Hilang arah dalam hidup

Assalamualaikum mommies, saya berumur 22 tahun dan merupakan single mom. anak saya dah 2 bulan lebih ( anak tidak sah taraf ). sebelum saya bersalin keluarga saya minta saya berkahwin dengan bapa kepada anak saya hujung tahun ni. Saya berhenti belajar sejak pregnant dan bergantung sepenuhnya pada partner saya, tapi baru baru ni partner saya kantoi curang dengan ex dia masa saya tengah berpantang. Bila saya confront dia cakap dia akan tinggalkan perempuan tu tapi saya tahu dia tak cakap jujur dengan saya, dia tipu saya. Dia masih berhubungan dengan perempuan tu walaupun perempuan tu tahu dia ada anak. Kejadian menjejaskan mental saya, saya rasa nak sakitkan diri sendiri dan beberapa hari ni saya selalu rasa diikuti oleh bayangan hitam. Saya tak tahu nak cakap apa dengan keluarga saya sebab ayah saya berkeras suruh kahwin. Saya rasa tidak bersedia dan takut dikhianati lagi lepas kahwin. Saya rasa hidup saya hancur, saya korban harga diri dan masa depan saya hanya untuk disakiti. Tolong jangan menghakimi saya ya mommies, saya perlukan sokongan mental, takda siapa tahu keadaan sebenar saya. saya rasa terbeban, saya rasa sakit dan hilang arah. saya rasa gagal jadi seorang ibu, saya rasa GAGAL. #pleasehelp

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

better awak besarkan ank awak. sambung cita². tak slh pun hidup tanpa pasangan. ank tu benda paling berharga Allah bg pada awak. biarkan org lain menghukum. terus dekatkan diri dgn tuhan. semakin baik awak cuba perbaiki diri. semakin baik benda yg dtg pada awak kemudian hari. buat masa skrg semua mmg pahit nk lalui . anggap la ank sebagai penguat semangat. masih ramai wanita diluar sana senasib dgn awak bahkan lebih teruk.

Baca lagi

knpe eh wujud pompuan yg suke goda hak org dh tau laki tu dh berpunya jgn la usik rmai lagi laki single dlm dunia ni klau xnk laki bujang un amik la duda klau terdesak sgt eyy yg si laki pun melayan x cukup satu dpt kt sye mmg due ii sye pijak...sbb sye pun prnh kne mcm ni sye smpai susah nk percaya org dh harap sis sabar la eh..fikir leklok sblum buat keputusan sbb skali dh buat keputusan dh xleh patah balik dh❤️

Baca lagi

dah la dgn laki macam tu dik.. bagi je lahh kat org yg sama spisis dgn laki tu.. lari sementara boleh.. syukur la sekarang dah tahu, kalau dah terlajak kahwin tambah merana hidup je.. boleh bagitau ayah awak laki tu jenis macam mana? ayah kalau tahu anak dia tak dijaga baik sedih jg biasanya walau marah sekalipun.. taubat tau, insyaallah jumpa lelaki yg jauh lagi baik lagi bertanggungjawab 🤗

Baca lagi

Kuat demi anak, bangkit dari sejarah silam awak, Insyallah awak kuat. Kalau rasa lelaki tu tak boleh jaga awak, terangkannkat parents apa plan awak,Insyallah ada jalannya, kalau rasa teruk sangat dapatkan nasihat doc, kalau boleh cari kawan yg btul2 boleh awak luahkan apa yg awak hadap. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan belajar dari kesilapan lalu.

Baca lagi

Nasihat tinggalkan je lelaki mcm ni, seblum khwin pn dh bt perangai, jgn hdp sgt llki perangai mcm ni, jenis curang tu mmg smpai bila2 pun perangai cm tu lr, dari meran lps khwin baik tinggalkan sja, InshaAllah ada jodoh awak yg terbaik, doa bnyk2 solat jgn tinggal,

1. Kembalilah kepada Allah. Percayalah org yg jauh dr tuhan tak kan hidup tenang. Ckp dr pengalaman sendiri. 2. Tak perlu pn kawen dgn laki tu. Buat apa nk kawen dgn laki yg mampu curang. Buat semak kepala je.. Semoga dipermudahkan urusan awk

Baca lagi

better jgn kawen. takut dia dendam. undang2 Malaysia jahat. nanti dia gantung awak X bertali. da la nak cerai susah walaupun bukti kuat somi X bertanggungjawab. nt lama2 tawar hati jumpa yg lagi baik akn jd masalah je sbb susah cerai.

setuju dgn semua komen2 dr ibu2 lain..awak kena yakin yg awak boleh harungi benda ni dgn anak..anak lah sumber kekuatan awak..dekatkan diri dgn Allah,inshaa Allah Dia ada sentiasa dgn kita..semoga Allah permudahkan semua urusan awak

TapFluencer

jgn sbb lelaki, awak rasa gagal. kena bangkit dan jadi seorg wanita yg kuat demi anak. awak muda lagi. yg lepas, lepas la. fikir masa depan.

balik semula pada Allah Dan dekat kan diri pada Allah itu sahaja Jalan terbaik.. kuat semangat Ibu