Kencing manis trimester 3

Assalamualaikum ibu2.. Td nurse ada call bgtau result minum air gula tinggi. So esok kena puasa n dtg kk hari isnin utk cek bsp 4kali sehari.. ni first time sy kena.. anak no 3.. So ada sape yg ada pengalaman ke? Boleh share? Cara ambik pemakanan, n kalau first time ni mmg confirm ke kencing manis? Ataupun ujian bsp ni br confirm kencing manis? Harap jawapan ibu2 dapat membantu sy 🥰🥰🥰

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Kalau result bacaan minum air gula dah 11, tu confirm GDM (kencing manis semasa hamil). Once kena GDM, kena jaga makan seumur hidup sbb jika tak jaga, kencing manis boleh datang bila2 masa sebab dah ada tapak kencing manis dlm badan. Kena amalkan pemakanan no sugar less carbohydrate. Boleh join group FB PESAKIT KENCING MANIS/ DIABETES untuk info bermanfaat. Search je apa nak tahu dlm group tu.

Baca lagi
4mo ago

Macam saya masa hamil, bacaan minum air gula 7, dah kena BSP. Lepas bersalin, minum air gula, trend bacaan gula saya naik. Lepas bersalin berat badan saya turun mendadak, ingat kan sbb menyusukan anak. Rupanya trend bacaan gula naik. Buat HbA1c, pre diabetes. Sekarang saya on diet je. Silap makan, dah rasa kebas kaki, mata kabur, lemah badan. Hati2 lah ye. Kita ada anak kecil nak jaga.