidak bersedia dan takut dikhianati lagi lepas kahwin. Saya rasa hidup saya hancur, saya korban harga diri dan masa depan saya hanya untuk disakiti. Tolong jangan menghakimi saya ya mommies, saya perlukan sokongan mental, takda siapa tahu keadaan sebenar saya. saya rasa terbeban, saya rasa sakit dan hilang arah. saya rasa gagal jadi seorang ibu, saya rasa GAGAL. #pleasehelp

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis, u are strong woman. Im not good in advicing but sy suka sdh memberi pndpt jg. 1st, God. Dekatkan diri byk dgn Tuhan. B’ckp dgn Tuhan, luah isi hati. God is good listener & he never fail bila kita doa sungguh2 minta pertlgn utk tnjukkan jln. 2nd, family. Family adala org paling dekat kita. Mereka yg menjaga & membesarkan kita. Nvr forget them. Terus terang dgn ibubapa apa mslh sis & llki tu, bgtw plan sis xmau kawin dgn llki tu, bgtw plan sis utk anak. promise them that u will grow stronger & better. 3, If settle sdh dgn isu family psl suruh kawin tu, sis move on a bit more. Plan utk sis & anak. Anak ltk dgn pengasuh / ibubapa, sis cari kerja yg b’dekatan. Duit gaji bahagikan utk pengasuh, mkn minum. Masa ni, pikir psl anak shaja. God, family & anak. Anak tu adala satu2nya harta berharga. Jgn sia2kan. Bilamasa semua da ok, perbaiki diri lg dgn ilmu lain yg blh bg manfaat pd masa depan. Cth, belajar mnjahit, buat cake. Sis, mmg u gerak slowly skg but i tell u belakang hr u akan senang & senyum lebar. Kawin tu pikir ke belakang skli. In good timing, Tuhan akan sediakan yg terbaik utk sis. Sy ada sorang ppuan d kg, pernah t’lanjur & ada anak. Masa tu dia masih sklh menengah. Slps pantang dia bgtw plan dia utk smbg belajar tingkatan 6. Mulanya parents dia bantah tp cikgu d sklh bgtw “klu dia masih ada hati mau belajar takan kita yg dewasa mau halang” so dia smbg tingkatan 6 & dpt good result. Anak dia, ibubapa yg tlg jaga. So skg, dia otw da nak jd cikgu. B’kawin bkn perkara t’akhir sis kena buat. Luaskan pikiranmu sis, theres a lot lot lot more u can achieve out there. B’kawin akan mengusutkan lg pikiranmu ttg llki itu, sis akan t’kurung… so, please jgn gila hanya krana mslh ini. U are superwoman. U can do better. Doa kpd Allah, selesaikan baik dgn b’bincang dgn family, minta maaf apa semua & last ialah plan & choice yg baik2 u must do for u & anak.. menangis la sepuas hati but just don’t dare to give up. Minta nasihat dengan org yg baik2. Klu sis rasa org tu toxic, pndpt x blh pakai tinggalkan org tu. Cari penasihat lain…

Baca lagi

1st, Fikir dgn betul2. Jgn terikut2 kan perasaan tu. Istighfar byk2 supaya awak dptkan ketenangan. Benda nie mmg akan ambik masa, ambik lah masa berapa lama untuk awak menghadap benda nie. Dekatkan diri kpd Allah, sujud pada die minta die tunjuk jalan kebenaran untuk awak. 2nd, Awak kena bgtahu ayah awak apa yg partner awak lakukan. Ckp dgn ayah yg awak x perlukan die dan awak x nk kahwin dgn die. Masa nie, minda awak kena waras. Tiada ibu bapa yg nk tgk anak die bersedih disebabkan org lain. 3rd, Dah habis pantang kan, pergi lah cari keje untuk masa dpn awak dan anak awak. Its okay to be single mother drpd kahwin dgn lelaki yg x tahu hargai diri kita. Bagi anak kpd pengasuh atau ibu bapa awak untuk jaga die, awak cari lah keje yg berdekatan dgn awak. Mulakan hidup baru. Tunjuk kan pada ibu bapa awak yg awak boleh berdikari semula setelah apa yg berlaku. Sy harap awak belajar drpd kesilapan yg lalu, jgn mudah terpedaya dgn lelaki, kalau partner awak cari awak semula, I don't think it's good idea untuk u pergi semula kpd die, fikir semula apa die dah buat pada u masa u pantang tu. Life is not the end yet. Just satu je sy x agree dgn statement awak kt atas, yg awak kata awak korban harga diri dan masa dpn hanya untuk disakiti. But that is ur choice kan. X de sesiapa pun yg paksa u untuk bersama partner u n ada anak dgn die. That is ur decision kan. But it's okay. Just move forward. Jgn salahkan org lain. Semua masalah ada jalan penyelesaiannye. Insha Allah. U perlukan masa tu sort it out apa yg u perlukan untuk masa depan u. Once u dah tahu, u boleh hadapinye. Jgn disebabkan lelaki, u jatuh kali ke 2. Anak u tu patut jadi penguat semangat u untuk terus hidup dan move forward. Not ur partner.

Baca lagi
8mo ago

saya juga setuju. dah banyak red flags lelaki ini tunjuk. mungkin lebih teruk nak hadap lepas kahwin. jangan lakukan kesilapan yang sama lagi. bina hidup baru. soal jodoh, rezeki, sis doa banyak2, tawakkal. yakin lah rezeki Allah tu sangat luas. semoga urusan sis dimudahkan, sis bertemu jodoh yang baik, aman bahagia hidupnya Dunia akhirat

Bagus tak payah khawin fikir dlu masa depan sendiri. Tu saja mau pesan , tidak semestinya kamu ada anak dengan dia perlu khawin dengan dia. Kalau dia sudah buat perangai mcm tu , bila sdh khawin lagi susah dia buat .. Atas pengalaman sendiri.. saya pun pernah ada anak tanpa berkhawin juga. Saya habis pantang keluarga pihak lelaki paksa khawin .. sampai mereka sendiri urus segala urusan perkhawinan .. khawin duduk saja saya tanpa ada cincin baju segalanya kenduri pn tak ada saya terima je : tapi apa saya d khianati , durang plan bagi saya bunting lepas tu durang rampas anak saya tak bagi saya jumpa . Tak bagi saya kenal.. Saya d seksa .. sampai hampir gila. Saya kena santau oleh bekas bapa mertua saya supaya jadi gila.. Anak saya d ajar bahawa mak dia dah mati .. Kesilapan saya 1 je saya setuju berkhawin dan saya biarkan diri saya d seksa .. perkhawinan tu bertahan 3bulan je saya abis kena pukul , Saya kena luar tabi , Saya seksa .. Last2 saya minta cerai dia tak ceraikan saya.. Dia gantung saya 7tahun dan saya sendiri urus urusan bercerai dan dah bercerai pn 8tahun yg lalu.. Anak saya , saya nampak dari jauh sahaja.. tapi tak pe la .. Saya sebagai mak saya sentiasa doa baik2 je. Tak payah pikir pasal lelaki bila kita sdh buat 1 kesilapan .. bagus fikir ke depan.. Masih ada lelaki boleh terima kita apa ada nya suatu hari nanti.. jangan terburu-buru nak khawin .. Bagitahu bapa Kamu pasal apa dia buat.. kamu masi muda.. Masi panjang perjalanan hidup.. Bagus cari kerja dan mulakan Life baru .. Move on tak payah kecewa2 dengan laki2 ..

Baca lagi
8mo ago

Allahu Akbar, beratnya ujian puan🥺 Semoga segala kesabaran dan siksaan yg puan terima sebelum ni, Allah bayar dengan pahala , berikan kenikmatan hidup yang berganda dan dipermudahkan hidup 🤲🏻

Saya takde pengalaman, tapi saya pon sebaya awak dan sudah berkahwin. berkahwin dengan orang yang salah hidup lagi perit . memang ayah awak desak awak untuk kawen dgn lelaki tu . Tapi andai awak mampu bekerja dan sara hidup awak dn baby berdua dulu untuk bertemu dengan orang yang tepat lagi better . InsyaaAllah, minta ampun dgn Allah , doa banyak2 minta dia carikan suami yg dapat didik dan jaga awak sebaik nya . Awak mesti faham kenapa ayah awak paksa awk kahwin dgn laki tu . Dia pon buntu n kusut fikiran ... itu je keputusan yg dia boleh bagi untuk awak . Awak kuat , jangan layan sangat syaitan2 tu . Allah uji awak sebab awak lebih kuat daripada yg awak sangka , setiap ujian dan sakit tu sikit2 hapuskan dosa awak . ❤️ Ujian saya berat dalam proses nk kahwin dulu sampai la 2 tahun kahwin masih ada ujian lagi cuma makin lama makin senang . Dulu ibu tk berapa nak restu sebab suami saya susah . Tapi atas ibu bapa kita , kita masih ada Allah . Dia yg bantu kita saat tiada siapa berpihak kepada kita . Sekarang alhamdulillah hubungan saya dgn ibu bapa saya dh okay . Dan suami saya memang suami yg baik . Jalan cerita tak sama tapi yakin lepas ujian ni ada nikmat yg awak tak duga akan dtg . Minta dengan Allah 🥰 . Semoga urusan awak dipermudahkan 🤲🏼 semoga anak awak jadi ank yg baik dan soleh serta jadi penguat awak 💪🏻.

Baca lagi

Waalaikumslm. Awak , dunia belum berakhir. kalau awak ingat awk malang, ada lagi lebih malang. Hidup kita sesingkat birth and death. pertengahnnya adalah choice. Pilihan awak. apa yg terjadi pilihan awak, awak yg decide hidup awak. jgn ikut emosi bila awak buat keputusan tp minta petunjuk dia. better awak terus terang dgn ayah awak. yg ni awk kena tegas, n bgtau hal sebenar kat family awk. sbb apa yg pasti, parents nak yg terbaik utk anak dia. tp tak guna awk nak penuhi keinginan dorang semata2 kalau menyeksa jiwa awk. Tanpa lelaki wanita sentiasa kuat awk. Jadikan anak awak tu penguat dan satu reason utk awk bangkit. jgn tunjuk awak lemah. buktikan awk boleh berjaya. semua da berlaku, awk tak boleh salahkan sesiapa. Allah bg awk ujian yg mampu utk awk pikul. Awk kena pandang ke depan sbb skg masa depan anak awk lebih penting. Awak boleh! Lelaki yg tepat insya allah akan datang bila tiba masanya. Skg awk fokus diri utk bangkit, bina masa depan bersama anak dan takya salahkan diri awak. perjalanan awk masih jauh. Move forward. semoga awk dipermudahkan.

Baca lagi

Sy abek anak angkat xsah taraf.. nasihat Sy kepada sis cm nasihat kat ibu kandung anak Sy ni... 1. lupakan lelaki tu.. cari life baru.. 2. kalo minat belajar sambung belajar.. kalo xminat pergi kerja y bebas.. cm kat shopping mall.. y ada cm² jenis org kawan.. dari situ kita akan jadi org y positive & open.. 3. jangan pikir kawin sebab da xde dara.. org skrg ramai xde dara bole bahagia & berjaya.. janji jaga aib & ubah sikap y suka bg. 4. jangan ulang kesilapan lama.. andaikata terjumpa lelaki y 'minta'.. tinggalkan dia.. 5. jangan lupa Allah SWT & keluarga atas nasihat ni laa.. ibu kandung anak Sy tu xjadi kawin dgn jantan tu (jantan kantoi curang).. dia berkeje jual Coway kat shopping mall & da join umrah bersama ibunya tahun 2022.. skrg da berkenalan dgn seorg lelaki y baik jaga dia & tahu dia ada anak.. so ingat buang y buruk.. insyaallah akan dtg y lagi baik..

Baca lagi

sis. sy pon ada ank luar nikah. dh 2y7m umur dia. Sy sendiri berkeras x nk kawen dgn bapa anak sy. Lelaki tu pon hidup x terurus + penagih dadah. Alhamdulillah pilihan sy tepat. Sy dulu sara anak sy sorang2. sibukkan diri dgn keja. Sy cuma pikir nk buat yg terbaik utk ank sy je. Dan skrg Alhamdulillah sy dh kawen dgn lelaki lain. yg boleh syg anak sulung sy mcm anak sendiri. keluarga mertua pon syg dgn ank sy. Dan skrg sy tgh berpantang anak no 2. Baru 20hari berpantang. Sis jgn takut utk buat keputusan dlm hidup. tegas dgn pendirian kita. terus terang dgn family tentang lelaki tersebut. jgn hancurkan hidup sis dan anak. dekatkan diri dgn Allah. buat solat sunat taubat, solat wajid jgn tinggal. lihat wajah anak, kuat demi anak. sy doakan semoga urusan sis dipermudahkan.

Baca lagi

Belum kwen pun da serabut ape tah lg da kwen.. faham fmily wat mcm tu sbb nk tutp malu & nak laki tu btggjwb.. tp awal2 lg da x btggjawab smpi buat awak hamil.. klu kwen pun x bley nak tutp hakikat yg anak awak tu anak luar nikah.. memg pahit tp kte kne bpijak di bumi yg nyata.. stiap org lain dugaan nye.. npe nak hancurkn hdup awak lg.. awak ptut stat hdup bru.. cri keje.. kumpul duit.. mulakan hdup bru dgn anak.. mne2 ibu pun akan struggle dgn anak lg2 1st mom.. kte xde pngalaman but things will get better.. awak kne kuat.. satu hari nanti, ble awak da bjaya, awak akn pndg blek mse silam awak n awak akan snyum.. u made it! awak bley ok.. awak cuma perlu mse utk bgn & cri kkuatan diri.. n i know u can do it!

Baca lagi

Sy pernah Ada kat tempat awk, ank sy besar da. And sy da kahwin lain. Dulu mcmtu jugak, hampir nk bunuh diri..Jumpa gambar dorg chat dorg. Lepas Tu sy terfikir apa yg aku hadap sgt lelaki mcmni? Da la X berduit, curang pulak. yes aku da buat silap, tp ni bkn pengakhiran hidup. Mengharapkn sgt dia syg aku walhal dia cuma nak aku sbb nafsu, anak ni pun dia xpeduli, sy cantikkan diri, cari kerja and jumpa husband skg yg jauh lebih elok..Dia? sampai harini hidup mcmtu jugak dgn X keje Lepas Tu tuka pempuan Sana sini entah bape byk pempuan dia main. Geli fikir. Nasib baik X kawen dgn dia kalau tidak lg malang hidup

Baca lagi

Awak xgagal..awak hebat sebab mampu menempuh tempoh mengandung dan berpantang tanpa suami..dan membuat keputusan yg betul dgn melahirkan anak dan jaga dgn baik walaupon masih muda...semua ibu2 yg komen berpendapat supaya awk teruskan hidup awk dan anak tanpa berkahwin dgn lelaki jenis berperangai mcmtu....ya,bila awk dh kahwin dgn dia,nk bercerai bukan senang ya..dah terikat dgn lelaki mcmtu lagi seksa la hidup..xkanlah nak biarkan anak awk hidup dgn lelaki mcmtu curang sana sini ..cukuplah buat kesilapan 1 kali,awak masih ada peluang lagi utk hidup bahagia bersama anak..semoga hidup awk dipermudahkan🫶🏻

Baca lagi