Jiwa ku sakit

Saya nak minta pendapat semua. Saya mengandung 5 minggu, anak luar nikah. Saya cerita dekat kawan saya. Saya mengadu dekat dia. Tapi dia seperti memberi tekanan kepada saya. Saya ingin gugurkan kandungan ni. Dia banyak bagi idea tetapi dia banyak bagi tekanan menyebabkan saya lebih tertekan. Boyfriend saya pun buntu nak buat apa. Dia nak bertanggungjawab. Tetapi dia takut sebab benda ni melibatkan keluarga. Dan dia yakin mak dia tak kan maafkan dia, saya dan tak kan pernah terima saya dan keluarga saya kalau mak dia tahu perkara ni. Boyfriend saya baik. Cuma bila jadi macam ni je dia tak tahu nak buat apa. Hari2 dia minta maaf dekat saya. Pujuk saya supaya tak tertekan. Saya mkin tertekan. Kawan saya suruh tinggalkan boyfriend saya. Dia cerita kawan2 dia yang pernah terlanjur dan gugurkan kandungan kerana boyfriend tak nak bertanggungjawab semua kahwin dengan lelaki lain. Dan kawan saya sentiasa membuatkan saya overthinking. Saya tahu salah saya. Saya cuma nak seseorang yang boleh tenangkan saya. Saya rasa macam nak gila. Saya takut keluarga saya buang saya. Saya dah buntu. Saya stress sangat. Tiap kali solat saya doa supaya Allah bantu saya. Saya tak kuat. Mental saya sangat tak kuat sekarang ni. Saya rasa macam nak gila. Rasa macam nak bunuh diri. 😭😭😭😭😭

49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

akak saya pernah tersilap langkah dulu dengan abang ipar saya. dia kahwin dgn boyfriend yg mengandungkan dia. anak dia dh masuk umur 9tahun dh tahun ni. masa 6bulan dia bgtahu ibu abah saya, masa hari bapa. kenyataannya mmg ibu abah saya kecewa sgt. dia pun tak berani balik. kami tak contact kecuali dia ada call saya sesekali tanya khabar, dan last masa urusan nikah diorg. kami cuma pergi, masatu kami susah naik bas je tau. dia duduk bandar. kecewanya ibu abah saya. dia dan suami mmg tak berani balik. ibu abah saya sampai sakit, ibu saya sampai terkena strok sikit muka senget sebelah masatu. effect dia sampai skrg ibu saya ada masalah di otak, ada ketumbuhan doktor cakap berpunca dri nangis yg terlalu banyak jugak. sekarang ibu saya disahkan buta mata kiri 😔😔 masa akak nak bersalin, susah. sampai abang ipar merayu2 call minta ibu abah ampunkan kakak saya. berjam akak tahan sakit, tengah pagi buta ibu abah solat dan mungkin dh ampunkan mereka, setengah jam tu akak saya dapat bersalin tp tak cukup bulan. akak saya tersiksa, kesian dia. tapi dia pun punca ibu saya sakit. punca ibu abah saya malu. anak dia dh masuk berapa bulan baru dia balik. tp ibu abah saya redo, buatkan kenduri yasinan juga walau malu. tebalkan muka dgn orang kampung dan terima dia dan abang ipar. macam-macam keluarga kami lalui, berpunca sikap selfish kakak saya. tapi benci mana pun kami, dia tetap keluarga kami. dear awak, jangan takut. jangan risau. awak dah buat salah kan? jadi awak betulkan balik. awalnya mmg tak boleh terima. akak saya buat salah, dia cakap dia rasa nak bunuh diri, bunuh anak tu. sebab dia cakap kalau dia balik kampung abah akan halau pakai parang. sebaliknya tidak, abah saya terima dia seadanya. walau abah kita tak sama, tapi bapa mana yang tak sayangkan anak dia. awak pilih jalan terbaik. jangan gugurkan kandungan. ANAK tu langsung tak salah tau, yang salah AWAK DAN BOYFRIEND. jadi tolonglah bertanggungjawab ye. hadapi semua ni, kalau boleh jangan cerita pada orang luar, lagi-lagi kawan awak tu. doa banyak dear ❤️💋

Baca lagi
VIP Member

Ini hanyalah pendapat saya ya.. 1st sekali, awak dan boyfriend buatlah solat sunat taubat dan berjanji xkan buat perkara yang macam tu lagi.. Kedua.. Perkara yang lepas jangan dikenang dan pembuatan dosa lampau tak perlu pun diceritakan pada keluarga. Cukuplah awak, boyfriend awak dan Allah sahaja yang tahu.. Dan kalau betul boyfriend awak nak bertanggungjawab, cakap kat dia, tak perlu pun ceritakan benda ni pada keluarga.. Cukuplah kata pada keluarga yang "saya dah bersedia.. InshaAllah, Allah akan bagi jalan pada kami." tak payah nak cerita panjang meleret la kata apa pun sampai terlanjur apa semua tu.. Dan seterusnya berdoa dan tawakal.. Semoga Allah bukakan jalan untuk awak dan boyfriend awak.. Nikahlah sebelum kandungan makin membesar.. Jangan sampai gugurkan kandungan. Cukuplah dosa yang satu tu awak dah buat tak perlu ditambah lagi.. Tak perlu ikut saranan kawan awak.. Yang tanggung dosanya nanti awak. Takut ingat sampai bila bila kalau awak buat macam tu.. Cubalah nikah secepat yang mungkin selagi anak tu boleh dinasabkan atas nama boyfriend awak..

Baca lagi

awak sama mcm sya skrg ni ..kandungan sya da masok 25minggu da ..so far syukur la boyfriend sye sudi bertanggungjawab ..fyi ,before this ,boyfriend sye nonmuslim ,ade niat nak masok islam ,then bile dpt thu sye da mengandung ,seminggu lepas tu terus dia masok islam ..psl keluarga ,sya mula² pon teragak² nak kasitau abg sye (parents da meninggal) ,tapi bile fikir masa yg akan dtg n lambat laun ,confirm dorang akan tahu jugak ,sye pon terpkse jugak kasitau dorang ..biarpon ade perli² bagai ,sye ignorekan je ..bile buat buku pink kat klinik ,ade beberapa kali kene jumpe kaunselor ..jumpe kaunselor ,hati kene kuat n kene hadap je soalan² yg dorang tanya ..certain kaunselor mmg senang nak communicate secara baik dn ade adab bercKap ,certain lagi hampeh .. btw jgn lupe pergi setiap appointment klinik .tu yg penting ...apa² pon ,nasihat sye pd awak ,jgn gugurkan baby tu ..kite kene sedar yg kita da buat dosa n jgn tambah kan dosa tu yg lebih berat ..be strong ok 💪 allwah always be with u dear ☺️

Baca lagi
4y ago

ya betul tu..

Jgn gugur..kesian baby tu xberdosa..first awk pergilah jumpa mane2 kaunseling ceritakn mslh awk..sedikit sbyk dpt tenangkan hati awk..tkpyhlh cerita kt kawan😊 btla solat taubat sampai awk betul2 rasa terkesan dgn taubat awk..Klau bf awk nk bertanggungjawab bincanglh kedua belah pihak keluarga..berterus terang je..Minta Allah lembutkan hati family awk dan family bf spy dpt menerima dan memaafkan kesilapan awk dan bf..niat yg baik nk kahwin InshaAllah Allah bantu awk..baby tu sbg pengajaran bt awk sbbtu sllu org yg terlanjur sng mengandung sbb Allah nk bg pengajaran😊 jagalah baby tu dgn penuh kasih syg tau..klau awk gugur awk tanggung dosa seumur hidup dan baby tu akan tuntut awk dkt akhirat nnti😊cukuplh dgn dosa yg dh buat jgn tambah lgy dosa lain..jauhkan dari kwn2 yg bg kesan negatif kt awk..syg diri awk n syg anak awk tu..Allah ada Allah syg awk..amiklah ikhtibar lpsni..jgn sedih2 okay awk kuat💪🏻🥰

Baca lagi

yang pertama ingat allah swt.. menyesal atas perbuatan sendiri dan bertaubat... jangan pernah terfikir utk gugurkan kandungan..jangan lakukan dosa besar sekali lagi.. jika betul BF awak nak bertanggungjawab, jumpa keluarga masing2 dan nikah..soal keluarga terima atau tidak itu pasti akan berlaku.. ibu bapa mana yang x kecewa jika terjadi perkara begini.. dah semestinya mereka sedih.. bagi masa pada mereka.. yakinkan mereka yang korang berdua mampu jaga anak dalam kandungan dan mampu tempuh rumahtangga aman damai.. berdoa pada Allah, semoga dibukakan pintu hati kedua ibu bapa kedua keluarga menerima korang berdua berserta baby.. mak bapak ni hati meraka sangat sensitif.. utk awak yang dah terlanjur.. jangan fikir benda negatif.. ingat ada nyawa lain dalam kandungan.. saya doakan, semoga di bulan yang baik ini, Allah swt permudahkan urusan awak dan keluarga.. apa2 pun kuat semangat !

Baca lagi

jangan gugurkan sis ... nanti hidup sis xtenang dgn kesilapan yg sis buat ... saya juga nasib sama macam sis tapi lebih teruk sbb tunang sye xnk bertggugjwb and dah pun berkahwin dgn perempuan lain ... 4 tahun prhubugan sia2 mcm tu je .. dan skrg saya tgah tgu due ... jujurlah dgn family sis .. kemarahan kecewaan tu akn ada sbgai ibu bpa tapi dibulan baik nie ... semoga allah permudahkan segalanya ... alhamdulillah saya jujur dgn family saya ... saya buat solat taubat ... saya buat solat istikarah ... minta petunjuk ... alhamdulillah allah tunjuk satu persatu jalan ... family saya terima saya seadanya ... ank yg sis kandung tu ade berkat dan rezeki dari ye ... dan jgn risau kalau pergi klinik pun nurse atau doc akn bantu sis .. sekadar crte pegalaman saya ... Moga saya dan baby selamat dan dipermudahkan segala urusan .. bby ramadhan ..

Baca lagi

awak dah tahap kemurungan ni dek.. hmm.. dia camni.. xsemestinya org yg berzina tu jahat.. korang cuma buat kesilapan.. and malangnya kesilapan tu memberi impak besar dlm hidup.. cuba berterus terang dgn family.. kalau dorang x terima.. cuba contact pusat2 yg menawarkan perkhidmatan utk anak luar nikah ni.. pusat pemulihan.. xpe.. tenangkan fikiran.. jgn gugurkan.. kalau boleh usahakan utk kawen.. sis anak luar nikah.. huhuhu.. mak x kawen pun.. dia besarkan sis sorang2 je.. dpt laki x guna.. so kalau bf baik.. walau apa pun rintangan.. korang cuba lah hadapi k.. dan cari penyelesaian.. mak sis boleh jaga sis sorang2.. kalau korang berdua.. lagi lah boleh.. kan?

Baca lagi

Rezeki baby ni tk semua org dpt tau awk.. Awk cuma perlu jujur dgn both family.. Nak buat mcm mana dh telanjur.. Baby tu tk berdosa, insyaallah kalau awk jaga amanah Allah ni, Allah akn permudahkan segala urusan awk.. Ajk je bf awk nikah, kalau both family marah pun benda tk boleh nk putarkan masa tk boleh nk perbaiki apa dh.. Nasihat saya lepas nikah berdikari berdua dgn suami.. Doa bnyak2 supaya both family terima.. Kadang2 awal2 je dorng marah.. nnti baby dh keluar dorng yg syg sgt baby tu.. Saya doakan awk sentiasa dimurahkan rezeki dn dipermudahkan segala urusan.. Amiinn.. Masa ni jugak la awk perlu baiki diri awk dan bnyakkan solat taubat.. Insyaallahh 🥰☺️

Baca lagi

sy dah lalui ap yg sis lalui. dlu wktu baru thu boleh dikatakan tiap hari sy ngis. sy bg thu kakk sy sendiri and dia minta utk sy gugurkan. lagi bertambah kesedihan sy. tp boyfriend sy sokong sy. dia ckap ap pun keputusan sy sama ada nak jga anak ni atau nk gugurkan dia ada dgn sy. pikir punya pikir sy tak gugurkan. malu mmg family malu. kita pun malu nak hadap family sndri. dan sy dah selamat nikah dgn bf sy tu awal bulan 4 ni wktu kandungan sy 24 weeks. alhamdulillah keluarga mertua sngt penyayang. dan skg ni pun sy tinggal dgn mertua. sy doakan urusan sis dipermudahkan. kalau sis perlukan kawan utk bercerita atau nak luahkan ap2 sis boleh luah kn kat sini.

Baca lagi

benda nie nk tk nk masing² kna bg thu keluarga, memg tk di nafikan akn strees n keluarga akn mrh, tp smpi bila nk diam?? dh buat berani tanggung la awak oii, tk kisah la keluarga laki tk blh terima awk ke ap, skrg nie yg buat awk pregnant tu ank laki diaorg, klu awk kta bf awk syg kn awk.. dia kna terima la ap² dugaan blkg hri, n bnda pun dh jd skrg nie.. bab kwn tu, dia mgkn cte dr pgmln org yg terdkt, sbb sy sdri ad kwn yg mcm tu. dh pregnant keluarga dh thu, tup² laki tu bwa dia pg gugurkan, lps tu tk jd kawin pun dgn bf dia.. lst² jodoh dgn org lain, tp alhamdulillah bahagia je dia dgn suami dia skrg.. suami dia pun blh terima kisah lampau dia dlu.

Baca lagi