ADAKAH DIJUAL UBAT SAKIT PINGGANG UNTUK IBU HAMIL?

Assalamualaikum dan selamat petang ibu² hebat semua. Saya nak meluah dan bertanya🥲. Mana tau ada ibu² yg mengalami benda yg sama. Saya berumur 35 tahun. Sekarang sedang mengandung anak ke 3. Kandungan baru 19w. Masalah sekarang saya kena sakit pinggang. Semalam checkup,saya ada bagi tahu nurse,tapi nurse cakap itu biasa. Bagi saya bukan biasa². Sbb saya nak bongkok pun tak boleh. Berjalan,duduk,berdiri, mencangkung,semua sakit 😭😭 Saya solat pun sama duduk. Menggigil badan menahan sakit. Bila berbaring mengiring je yg tak rasa sakit. Tapi nak bangun tu siap lah,boleh menangis.. Pengalaman mengandung anak pertama dan ke dua tak macam ni. Tak ada kena sakit pinggang tahap teruk mcm ni. Banyak tugas rumah yg saya nak buat. Raya pun dah dekat. Mak mertua,ipar duai nak balik. Sbb ni pun rumah dia. (Macam mana kami boleh pindah ke rumah mertua ni,panjang ceritanya. Sebelum ni saya jaga mertua selama 3 tahun. Sekarang dah tak,dia ddk rumah anak perempuan dia). Astu saya diminta menjaga mak mertua saya yg dah tak boleh berjalan selama beberapa hari. Saya nak urus diri sendiri dan anak² ni pun terkial²,menahan sakit. Lagi nak kena jaga mertua tak boleh berjalan. Saya tak kisah pun kena jaga mertua beberapa hari tu,tapi tu perbincangan sebelum saya kena sakit pinggang ni. Skarang dah sakit,rasa mcm tak boleh je nak jaga. Sbb mertua perlukan 💯 penjagaan rapi. Suami ada,tapi tu lah..suami saya ni tak pernah diajar melakukan kerja rumah dari kecik. Ape pun tak tahu buat. Tapi sy tak salahkan suami saya. Bagi saya dia suami yg baik,memahami juga bertanggungjawab. Dia cukup sempurna bagi saya. Bila saya ajar anak lelaki saya buat kerja rumah,mertua saya cakap dgn anak saya,tu kerja perempuan. Bukan lelaki. Bior adik yg buat,abg tak payah.. Allahuakbar 😭. Anak lelaki saya tanya saya betul ke ape yg nenek dia cakap,saya kata tak ada istilah tu kerja perempuan,kerja rumah lelaki perempuan kena sama² buat. Okey,ada tak ubat untuk hilangkan atau kurangkan rasa sakit pinggang ibu hamil ni di farmasi or klinik swasta? Tolong bantu saya. Saya harap sangat pinggang saya sembuh sebelum tiba hari raya..jadi nanti saya boleh jaga mak mertua saya walaupun sekejap .. #ingintahu #pleasehelp #seriusnanya #bantusharing

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sewaktu hamil mmg x blh mkn ubat tanpa doctor yg syorkan. Sis ada tulang belakang ke akibat jatuh sebelum preggy ?? jika ada baik bg tahu pada doc sbb jika baby semakin berat maka semakin sakit nanti, btr sis gi scanning pinggang juga kat klinic utk pastikan ni sakit preggy bukan kerana cedera urat ke atau tulang belakang ke...jika apa apa yg dikesan pihak klinic akan bg referral letter selanjutnye blh share terus ke hospital utk safe pregnancy Biasanye sakit pinggang itu biasa untuk preggy jika nak cuba double check better check awal awal Jgn dukung benda berat Gi pakar atau clinic swasta buat scanning betui betui dan dapatkan report terperinci dulu supaya blh bawa kk sekali bila perlu dan hosp

Baca lagi
2y ago

baik sis,terima kasih. nanti saya pi swasta je checkup. 3 tahun jaga mertua mmg saya setiap hari angkat mil dari tepi katil untuk dudukkan di kerusi roda,bila dia nak mandi. 💯 mmg dia akan bergantung pada saya. berat dia dalam 80kg. dia akan paut tangan dia kat leher saya,dan saya akan angkat dia ddk di kerusi roda. docter cakap dgn mil,kena bantu sesiapa saja yg angkat,tampung berat badan dgn kaki sendiri. sbb docter cakap kaki mil masih boleh digunakan. bukan lumpuh. kalau mil tak nak buat macam tu,nanti org yg angkat yg akan bermasalah. sakit belakang atau sakit kaki. dan betul ape yg doc cakap tu,saya kena sakit pinggang ni sejak saya menjaga dia. sejak saya sakit pinggang tu sejak tu sybcakap dgn suami sy tak nak angkat mak dia lagi. suami faham. jadi mil sy akan mandi bila anak lelaki cuti kerja je. saya pun tak sangka boleh jadi macam ni teruk bila mengandung. risau dah dibuatnya..🥲