Pengalaman keguguran
Assalamualaikum, ada sesiapa di sini yg mengalami keguguran? boleh share pengalaman? terima kasih

Disember 2019 saya kena cuci kandungan sebab kandungan tak menjadi @ kandungan anggur (molar pregnancy). After cuci doc sarankan rancang sebaik²nya 6bulan & 1tahun. Risau bila preg dalam masa terdekat akan berulang lagi. Tapi tak sampai setahun. Bulan Disember 2020 saya bleeding. Silap makan. Tapi tak kena cuci sebab dah turun habis. Then kali ke 3 saya preg waktu bulan puasa 2021. Tu pun tiba² je bleeding. Total 3 kali keguguran. Lepastu lepas raya 2021 tu dalam bulan 6 saya lekat dan sampailah sekarang menunggu hari. Kalau tanya bab pantang waktu lepas gugur tu. Saya tak berapa pantang. Kalau minum jamu tu ada. Pantang pun seminggu je. Ni lah pengalaman saya selama 3 tahun. Mohon doa buat saya ya. Tengah menunggu hari nak bersalin. Moga urusan awak semua sentiasa dipermudahkan AllahummaAmiin...
Baca lagi