nak luah perasaan je

assalammualaikum . hai . saja nak meluahkan perasaan . this is gonna be a long story . so kalau rajin baca la sampai habis sbb saya perlukan pendapat , nasihat , kata kata semangat ke , yang mcm tu lah . so ceritanya mcm ni . dulu saya dgn family in laws saya . takde apa apa issue pun . kami duduk serumah sbb kami baru kahwin .tak stabil lagi nak menyewa . setiap bulan kami beli la barang dapur rumah tu . tapi lepas adik ipar saya bekerja , and yg si adik tu bagi duit belanja sebulan 400 kt mil saya , terus dia bandingkan si adik dgn suami saya . ada satu hari tu suami saya bgtau la mil saya yg kami mmg tak boleh bagi banyak mana mcm adik tu bagi sbb yelah adik tu bknnya ada komitmen lain pun . kami ni kereta la , loan la , duit nak isi minyak toll nak balik kampung saya setiap bulan lagi . tapi tu pun saya balik sebulan sekali je . lepas dari suami saya explain semua tu dgn mak dia , terus dorang dah tak bertegur sapa . tapi skrg dorang ok la . cumanya saya yg tak ok . sbb saya ni jenis mengingat apa yg org buat . masa dorang bergaduh tu mmg mak dia treat kami mcm org luar terus . tapi nasib la skrg kami dah ada rumah sewa . lega sikit hati ni . haritu masa berpantang . mil dgn fil datang la jenguk kita kat kampung . lepastu mil tu boleh pulak complaint ckp telinga anak kita ni kepek la , kaki tak bedung kuat bagi rapat nnti tak boleh masuk askar la apa . itu satu hal . masatu anak kena kuning . dorang bawak la susu kambing nak suruh saya minum . saya ni dahla mmg tak minum susu . mmg takla saya nak minum . tapi dorang paksa paksa suruh minum jugak . dorang ckp kesian kt anak la apa la . mmg la kesian masalhnya saya mmg tak minum susu . dahla susu kambing pulak tu . kambing pun saya tak makan . menangis saya minum susu tu . secawan . esok tu saya dah tak berak . sembelit terus . dgn baby muntah muntah . saya geram , saya paksa suami saya minum skali . dia pun sembelit jugak . geram betul . skrg anak dah 2bulan lebih . anak saya tak suka didukung berbaring mcm dukung baby masa baru lahir tu . kalau dukung mcm tu mmg dia akn nangis . dia nak didukung mcm budak besar . pastu pulak anak saya ni badan dia dah keras . kepala pun dah kuat tapi still kena be careful la . tu pun fil complain lagi . dia ckp tak boleh dukung mcm tu nnti tulang rosak la apa . pastu kan dia dukung anak saya . dia ckp anak saya tu keras yg dah mcm tak normal . tak mcm budak sepatutnya . geram la kita pun . selama ni saya jaga sndiri anak saya kt kampung . saya tahu lah anak saya . salah ke saya rasa geram mcm ni ? boleh tak bagi ayat kat saya cemana eh nak ckp saya tahu la jaga anak saya. jangan sibuk nak atur cara org besarkan anak org . lain org lain caranya . eyy geram betul lah . sorry la panjang cerita mcm nak buat novel dah

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

kalau xnk sakit hati..just hormat je mil tu as org tua kpd husben puan.. kmudian..bila dh tw peel mereka dan layanan di buat sblm ni.. just mcm dtg layan as tetamu.. kalau blh elak..elak la . kalau xblh elak sbb dia dtg ziarah kita layan je la as hormat sbgai mak husben dan as tetamu...apa dia ckp yg tak kenan masuk telinga kanan kluar telinga kiri..just wat biasa je.. doa mg Allah mudahkan segala urusan..abis2 bila sakit hati try berzikir..bg tenangkn jiwa kita..kita xblh nk puaskn hti smua org..jnji kita ok ..baik..bhgia dgn husben kita alhamdulillah... yg lain serah pd Allah ..dan doa mg Allah bg hidayah kepada mereka...mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin

Baca lagi
21h ago

Setuju. Terus didik rasa hormati mereka sebagai ibu bapa kepada suami. 👍✅

TapFluencer

lepaskan cerita lama tu. sebab dah settle kan. jangan campur adukkan dengan isu sekarang, awak akan nampak semua buruk je kat mertua tu nanti. pasal dukung tu, anak saya pun suka didukung vertical dari lahir. tak ada masalah cuma make sure kaki dia tak tergantung, support dekat punggung & lutut, bengkokkan kaki dia mcm katak atau orang duduk tu. kalau biar tergantung risau hip dysplasia. belakang dia jangan tegakkan, bagi melengkung sikit mcm org membongkok. inshaAllah tak rosak lah tulang bila kita amik steps yg betul untuk jaga. explain je kat mertua sekian2, cara lembut. kalau tanak terima, dah. anak awak, bukan anak diorang.

Baca lagi

Anak saya pun tak suka pegang yang mcm baby tu, dia akan nangis, at first rasa risau laa kan sbb mak sendiri pegang mcm ni pun dia nangis, then ada org ckp tu maybe personality dia, which is normal. I pun duduk dgn my MIL, mmg cara kita 2 berbeza, tapi i buat apa yg i nak, dia suruh barut baby, i tk nak barut baby (due to his health) and bende lain, lama lama dia tak tegur dah, sometimes you ckp je you tak nak mcm ni mcm tu. Tapi kene slow slow lah, lepastu buat mcm biasa je, borak mcm biasa, kalau nak merajuk, merajuk lah, anak you bukan anak dia.

Baca lagi

perasaan sis valid. dulu saya macam ni juga. bukan dgn mertua je, dgn parents sendiri pun saya terasa. tapi saya fikir, takpe lah diorang dah tua. mulut orang tua, pemikiran orang tua ah lantaklah. belajar menerima dan memaafkan. nak lupakan tu mungkin susah, saya pun jenis takboleh lupa apa yang orang buat. tapi disebabkan saya dah adapt dgn perangai diorang, saya jadi lebih chill dan relax. ada certain benda yg saya macam kurang gemar/taksuka, saya dan husband akan cuba bagitahu elok2. terpulang lah nak terima ke tak.

Baca lagi

waalaikumussalam. hm faham.memaafkan mungkin boleh tetapi melupakan tidak.. sepatutnya mak mentua kena bersyukur DPT lebih lps adik dah bekerja, bkn membandingkan.. awak pula kena terima apa yg dh jd, Allah dh tentukan ujian masing².. terima dan redho. sy pun masih cari jwpan utk tdk igt apa yg berlaku, walaupun mak mentua dh meninggal. luka yg dia beri masih tgl parut yg dalam. hubungan sy dan suami dh renggang dan hampir cerai..kami masih bergaduh tentang mentua walaupun dia dh tkda.. sama² la kita cuba perbaiki diri

Baca lagi

sabar je la sis. buat dang je la umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. kalau awk nak amik hati, mmg sampai bila² akan sakit hati 😅 bila rs kecil hati, cpt2 positifkan diri. nanti lelama ok la. org tua ni, jgn kata mil / fil, kdg mak kita sendiri pun asik komplen je itu ini. yerla cara org dulu lain, skrg lain. jd kita buat tegak je la. tu je cara nk buat hati x sakit. jgn simpan dlm hati. nti lama2 makan diri.

Baca lagi

Selagi geram selagi tu akan terbawak2 sis. Org tua ni jgnkan anak kita time dlm perut or dah lahir, anak kita dah besar panjang pun tetap ada benda dia nk compare, nk jadikan issue. Tak terhenti di situ. So abaikan je. Kalau asek teringat2 kita jugak yg sakit hati. So buat taktau dgn penuh rasa hormat 😆

Baca lagi

Kadang org tua nie mmg ada perangai mcm2.. Jadi sis x pyh amik peduli pun.. Masuk telinga kiri.. Keluar telinga kanan.. Jgn simpan dlm ati.. Kalau simpan dlm ati nnti boleh jadi semua yg diorg buat tu x betul. Walaupun mmg kadang annoying.. Janji sis dah duduk asing pun dah alhamdulillah dah..

damaikan hati puan.. busuk bau bangkai pn dah kawin kan tu selamanya mak ayah kita dah.. sy tak iyakan benda2 merepek yg dorang sebut. tp puan sendiri boleh control diri puan tp takleh control org lain kan, control la diri dr terjejas dgn negativity org. love ur life ❤️🫂

TapFluencer

Tak salah rasa geram tu. Geram setakat tu je la puan.. Tak payah diingt-ingatkan lagi. Pengajaran, puan dah faham perangai mertua tu, so, puan semakin matang menghadapi mereka pada hari-hari lain dgn baik. Teruskan jaga adab dgn mereka, dlm masa sama tegas dgn pendirian.