Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Nuraziema Ari, Pakar Pemakanan dan Kaunselor Laktasi, Klinik Siti

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Mana satu yang terbaik untuk bayi, susu formula atau susu ibu? Bagi ibu pertama kali, ada yang mungkin sukar untuk mengeluarkan susu badan sendiri namun sering mendapat kecaman kerana ingin menggunakan susu formula. Sebenarnya tidak salah pun mana-mana pilihan anda asalkan anak membesar dengan baik dan sihat. Jika anda persoalan mengenai perbezaan antara susu formula dan susu ibu dari pelbagai aspek, anda boleh bertanyakan kepada Pakar kami. Tanya soalan anda tentang penyusuan bayi, susu formula VS susu badan bersama Puan Nuraziema Ari, Pakar Pemakanan dan Kaunselor Laktasi, Klinik Siti pada 20 April 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. #SesiTanyaPakar #KlinikSiti #PuanNuraziemahAri #PakarPemakanan #KaunselorLaktasi

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Nuraziema Ari, Pakar Pemakanan dan Kaunselor Laktasi, Klinik Siti
17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Puan Nuraziema. Saya adalah ibu baru yang menyusukan anak, umur anak saya baru saja masuk 5 bulan. Anak saya most of the time minum susu ibu, tapi ada campur formula dalam 7oz setiap hari. Soalan saya, misal kata saya ada demam, selesema atau batuk, adakah susu badan saya juga terkesan dengan virus yang ada dalam badan saya? Selamatkah untuk anak saya consume susu badan saya pada ketika tu? Soalan kedua saya, bolehkah si ibu mengambil apa apa jenis ubat demam / selesema / batuk? Atau memang perlu ke farmasi untuk consult ubat apa yang terbaik buat ibu yang sedang menyusu? Boleh Puan berikan contoh akibat dari mengambil ubatan tanpa consultation? Adakah ubat tersebut memberi kesan pada susu badan dan baby? Soalan ketiga, adakah susu ibu sahaja sudah mencukupi buat baby bawah umur 1 tahun sebagai sumber kepada kekuatan imun sistem mereka? Atau mereka perlu diberikan ubat bila terkena demam/selesema atau batuk? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih buat Puan atas masa dan jawapan puan.

Baca lagi
2y ago

Jika puan tidak sihat seperti flu/batuk, dan doktor inform masih boleh direct feeding dan puan larat untuk breastfeed/pump, sebaiknya mengikut SOP seperti pakai face mask dan sanitize tangan/peralatan pam/ruang sebelum dan selepas menyusukan bayi kecuali jika pesakit menghidap HIV/AIDS tidak digalakkan memberi susu badan pada bayi. Untuk pengambilan ubat bagi ibu dan anak adalah diluar bidang saya, jadi digalakkan puan consult dengan doktor di klinik bagi sebarang pengambilan/ supplement bagi bayi atau unutk ubat puan boleh consult di kaunter pharmacist jika beli ubat over the counter seperti paracetamol/ubat selsema.

TapFluencer

Assalamualaikum Puan, Anak saya baru sahaja setahun umurnya dan masih direct breast feeding sepenuhnya. Saya sudah berniat untuk susukan anak dgn susu ibu sehingga umurnya 2 tahun. Apa yg dipaparkan pengalaman ibu-ibu lain, banyak pengalaman menyatakan susah untuk ceraikan susu. Soalan saya, bagaimana melatih anak untuk cerai susu badan? 2. Bilakah waktu/ umur anak yg sesuai untuk melatihnya cerai susu badan? 3. Apakah persediaan ibu dan bapa dari segi mental & fizikal dlm proses cerai susu badan? Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih puan.

Assalamualaikum doktor. Soalan saya: 1. Apakah kesan ketara kepada bayi 5 bulan lebih yang baru pertama kali nak minum susu formula? 2. Adakah akan terjadinya bayi tak nak minum susu ibu lagi setelah mendapatkan susu formula yang ideal untuk mereka? 3. Apakah susu formula yang sesuai untuk bayi yang pertama kali hendak mencuba susu formula dari segi isi kandungannya, perasanya etc? 4. Berapa kerapkah bayi memerlukan susu formula untuk bagi bayi 5 bulan ke atas? Ikut demand ke? Terima kasih doktor atas responnya😊

Baca lagi
2y ago

4. Sebaiknya mengikut demand bayi bagi bayi

Assalamualaikum dr susu perisa coklat ok ke utk anak 1 tahun 6 bulan? Susu dalam kotak kecik2 tu sesuai ke? Ada yang bagi cadangan bagi susu tu. Saya menyusu badan penuh sebelum ni, tapi bila mengandung lagi ni,susu tak berapa ada. Cuba bagi susu putih , anak tak nak minum.

Baca lagi
2y ago

baik2.. Terima kasih puan

salam doctor.. 1) Suggestion susu formula yg ok ? 2) mcm mana nak tau baby kenyang minum susu badan?jika baby jenis diam tak merengek, kira baby kenyang ke ? 3) bila ibu boleh mula mengurut3 payudara supaya dpt generate susu?

Baca lagi
2y ago

baik.terima kasih doc;)

Assalamualaikum doktor, pada umur berapakah anak sepatutnya berhenti minum susu dari botol? ada yang cakap ajar anak minum guna cawan dan elakkan penggunaan botol. Apakah kesan jika menggunakan botol dalam jangka masa yang panjang?

2y ago

Waalaikumsalam puan. Paling ideal untuk ceraikan botol susu/guna cawan adalah pada usia 1 tahun dan boleh mula seawal bayi 6 bulan (secara berperingkat) kerana fokus ibu bapa adalah untuk tingkatkan solid food. Jadi, semakin lama penggunaan botol susu boleh meningkatkan risiko seperti kerosakan gigi, kurang pengambilan solid food, picky/selective eater, anemia dan obesiti disebabkan pengambilan susu formula yang berlebihan

assalamualaikum dr anak saya seminggu lagi nak masuk setahun , boleh tak kalau dari sekarang saya tukar susu dia ke fullcream . saya nak try bagi nak tengok sesuai ke tak ? means saya nak try awal seminggu

Nak tanya macam mana ye kalau tarikh due kita 13hb 5..tpii doktor ckap 19 msuk wad.. Kalau baby x turun jugak kena paksa bersalin macam mana tu yea

susu formula kalau bancuh bby x minum atau minum sikit boleh simpan berapa lama di luar suhu bilik Dan peti ais doc.

2y ago

sy rasa xhbis jwb ni.brapa lama tu?

assalamualaikum , saya nak tanya adakah susu fernleaf fullcream boleh jadi punca anak demam ?