Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
ibu Wan Hud Hamzah
Gerak Hati
balik dari pasar pagi, perasan baby kick slow je. tak sekuat biasa. walaupun cukup 10kick dengan masa kebiasaan, naluri cakap ada yang tak kena. minum air sejuk pun dia tendang slow je. ibu goncang2 perut pun, dia gerak slow je. biasa kalau usik perut sikit bukan main dia kick. paksa suami scan dekat klinik swasta, tengah scan tu doktor cakap jantung baby slow je degupannya, sekejap-kejap laju balik. pastu slow balik. terus doktor tulis surat untuk refer ke hospital besar. sampai hospital kena ctg, bacaan sekejap 129 tiba2 drop ke 59, sekejap 120 drop ke 70. ibu ni dah ketar lutut, nak menangis. takut benda buruk jadi. kebetulan ada bff yg tengah buat umrah. mintak tolong dia doakan baby & ibu. alhamdulillah, dah tak ada bacaan yg drop tiba-tiba tu, cuma masih slow degupan jantung 120++. paling okey utk baby 136++. so berkampunglah ibu disini sementara tunggu pakar datang khamis ni. doakan kesembuhan & kesihatan yg baik yaa untk kami.
Karate Di Malam Hari
Sejak masuk 5m ni, aktif bukan main dia berkarate dalam perut ibu. ? & ibunya la yang berjaga melayan karate awak sayang. moga awak sihat selalu ye kat dalam tu. ibu & ayah selalu doakan yg baik-baik untuk awak.
Ibu Feel You Sayangg
Alhamdulillah, selepas banyak drama spotting masa 6w, bleeding masa 9w sampai kena warded, ibu kena bed rest & bermacam-macam drama. Akhirnya berjaya menjejak ke 20w. Paling ibu tunggu nak rasakan tendangan awak. bila ibu tanya orang, macam mana rasa baby gerak? katanya macam belon meletup. ibu blur sayang ? macam manalah rasanya belon meletup. Masukkkk je 20w ibu start rasa ada something yang lain, biasa awak menimbul je bila ibu lapar. kali ni rasa lain. sangat lain. Ohh, inilah rasanya tendangan. betul lah, rasa macam belon meletup. ? Lupa nak cerita, ayah awak masih curios macam mana rasa bila awak menendang. nanti tunjuk dekat ayahhh yee.
Oh Anak ?
Dia datang bila ibunya dah give up nak berTTC. Dia datang bagi sign, dia ada. Tapi ibu tak faham. Sebab ibu selalu tertipu dengan perasaan. ? Ibu jumpa doktor nak mintak pain killer, sekali doktor nak scan dulu. Eh? Anak ibu. dah 4 minggu. Ibu tak sedar pun. Kemain ayah tak bagi ibu gerak banyak. Ntah macam mana 1 hari tu ibu rasa sihat, ibu kehulu kehilir jalan. Malam tu spotting. Awak baru 6 Minggu,. Ibu menangis bagai nak rak. Ibu risau, ibu rasa bersalah. Jumpa doktor, doktor scan awk. Eh, awak sihat je. Pandai yaa usik ibu. Semalam, awak 9 minggu. Ibu tengah berehat, rasa lain sangat. Check, darah! Kaki ibu sejuk. Ibu takut. Ibu call ayah, gi kecemasan. 2 jam tunggu baru dapat scan. Eh? Doktor cakap awak sihat je. Elok je jantung tu berdegup. ? Sayangg, kuatnya awak usik ibu. Ni doktor suruh ibu rehat, sambil-sambil pantau kalau ade bleeding lagi. alhamdulillah tak ada bleeding dah. Oh anak, ibu & ayah sayangkan kamu. semoga Allah sentiasa menjagamu.