zincofer

Apa pengalaman momy² makan zincofer ni?

zincofer
249 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Mula mula tak serasi jugak. Tetap jugak telan. Lepas telan mesti kena menyandar, kalau bongkok sikit rasa nak muntah. Sekarang dah okay da 😋 Sy ambil 2 jam lepas makan, sebelum tidur tu telan zincofer ni dulu dgn air perahan limau / sunquick tanpa gula. Dalam 15-30 minit baru baring terus lena 😆 Dan zincofer ni memang kena minum banyak air, najis akan hitam. Bila hitam tu keras la. So air banyak akan lancarkan pembuangan. So far elok je sehari 3-4 kali mesti membuang 🤣

Baca lagi

saya memang makan zincofer, tak pernah tukar lagi ubat lain. ambil malam sebelum tido dengan air oren. alhamdulillah, air oren tu banyak bantu hilangkan bau besi karat lepas telan zincofer ni. 😅 kalau miss ambik zincofer mesti sembelit, susah sikit nak membuang. kena guna tenaga nak teran veraks. 😂 kalau ambk zincofer mudah je nak membuang, najis pun lembut. cuma baunya, memang macam karat besi 😆

Baca lagi
1y ago

selain air oren boleh makan dengan jus lain kan sis cuma nak tanya kalau macam guna jus dalam kotak tu okey ke atau perlu pure jus ? hehe sayaa baru harini nak start makan

Baru tukar sbulan yg lalu,makan pgi mmg loya smcm pning muntah.. bila muntah rsa bau sgt2 mcm nak kluar isi2 usus😂..sksa.. kna sruh tukar mkn sblm tdo.. sy sllu mkn wktu dah lena pastu set jam untk mkn ubt..tln kjp smbung tdo.. kesan njis gelap,pinggang ngilu,gstrik wktu sbuh smbelit truk😭.. sblm ni mkn obimin tp hb jtuh sbb sy anmia.. hrp2 mkn zincofer ni hb naik..esok nak brklinik..

Baca lagi

sepanjang 3 kali mengandung tak pernah makan zincofer ni. pernah makan iberet je. tu pon bau busuk sikit. doktor pernah cakap "saye bagi awak iberet. tapi iberet ni rase die tak sedap sikit. awak boleh masuk kan dalam buah, contoh buah pisang. jadi awak takkan muntah.." tapi saye tibai minum dengan air oren sunquick tu je. mujur boleh telan..😂

Baca lagi

Alhamdulillah bru start mkn 2mggu. Nurse pesan klo xleh makan n muntah2, mkn malam sebelom tdow. Sy bce ramai mommy2 yg makan n minum dgn air oren. Dr hr pertame sy mkn sampai skrg, mmg sy minum dgn air oren je. Alhamdulillah xde rase mual.. Tp start mkn zincofer ni najis jd wrne gelap. Maybe kesan dr makan ubat ni kot.

Baca lagi
1y ago

kalau jenis thi jdi bertukar hitm tu mksudny ubat zincofer ni ngam ngn bdn kita lah kan?

Nurse pesan makan masa pagi, one hour before meal. Jadi Saya makan waktu pagi sebelum meal, tapi kena makan breakfast dalam setengah jam, kalau x, gastric sangat teruk. Tapi saya tengok byk momy sini makan sebelum tidur, betul kah saya ambil zincofer ni waktu Siang?🤔

Zincofer ni, kalau orang senang gastrik la, dia x berapa kacau perut berbanding 4 sekawan tu.. tapi, sy tetap x suka sebab bau iron bau besi tu tetap naik ke tekak bikin mual nak muntah.. dan sy cirit birit bila makan zincofer ni 😅 hb ok la.. x pernah drop p 10 lagi takat ni..

Mula2 makan ok. Pastu lama2 jadi loya2 n muntah warna merah. So stop dulu. Bila checkup hb jadi low. Doc suruh cont makan and suggest mkn sebelum tidur and masa perut kosong. Baru la ok and saya amalkan smpi la bersalin. Kdg2 jadi juga loya2 tu. Tapi standby gula2 pudina lepas mkn.

Zincofer akan membuat najis kita berwarna hitam. Thats normal, plus kalau boleh makan Zincofer after 2 hour take a meal k mummy 😘 and plus plus plus, before sleep. Then boleh tido dengan lena, esok pagi just fikir nak buang air besar je 👍🏻

Masa awal2 pegnen tu sy muntah balik n doc bagi obimin tapi hb masih rendah. 3 bulan ke atas doc soh try ambik balik zincofer & iron tablet, yang haritu hb naik la sikit dari 10.2 ke 10.5, ni esok baru nak gi check up lagi kat kk, harap bertambah lagi la HB

Post reply image