Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma and Breastfeeding Peer Counsellor

Adakah anda risau susu badan akan bekurangan semasa berpuasa nanti? Sudahkah anda merancang cara untuk meningkatkan susu badan sepanjang ramadan? Apakah kelebihan booster LactoMomma berbanding dengan booster lain? Sudah cuba pelbagai booster tetapi susu badan masih kurang? Jom tanya semua persoalan anda tentang isu penyusuan susu ibu dan cara untuk menambahkan susu badan sepanjang Ramadan bersama pakar kami Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma dan Breastfeeding Peer Counsellor pada 14 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Pn. Aisyah Wahab, Co-Founder of LactoMomma and Breastfeeding Peer Counsellor
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Puan Bagaimanakah cara untuk saya mengekalkan kecergasan sepanjang hari berpuasa selepas breastfeeding? Dan betul kah susu bercoklat dapat menambahkan susu badan?

4y ago

Walaikumsalam Puan Ada beberapa tips untuk soalan Ini. 1. Minum air yang cukup ketika berbuka puasa, antara waktu tidur dan semasa bersahur. 2. Lewatkan waktu bersahur. Ambil makanan tinggi protein seperti daging tanpa lemak, ikan, ayam, dan telur 3. Elak makanan tinggi garam kerana ia akan menyebabkan kehausan. 4. Tidur awal supaya tidak letih dan mengganggu emosi. 5. Sentiasa positif dan kekalkan emosi ceria. 6. Jangan paksa diri dan kenali tanda-tanda dehidrasi. Jika perlu, berbuka untuk mengelakkan Ibu dari dehydration Tiada research yang menyatakan Susu bercoklat dapat membantu dengan penghasilan Susu badan. Walaubagaimanapun, apa saja yang Ibu makan atau minum, if it makes you happy, then the happy hormones akan menjadi chain reaction kepada hormone penghasilan Susu, Dan penghasilan Susu akan bertambah