Trauma masa lalu

Salam semua, boleh minta kata kata semangat tak? Saya mengalami tekanan emosi semasa mengandung anak kedua. Dugaan yang allah bagi adalah dugaan orang ketiga. Taktau la kenapa kuat sangat naluri tu nak check phone suami. Bila check, suami kantoi download app dating dan berjumpa dengan perempuan tersebut. Diorang jumpa sekali je (katanya la, tak pasti betul ke tak) Sehari selepas jumpa tu kantoi dengan saya. Saya terus ambil nombor prempuan tu dan call. Saat ni saya masih boleh kawal emosi dan cakap baik2 dengan perempuan tu jangan contact suami saya lagi. Perempuan tu pun okay dan mintak maaf kat saya sebb taktau jantan ni dah berbini. A few hour lepas saya call perempuan tu, perempuan tu boleh ws suami saya suruh pilih dia atau saya. Membuak buak rasa masa tu. Suami cakap dengan dia jangan kacau dia lagi, dia menyesal (taktau betul2 ke atau nk sedapkan hati saya) Sejak dari tu hari hari saya nangis. Masa tu saya mengandung dah 8 bulan.. sepatutnya time tu relax dan rehat tapi tak.. emosi saya serabut sampai la satu hari tu saya asyik layan emosi , tak jaga diri sampai tumpah darah. Saya beranak tak cukup bulan. Masa ni nampak suami dah start bersungguh2 berubah, tolong uruskan anak bagai. Lepas kejadian sebelum ni memang saya berubah 100%. Saya jadi paranoid dengan suami. Saya kerap check telefon dia. Apa dia buat, dia kat mana.. memang saya suruh dia inform tak kira waktu. Masa dalam pantang sekali lagi saya diuji. Perempuan tu kacau lagi rumah tangga kitorang. Kalini dia call saya nak jadi madu saya. Kononnya jatuh hati sebab suami baik dengan dia. Masa ni emosi jangan cakap la. Dahla sakit beranak tak hilang lagi, datang perempuan gila ni lagi. Saya cuba cakap dengan suami. Kalau dia rasa dia dah tak sayang saya dia boleh pergi, tapi anak2 saya ambil. Dia taknak, dia cakap dia sayang kami dan betul2 nak berubah. Saya taktau nak percaya macamana lagi. Hati sakit sangat. Kadang kesian anak sulung asyik kena tempias. Sekarang dah setahun kejadian ni berlaku tapi saya masih tak boleh move on. Bila gaduh sikit mesti saya ungkit salah lama dia padahal dia cakap dia dah tak buat benda bukan2 tu. Sekarang pergi mana2 dia selalu bawak saya walau pergi mancing sekali pun. Saya taktau macamana nak berdamai dengan masa lalu. Sebab sepanjang perkahwinan kami, saya bagi full komitmen. Tak pernah abai makan minum dia zahir dan batin. Tapi benda yang saya nak elak jadi jugak. Saya boleh hidup susah dengan dia tapi kalau bab perempuan saya tak boleh. Kejadian ni dah setahun tapi mental saya sangat terganggu bila ingat balik. Suami sampai penat nak gaduh sebab saya tak habis2 mengungkit. Sekarang ni kalau saya rasa perangai saya berubah sangat, bila marah mesti tak boleh kawal padahal dulu susah sangat nak bukak mulut. Kalau marah pun diam ja. Adakah ini postpartum depression? Tolong saya. Saya nak selamatkan rumah tangga saya, anak2 saya dan diri saya. Apa patut saya buat? #pleasehelp

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

pospartum depression bley jd smpi 2 thn.. baru2 nie tgk kt ig smpi 7 thn.. sye penah dgr 1 cramah nie, klu kte ade rse x puas hti/ slalu tringat ksah lalu, kte kne bdamai dgn kisah silam.. benda da lps, kte x bley nk ubah dah.. sis maafkn diri sendiri.. bkn salah sis.. nak lupa kan memg amek masa.. sye tw sis tkilan sbb sis da berikan yg tbaik tp mcm tu suami balas.. kte bley kawal diri kte tp bkn org lain.. tu dluar kmampuan kte.. ape yg kte mampu, kte jge & hargai elok2..bykkn bdoa pada Allah.. mintak tlg Allah jge kn kluarga sis.. kte sbgi hamba, mampu brusaha & tawakal.. selebihnye anggp la sbgi ujian &kasih syg Allah.. fighting sis!

Baca lagi
1y ago

Lepas kejadian tu kitorang tak pernah berenggang.. masih tinggal sekali.. saya dan dia tak pernah kongsi masalah rumah tangga dengan family masing2.. jadi kalau dia balik rumah family saya, dia akan buat macam biasa dan saya jugak macam tu.. family kitorang pun tak tau kitorang jadi macam ni.. sebab saya taknak family campur tangan.. takut nanti bila kitorang dah berbaik, family masing2 pulak masam muka.. Saya sayang suami tapi trauma dan kecewa tu dalam sangat.. sekarang saya cuba berdamai dengan masa lalu macam yang sis cakap.. sangat mengambil masa untuk kembali macam dulu balik.. saya cuba perbaiki diri dan tawakal kepada allah. semoga allah pelihara keluarga saya.. doakan saya selalu kuat ya sis.. 🥹

bole jadi sis, maybe awak kena jumpa org yg bole bagi nasihat n bagi kata2x semangat utk awak, sbb benda ni still menghantui diri awak even da setahun berlalu, takut juga apa2x. apa2x pun saya harap hubungan rumahtangga awak akan kekal , doa byk2x yaa, saya yakin suami awak mesti myesal lepas tgok awak mcm ni n berubah .

Baca lagi
1y ago

takpa awak, at least bila luah ,rasa lega sikit. nnt awak try buat rawatan yaa. bahaya juga kalau dibiar mcm tuh.