Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma and Breastfeeding Peer Counsellor

Adakah anda risau susu badan akan bekurangan semasa berpuasa nanti? Sudahkah anda merancang cara untuk meningkatkan susu badan sepanjang ramadan? Apakah kelebihan booster LactoMomma berbanding dengan booster lain? Sudah cuba pelbagai booster tetapi susu badan masih kurang? Jom tanya semua persoalan anda tentang isu penyusuan susu ibu dan cara untuk menambahkan susu badan sepanjang Ramadan bersama pakar kami Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma dan Breastfeeding Peer Counsellor pada 14 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma and Breastfeeding Peer Counsellor
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum sy nak bertanya untuk makanan pertama bayi disyorkan makan apa ye?

4y ago

Walaikumsalam. Selalunya, makanan pertama yang diberikan kepada bayi adalah daripada jenis bijirin, seperti nasi atau oat Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, bayam, brokoli etc Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan dan berikan satu-satu resepi selama 4 – 7 hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.