Kencing manis trimester 3

Assalamualaikum ibu2.. Td nurse ada call bgtau result minum air gula tinggi. So esok kena puasa n dtg kk hari isnin utk cek bsp 4kali sehari.. ni first time sy kena.. anak no 3.. So ada sape yg ada pengalaman ke? Boleh share? Cara ambik pemakanan, n kalau first time ni mmg confirm ke kencing manis? Ataupun ujian bsp ni br confirm kencing manis? Harap jawapan ibu2 dapat membantu sy 🥰🥰🥰

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

GDM ni term kencing manis semasa hamil. Once dah confirm ada gdm, kena buat BSP untuk tengok bacaan gula kita ni terkawal atau tak. Kalau bacaan tak okay, berkemungkinan akan diberikan ubat @ insulin. Pada masa yang sama, kena jaga pemakanan sebaiknya untuk jangka masa panjang. Amalkan healthy lifestyle. Sebab kebiasaannya, ibu yang ada gdm semasa hamil akan mengulangi minum air gula (tak silap saya 3bulan selepas bersalin, betulkan saya jika salah) untuk check semula samada paras gula normal atau tidak. Kalau bacaan tidak normal, then jadilah diabetes (confirm ada kencing manis walaupun bukan waktu hamil). Ni dah jadi cerita lain pula. -- Taktahu sekarang procedure macam mana, tapi masa saya hamil dulu tahun 2021, akan ada appt dengan pakar pemakanan. Pakar akan terangkan cara cara dan menu yang bersesuaian. Hopefully comment saya membantu. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Baca lagi

sy nk bg la sikit petua sbb sy dh buat dan berkesan 😁...sebelum start puasa awk minum stengah gelas air perahan 1 biji limau kasturi tanpa gula...dlm waktu tgh puasa tu jgn minum air lgsg..sbb ada yg ckp bleh minum air..sy dh try minum,bacaan tinggi..hari buat bsp tu awak control mkn sikit..sy sangkut gdm start dr awal preggy,kena buat bsp sampai bersalin...tp minum air gula lps bersalin,result ok je pun

Baca lagi
3mo ago

Ok baik2… nanti malam sy cuba minum perahan air limau.. tq awk

TapFluencer

Kalau result bacaan minum air gula dah 11, tu confirm GDM (kencing manis semasa hamil). Once kena GDM, kena jaga makan seumur hidup sbb jika tak jaga, kencing manis boleh datang bila2 masa sebab dah ada tapak kencing manis dlm badan. Kena amalkan pemakanan no sugar less carbohydrate. Boleh join group FB PESAKIT KENCING MANIS/ DIABETES untuk info bermanfaat. Search je apa nak tahu dlm group tu.

Baca lagi
3mo ago

Macam saya masa hamil, bacaan minum air gula 7, dah kena BSP. Lepas bersalin, minum air gula, trend bacaan gula saya naik. Lepas bersalin berat badan saya turun mendadak, ingat kan sbb menyusukan anak. Rupanya trend bacaan gula naik. Buat HbA1c, pre diabetes. Sekarang saya on diet je. Silap makan, dah rasa kebas kaki, mata kabur, lemah badan. Hati2 lah ye. Kita ada anak kecil nak jaga.

Bestnya last trimester baru kena. Saya masa 4 bulan dh kena GDM sb sangkut minum air gula. Every 2 weeks kena buat BSP selalu sehari sblum jumpa doc. Skrg saya still on diet je without ubat. Air manis n dessert mmg xminum lgsg. Tp nasi semua mmg susah nak control sb lapar n suka mkn nasi. Sedih betul tetiba kena GDM masa pregnant. Dh la baru je dpt selera mkn. Harap2 xkekal la penyakit ni.

Baca lagi
3mo ago

Allah awalnya kena gdm.. sy msuk 7bulan br sangkut.. ni pun first time.. sblm2 ni peggy xpnh lg kena.. tp awk xmkn ubat or cucuk ok la.. sy harap sy pun sama la

Saya! Sy start esok, malam ni puasa. Semalam sy minum air gula kt KK masuk 3rd trimester, this time sangkut pulak. Bacaan normal 7.8, sy punya 8.08. Walaupun naik sikit, still kena berjaga2. Sini sy kongsi (dari fb) apa yg boleh makan diet pada hari nak amik test bsp 4kali sehari

Post reply image
3mo ago

Sambungan 3

Post reply image

biase dpt results gula tu bape minggu? sy tgh tu ggu result gula. 😭 setiap hari mikir dahla kita ni berkerjaa

3mo ago

scared*