Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik

Adakah ibu sedang hamil? Risau tentang kebarangkalian menghidapi GDM ketika hamil? Atau ibu sedang menhidapi GDM dan memerlukan nasihat tentang nurtien dan diet yang sihat ketika hamil? . Jika ya, jangan bimbang ! Jom tanya semua persoalan anda bersama pakar kami pada hari Rabu, 6 Oktober bersama dengan Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan di padam atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Pakar Diet dari Liew Klinik
33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doktor. Saya mommy nora Ikin. Doktor. Nk tnya. Adakah pemakanan diet utk ibu hamil perlu nutrien yg lengkap dan susu yg terbaik utk mommy pregnant. Dan perlukah ibu hamil mkn Ubat kencing manis utk turunkan paras gula dlm darah. Tq doktor ☺️☺️

4y ago

Mengamalkan diet sihat& seimbang dan kerap bersenam adalah penting untul mengawal GDM. Anda boleh pilih susu biasa/ susu untuk ibu mengandung yang rendah GI, rendah lemak & tanpa gula tambahan. Mengenai ubat kencing manis, lebih baik berbincang dengan doktor anda. Sesetengah ibu GDM memerlukan pengambilan ubat/suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.