ADAKAH DIJUAL UBAT SAKIT PINGGANG UNTUK IBU HAMIL?

Assalamualaikum dan selamat petang ibu² hebat semua. Saya nak meluah dan bertanya🥲. Mana tau ada ibu² yg mengalami benda yg sama. Saya berumur 35 tahun. Sekarang sedang mengandung anak ke 3. Kandungan baru 19w. Masalah sekarang saya kena sakit pinggang. Semalam checkup,saya ada bagi tahu nurse,tapi nurse cakap itu biasa. Bagi saya bukan biasa². Sbb saya nak bongkok pun tak boleh. Berjalan,duduk,berdiri, mencangkung,semua sakit 😭😭 Saya solat pun sama duduk. Menggigil badan menahan sakit. Bila berbaring mengiring je yg tak rasa sakit. Tapi nak bangun tu siap lah,boleh menangis.. Pengalaman mengandung anak pertama dan ke dua tak macam ni. Tak ada kena sakit pinggang tahap teruk mcm ni. Banyak tugas rumah yg saya nak buat. Raya pun dah dekat. Mak mertua,ipar duai nak balik. Sbb ni pun rumah dia. (Macam mana kami boleh pindah ke rumah mertua ni,panjang ceritanya. Sebelum ni saya jaga mertua selama 3 tahun. Sekarang dah tak,dia ddk rumah anak perempuan dia). Astu saya diminta menjaga mak mertua saya yg dah tak boleh berjalan selama beberapa hari. Saya nak urus diri sendiri dan anak² ni pun terkial²,menahan sakit. Lagi nak kena jaga mertua tak boleh berjalan. Saya tak kisah pun kena jaga mertua beberapa hari tu,tapi tu perbincangan sebelum saya kena sakit pinggang ni. Skarang dah sakit,rasa mcm tak boleh je nak jaga. Sbb mertua perlukan 💯 penjagaan rapi. Suami ada,tapi tu lah..suami saya ni tak pernah diajar melakukan kerja rumah dari kecik. Ape pun tak tahu buat. Tapi sy tak salahkan suami saya. Bagi saya dia suami yg baik,memahami juga bertanggungjawab. Dia cukup sempurna bagi saya. Bila saya ajar anak lelaki saya buat kerja rumah,mertua saya cakap dgn anak saya,tu kerja perempuan. Bukan lelaki. Bior adik yg buat,abg tak payah.. Allahuakbar 😭. Anak lelaki saya tanya saya betul ke ape yg nenek dia cakap,saya kata tak ada istilah tu kerja perempuan,kerja rumah lelaki perempuan kena sama² buat. Okey,ada tak ubat untuk hilangkan atau kurangkan rasa sakit pinggang ibu hamil ni di farmasi or klinik swasta? Tolong bantu saya. Saya harap sangat pinggang saya sembuh sebelum tiba hari raya..jadi nanti saya boleh jaga mak mertua saya walaupun sekejap .. #ingintahu #pleasehelp #seriusnanya #bantusharing

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kene g hospital sis…jgn mkn ubat sesuka hati….atau saranan org…kene tanya doctor…buat check up…. Biasalah tu pregnant..sakit2 pinggang….saya pun smpai nak nangis waktu nak bangun….tapi x mkn apa2 ubat….selsema..batuk…mmng x mkn apa2…lama2 elok lah tu….. Xde sape lagi ke yg bleh jaga mak mentua tu……sis sorang je yg ada..??..klu diorang balik…biar diorang je la yg jaga..sis rehat je… Klu saya….biar lah diorang nak kata apa pun…..yg penting saya nak rehat…sbb faham2 la sendiri tgh pregnant…. Ajar je anak tu buat kerja..jgn ikut sgt kata mak mentua tu…rosak anak2 jadinya….smua benda xleh buat…. Syukur suami saya x mcm tu…suami sis tu tyme zaman study….xkan lah x pernah langsung berdikari…..alasan je tu…pemalas…

Baca lagi