ADAKAH DIJUAL UBAT SAKIT PINGGANG UNTUK IBU HAMIL?

Assalamualaikum dan selamat petang ibuĀ² hebat semua. Saya nak meluah dan bertanyašŸ„². Mana tau ada ibuĀ² yg mengalami benda yg sama. Saya berumur 35 tahun. Sekarang sedang mengandung anak ke 3. Kandungan baru 19w. Masalah sekarang saya kena sakit pinggang. Semalam checkup,saya ada bagi tahu nurse,tapi nurse cakap itu biasa. Bagi saya bukan biasaĀ². Sbb saya nak bongkok pun tak boleh. Berjalan,duduk,berdiri, mencangkung,semua sakit šŸ˜­šŸ˜­ Saya solat pun sama duduk. Menggigil badan menahan sakit. Bila berbaring mengiring je yg tak rasa sakit. Tapi nak bangun tu siap lah,boleh menangis.. Pengalaman mengandung anak pertama dan ke dua tak macam ni. Tak ada kena sakit pinggang tahap teruk mcm ni. Banyak tugas rumah yg saya nak buat. Raya pun dah dekat. Mak mertua,ipar duai nak balik. Sbb ni pun rumah dia. (Macam mana kami boleh pindah ke rumah mertua ni,panjang ceritanya. Sebelum ni saya jaga mertua selama 3 tahun. Sekarang dah tak,dia ddk rumah anak perempuan dia). Astu saya diminta menjaga mak mertua saya yg dah tak boleh berjalan selama beberapa hari. Saya nak urus diri sendiri dan anakĀ² ni pun terkialĀ²,menahan sakit. Lagi nak kena jaga mertua tak boleh berjalan. Saya tak kisah pun kena jaga mertua beberapa hari tu,tapi tu perbincangan sebelum saya kena sakit pinggang ni. Skarang dah sakit,rasa mcm tak boleh je nak jaga. Sbb mertua perlukan šŸ’Æ penjagaan rapi. Suami ada,tapi tu lah..suami saya ni tak pernah diajar melakukan kerja rumah dari kecik. Ape pun tak tahu buat. Tapi sy tak salahkan suami saya. Bagi saya dia suami yg baik,memahami juga bertanggungjawab. Dia cukup sempurna bagi saya. Bila saya ajar anak lelaki saya buat kerja rumah,mertua saya cakap dgn anak saya,tu kerja perempuan. Bukan lelaki. Bior adik yg buat,abg tak payah.. Allahuakbar šŸ˜­. Anak lelaki saya tanya saya betul ke ape yg nenek dia cakap,saya kata tak ada istilah tu kerja perempuan,kerja rumah lelaki perempuan kena samaĀ² buat. Okey,ada tak ubat untuk hilangkan atau kurangkan rasa sakit pinggang ibu hamil ni di farmasi or klinik swasta? Tolong bantu saya. Saya harap sangat pinggang saya sembuh sebelum tiba hari raya..jadi nanti saya boleh jaga mak mertua saya walaupun sekejap .. #ingintahu #pleasehelp #seriusnanya #bantusharing

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis cuba makan panadol extend atau extra tu, tapi consult doc dulu lah nanti takut ada masalah lain pulak kalau memandaiĀ² kan.. Pergi swasta ya.. Kalau gomen mmg semua ckp normal... Mcm tu lah sy jugak, sy kena kencing kotor sampai jalan terbongkokĀ², doc dan nurse kk ckp itu normal sakit bahagian bawah ariĀ² n kemaluan tu sbb bby dh masuk laluan.. Pelik pon ada sbb sy baru 5 bulan masa tu.. Sy x puas hati pergi sepital gomen lak, dah dia ckp sy ada cyst.. Kena warded, tapi sebelum warded doc di PAC nak check sy dulu, bila sampai PAC doc yg check sy tu doc pakar dan HOD di situ, dia scan sy check betul2 dia ckp sy kne kencing kotor.. Xde cyst.. Dia discharge sy suh balik.. Just bg ubat antibiotics saja.. Itu pengalaman sy lah.. Which is better sis pergi jumpa doc yg blh bg more detail mcm pakar semua tu.. Kalau sis duduk area KL, sis blh follow Sonoworld Suraya. Dorg selalu buat free scanning utk rahim, buah pinggang and mcmĀ² lagi.. For pregnant mommies pon dia ada buat juga tau.. All of the doctors are very nice.. Blh tanya apa saja. Bab jaga mertua tu kan, kalau sis tak larat sis blh minta suami yg jagakan..kena ajar juga suami buat kerja rumah, belajar lah sikit2 dulu bkn suh buat semua satu masa.. Cuba lah ya... Lagipon, tak wajib pon utk sis jaga. Saya pernah dgr UAI ckp masa dlm ceramah dia, sbb yg bertanggungjawab utk jaga mertua yg sakit adalah anaknya sendiri.. Dan sy sokong bab anak sis tu..mmg dari kecik kena ajar buat kerja rumah, biasa kan diri nanti dia dah besar dia tak susahkan org. Dia blh berdikari. Dia blh jaga anak bini dia sendiri..

Baca lagi

Ubat untuk sakit pinggang x de sis. Nk mkn panadol biasa saja yg boleh. Actifast, extend, extra tu kena consult dulu dgn doctor. Dulu anak 1st & 2nd, bdn kita masih muda, tu yg sis x brapa sakit kt pinggang tu. Sakit pinggang nie disebabkan mekanikal, iaitu sakit disebabkan cara kita buat keje, cara kita berjalan, cara kita angkat barang, lebih kepada perbuatan harian. Sakit pinggang nie bukan mcm GDM ke, hypertension ke, tinggi cholesterol ke, yg boleh dikurangkan dgn mkan ubat. Ikut dr cerita sis, sis jaga mak mertua 3 tahun, dan itu salh satu antara knape sis rasa sakit pinggang yg terlampau sakit. Sy faham perasaan ty sbb sy pernah mengalami nye, dimana sy perlu angkat mak mertua dr katil bw ke toilet, dr toilet bw ke katil, get her dress, kita menunduk lg, lpastu dr katil bw ke wheelchair. Ive done for almost 3 & half years. Berat pun lebih kurang 80++kg yeah. Mmg bkn keje yg senang. Tambh lg sis tgh pregnant skarang. So, my advice, hire someone, personal caregiver untuk beberapa hari nie menguruskan ur MIL, dan upah maid untuk kemaskan rumah. Bincang adik beradik untuk sama2 support in financial sikit untuk bayar personal caregiver dan maid. Sis pun boleh dpt extra rehat. Bila dpt rehat secukupnye, insha Allah boleh kurang sakit pinggang nie.

Baca lagi
4mo ago

baik sis..terima kasih atas perkongsian. saya dah bincang dgn suami, insyaallah hari sabtu ni dia bawak pi swasta untuk checkup..

Kene g hospital sisā€¦jgn mkn ubat sesuka hatiā€¦.atau saranan orgā€¦kene tanya doctorā€¦buat check upā€¦. Biasalah tu pregnant..sakit2 pinggangā€¦.saya pun smpai nak nangis waktu nak bangunā€¦.tapi x mkn apa2 ubatā€¦.selsema..batukā€¦mmng x mkn apa2ā€¦lama2 elok lah tuā€¦.. Xde sape lagi ke yg bleh jaga mak mentua tuā€¦ā€¦sis sorang je yg ada..??..klu diorang balikā€¦biar diorang je la yg jaga..sis rehat jeā€¦ Klu sayaā€¦.biar lah diorang nak kata apa punā€¦..yg penting saya nak rehatā€¦sbb faham2 la sendiri tgh pregnantā€¦. Ajar je anak tu buat kerja..jgn ikut sgt kata mak mentua tuā€¦rosak anak2 jadinyaā€¦.smua benda xleh buatā€¦. Syukur suami saya x mcm tuā€¦suami sis tu tyme zaman studyā€¦.xkan lah x pernah langsung berdikariā€¦..alasan je tuā€¦pemalasā€¦

Baca lagi

sewaktu hamil mmg x blh mkn ubat tanpa doctor yg syorkan. Sis ada tulang belakang ke akibat jatuh sebelum preggy ?? jika ada baik bg tahu pada doc sbb jika baby semakin berat maka semakin sakit nanti, btr sis gi scanning pinggang juga kat klinic utk pastikan ni sakit preggy bukan kerana cedera urat ke atau tulang belakang ke...jika apa apa yg dikesan pihak klinic akan bg referral letter selanjutnye blh share terus ke hospital utk safe pregnancy Biasanye sakit pinggang itu biasa untuk preggy jika nak cuba double check better check awal awal Jgn dukung benda berat Gi pakar atau clinic swasta buat scanning betui betui dan dapatkan report terperinci dulu supaya blh bawa kk sekali bila perlu dan hosp

Baca lagi
4mo ago

baik sis,terima kasih. nanti saya pi swasta je checkup. 3 tahun jaga mertua mmg saya setiap hari angkat mil dari tepi katil untuk dudukkan di kerusi roda,bila dia nak mandi. šŸ’Æ mmg dia akan bergantung pada saya. berat dia dalam 80kg. dia akan paut tangan dia kat leher saya,dan saya akan angkat dia ddk di kerusi roda. docter cakap dgn mil,kena bantu sesiapa saja yg angkat,tampung berat badan dgn kaki sendiri. sbb docter cakap kaki mil masih boleh digunakan. bukan lumpuh. kalau mil tak nak buat macam tu,nanti org yg angkat yg akan bermasalah. sakit belakang atau sakit kaki. dan betul ape yg doc cakap tu,saya kena sakit pinggang ni sejak saya menjaga dia. sejak saya sakit pinggang tu sejak tu sybcakap dgn suami sy tak nak angkat mak dia lagi. suami faham. jadi mil sy akan mandi bila anak lelaki cuti kerja je. saya pun tak sangka boleh jadi macam ni teruk bila mengandung. risau dah dibuatnya..šŸ„²

ubat tu paling selamat mmg makan panadol je sis. ambil yg extend atau extra. kalau sakit sampai mengganggu kerja harian tu kena jumpa doktor pakar tu takut ada sakit lain ke mcm ada effect tulang belakang side note, saya sokong apa puan ckp kat anak. takde istilah kerja lelaki ke perempuan. biar anak dari kecik dah biasakan buat kerja sekali

Baca lagi
4mo ago

baik sis,terima kasih. Insyaallah,nanti saya pi checkup ye..