Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma and Breastfeeding Peer Counsellor

Adakah anda risau susu badan akan bekurangan semasa berpuasa nanti? Sudahkah anda merancang cara untuk meningkatkan susu badan sepanjang ramadan? Apakah kelebihan booster LactoMomma berbanding dengan booster lain? Sudah cuba pelbagai booster tetapi susu badan masih kurang? Jom tanya semua persoalan anda tentang isu penyusuan susu ibu dan cara untuk menambahkan susu badan sepanjang Ramadan bersama pakar kami Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma dan Breastfeeding Peer Counsellor pada 14 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma and Breastfeeding Peer Counsellor
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi puan, saya mempunyai baby berumur 7 bulan dan sudah bercampur makan makanan orang dewasa (yg dah bercampur garam dan gula serta lauk dan nasi).. saya perhatikan dalam seminggu hanya sekali dua je baby membuang air besar.. normal ke baby berumur 7 bulan dalam seminggu jarang membuang air besar.? lagi satu soalan, bagaimana saya nak menambah susu badan bagi menampung demand baby dan makanan apa yg berkhasiat yg perlu saya makan untuk menghasilkan susu yg berkualiti untuk baby saya..

Baca lagi
4y ago

Assalamualaikum Puan. Bayi kecil tidak selalu buang air besar itu perkara biasa. Terutamanya kalau masih menyusu badan. Bayi yang sudah mula makanan solid, Masih dalam fasa adjusting. Ibu tak perlu risau jika bayi tidak kerap buang air besar. Tanda-tanda bayi perlu medical attention kalau buang air besar: baby muntah perut kembung irritable Tak buang angin Jika ada tanda-tanda di atas, Boleh berjumpa dengan doctor segera. Bagi soalan cara menambah susu badan pula, Ibu perlu berpegang kepada concept. Lebih banyak anak menyusu, lebih banyak susu dihasilkan atau lebih dikenali dengan ‘supply and demand’ Makan makanan yang berkalori tinggi dan berserat to keep you full for longer. Food such as oats, kurma, brown rice, sayur-sayuran Boleh membantu meningkatkan penghasilan Susu badan.