ADAKAH DIJUAL UBAT SAKIT PINGGANG UNTUK IBU HAMIL?

Assalamualaikum dan selamat petang ibu² hebat semua. Saya nak meluah dan bertanya🥲. Mana tau ada ibu² yg mengalami benda yg sama. Saya berumur 35 tahun. Sekarang sedang mengandung anak ke 3. Kandungan baru 19w. Masalah sekarang saya kena sakit pinggang. Semalam checkup,saya ada bagi tahu nurse,tapi nurse cakap itu biasa. Bagi saya bukan biasa². Sbb saya nak bongkok pun tak boleh. Berjalan,duduk,berdiri, mencangkung,semua sakit 😭😭 Saya solat pun sama duduk. Menggigil badan menahan sakit. Bila berbaring mengiring je yg tak rasa sakit. Tapi nak bangun tu siap lah,boleh menangis.. Pengalaman mengandung anak pertama dan ke dua tak macam ni. Tak ada kena sakit pinggang tahap teruk mcm ni. Banyak tugas rumah yg saya nak buat. Raya pun dah dekat. Mak mertua,ipar duai nak balik. Sbb ni pun rumah dia. (Macam mana kami boleh pindah ke rumah mertua ni,panjang ceritanya. Sebelum ni saya jaga mertua selama 3 tahun. Sekarang dah tak,dia ddk rumah anak perempuan dia). Astu saya diminta menjaga mak mertua saya yg dah tak boleh berjalan selama beberapa hari. Saya nak urus diri sendiri dan anak² ni pun terkial²,menahan sakit. Lagi nak kena jaga mertua tak boleh berjalan. Saya tak kisah pun kena jaga mertua beberapa hari tu,tapi tu perbincangan sebelum saya kena sakit pinggang ni. Skarang dah sakit,rasa mcm tak boleh je nak jaga. Sbb mertua perlukan 💯 penjagaan rapi. Suami ada,tapi tu lah..suami saya ni tak pernah diajar melakukan kerja rumah dari kecik. Ape pun tak tahu buat. Tapi sy tak salahkan suami saya. Bagi saya dia suami yg baik,memahami juga bertanggungjawab. Dia cukup sempurna bagi saya. Bila saya ajar anak lelaki saya buat kerja rumah,mertua saya cakap dgn anak saya,tu kerja perempuan. Bukan lelaki. Bior adik yg buat,abg tak payah.. Allahuakbar 😭. Anak lelaki saya tanya saya betul ke ape yg nenek dia cakap,saya kata tak ada istilah tu kerja perempuan,kerja rumah lelaki perempuan kena sama² buat. Okey,ada tak ubat untuk hilangkan atau kurangkan rasa sakit pinggang ibu hamil ni di farmasi or klinik swasta? Tolong bantu saya. Saya harap sangat pinggang saya sembuh sebelum tiba hari raya..jadi nanti saya boleh jaga mak mertua saya walaupun sekejap .. #ingintahu #pleasehelp #seriusnanya #bantusharing

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ubat tu paling selamat mmg makan panadol je sis. ambil yg extend atau extra. kalau sakit sampai mengganggu kerja harian tu kena jumpa doktor pakar tu takut ada sakit lain ke mcm ada effect tulang belakang side note, saya sokong apa puan ckp kat anak. takde istilah kerja lelaki ke perempuan. biar anak dari kecik dah biasakan buat kerja sekali

Baca lagi
5mo ago

baik sis,terima kasih. Insyaallah,nanti saya pi checkup ye..