Scan usia baby

Assalamualaikum ibu2 semua.. Sy last period 24/6, lepas tu bulan 8 sy cek double line.. terus g klinik untuk dpatkan ubat.. kes sbb tahun lepas pnah gugur. N harini sy ada g scan untuk tentukan usia baby, untuk buat buku pink, tp malamgnya xnmpk lg kantung.. kosong.. dah buat scan dr bawah pun still x nampak.. So sy g beli clear blue digital untuk confirmkan usia baby.. Ada x ibu2 yg pengalaman cmni? Sepatutnya next scan sy kena g bila ye? Ohhh, period sy x teratur ye.. n doc ada ckp suruh scan jumaat ni, n klu still kosong terus refer hospital 🥹 So apa pandangan ibu2 semua? Nak g jumaat ni scan or tggu hujung bulan? Xde pendarahan xde sakit.. cuma yg ada simpton2 awal kehamilan je 🌸 Sy sertakan gambar upt.. sy harap sgt2 pandangan ibu2 yg menyenangkan dan membantu sy 🥹 tq

Scan usia baby
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kalau ikot digital clearblue usia kandungan awak bersamaan 4@5minggu. normal belom nampak apa2. boleh refer penerangan dr pakar o&g ni. doctor imelda balchin A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi

waalaikumusalam.. sama mcam sya irregular period jga.. cara sya, masa tau positive pregnant, sya cek masa last bersama dngan suami.. cntoh da 3 minggu, jadi sya andaikan saja usia kandungan 3 minggu.. lpas tu sya x p klinik sbab dri pengalaman sebelum ni yg gugur, minggu ke4,5,6 x nmpak lagi. kecewa la bila doc ckap baby x nmpak, hnya kantung ja, mngkin gugur, kena pegi hospital.. haa.. tu pengalaman lpas.. so kandungan skrg ni, da andaikan 3 minggu, sya jaga diri, x angkat berat, bnyak rehat je.. mkan folid asid, buah2 segar n jaga mkan..yang penting tanda2 pregnant tu ada.. x sakit yg melampau bhgian bawah perut dan kluar darah.. sampai la sya agak2 kandungan da 11 minggu baru pegi scan.. alhamdulillah da nmpak baby..usia baby pula masa scan tu 11minggu 5hari😆 untuk sis, baik pegi hujung bulan je atau bulan depan ke.. tahan hati dulu pegi hari jumaat ni.. sbab klau x nmpak lagi, sis sndiri kecewa nanti mcam sya.. first mom mmang excited, tpi bila doc ckap x nmpak lagi kompom kecewa.. so sabar dulu ye.

Baca lagi
10mo ago

Hihi ye no 4.. tp ni first time jadi gini.. yg sebelum2 ni awal nmpk.. scan je da nmpk kantung pe semu.. kalini je x nmpk pe.. so scary gila sbb yg gugur pun lbih kurang gini.. huhu

Masih baru lg tu sis..mmg kantung kosong lagi..sis g scan mana tu? Atas org jgk..6-7 weeks pon kadang2 xnmpk lagi..nmpk kantung je..tgu 8week keatas..bru nmpk bby..g scan klinik berlainan jgk..mcm sy g 2 klinik..mesin diorg lain2..ada yg nmpk jelas skit ada yg x..tapi sis awal tu mmg kantung nmpk kosng je..asalkan kntung tu duk dlm rahim..selagi xde bleeding ke sakit teruk2

Baca lagi
10mo ago

Itu la.. maybe ujung bulan baru sy scan lain.. tq ye sis

You last period bulan 7 kan? Bukan 24/8 kan? Kalau 2-3weeks kat upt, baru lebih kurang 4-5weeks kandungan you. Kalau scan memang tak nampak apa2 lagi. Normally, week6-7 baru nampak kantung. Week8-9 baru nampak janin and dpt dengar heartbeat. Sebab tu dr mintak you datang balik

10mo ago

Itu la.. tq ye doakan 🥰

TapFluencer

klu ikut clearblue ni, usia kndungan baru 4-5 minggu. normal kalau masih tak nampak apa2 lagi. plus awk pun irregular period. usia kndungan hanya blh ditentukan bila kantung dh kelihatan. utk yg period normal, kantung kelihatan dlm 6minggu keatas.

10mo ago

Itu la tu.. maybe trauma sikit lepas gugur tahun lpas.. still takut bila nmpk double line.. so rasa nk g scan tetiap minggu slg xnmpk bby 🤣

hampir sama lah tarikh LMP kite. sy 22/6. belum pg scan lagi sbb takut x nampak. bulan 3 ritu sy gugur. so jd trauma. sy monitor je ni kt rumah if ade bleeding atau cramp perut yg kuat baru pg hospital. bulan depan baru scan.

10mo ago

alhamdulillah. asal ade kantung kira dh ok dah. insyaAllah selamat. so dpt due baru lh kn?

TapFluencer

Kat situ 2-3 maksudnya baru lagi tu baru 4-5w lagi mmg scan takkan nmpak lagi tu. Saya period irregular 7w baru scan tu pun baru nmpak kantung je.. 9w repeat scan baru nmpak baby.. So EDD lari seminggu lebih mcm tu.

10mo ago

Ooo ok.. klu gitu better sy tggu ujung bulan la baru scan balik kan..

klau ikut tahap keterangan upt tu dari 1hb, kandungan masih terlalu awal. anggaran dlm DPO15(7/8) benih baru start bertapak dlm rahim. boleh tunggu 2 minggu lagi selagi takda something wrong somewhere la..

Baca lagi

klu nk cantik beli pregnant test biase tgk double line tu terang baru g scan..klu pucat lagi jgn scan lagi tkut scan xnampak

masih awal sbb tu scan xnmpk. jika ikut clearblue skrg dlm 5mgg. tgg lg sebulan akn nmpk janin