GDM ni term kencing manis semasa hamil. Once dah confirm ada gdm, kena buat BSP untuk tengok bacaan gula kita ni terkawal atau tak. Kalau bacaan tak okay, berkemungkinan akan diberikan ubat @ insulin.
Pada masa yang sama, kena jaga pemakanan sebaiknya untuk jangka masa panjang. Amalkan healthy lifestyle. Sebab kebiasaannya, ibu yang ada gdm semasa hamil akan mengulangi minum air gula (tak silap saya 3bulan selepas bersalin, betulkan saya jika salah) untuk check semula samada paras gula normal atau tidak. Kalau bacaan tidak normal, then jadilah diabetes (confirm ada kencing manis walaupun bukan waktu hamil). Ni dah jadi cerita lain pula. --
Taktahu sekarang procedure macam mana, tapi masa saya hamil dulu tahun 2021, akan ada appt dengan pakar pemakanan. Pakar akan terangkan cara cara dan menu yang bersesuaian. Hopefully comment saya membantu. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Baca lagi