Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Hi Pn Nurul, 1.Boleh pakai finger toothbrush.Kalau dah setahun lebih boleh pakai ubat gigi tapi Kena make sure kandungan florida rendah. 2.Kuantiti ubat gigi Pn boleh letak sangat sedikit dan guna ubat gigi yg tak berperisa supaya anak tahu ubat gigi adalah bahan makanan.Bila letak sangat sedikit dan anak tak tahu ludah, senang untuk lap semula dengan kain lembap. 3.ye..tak boleh pakai ubat gigi org dewasa untuk kanak kanak perlu guna kandungan florida yang rendah. 4.gigi anak baru keluar.tak de masalah jika jarang.selalunya akan gerak ke posisi bila gigi lain dah keluar. 5.Pn boleh cuba buat macam aktiviti yg menarik sewaktu gosok gigi..seperti pasang lagu dan gosok ikut rentak.pn juga boleh pujuk dan beri reward seperti tepukan bila gosok gigi.

Baca lagi

Hi Dr. Sri, Saya ada anak 1tahun nak masuk 3bulan, saya guna silicone finger toothbrush utk gosok gigi dan lidah dia tanpa menggunakan ubat gigi, just plain water. 1) Apakah cara penjagaan gigi yg sesuai utk bayi seusia bayi saya? 2) Saya takut nk letak ubat gigi sebab dia tak reti nk meludah keluar lg. Apa nasihat Dr. ? 3) Perlukah menggunakan ubat gigi khas untuk kanak-kanak, e.g. kodomo lion? 4) Anak saya sudah ada 4 gigi atas dan 4++ gigi bawah(gigi geraham otw). Dua gigi depan dia agak jarang - kenapa ya? Dia tak hisap puting kosong pun. Ada kesan berpanjangan ke? 5) Susah betul nk gosokkan gigi dia, selalu tutup mulut..blh bg tips? Thank ya Dr. Sri

Baca lagi
VIP Member

hi Dr Sri 🌹 saya nak tanya 1. selain daripada menggosok gigi , doktor ada tips tak bagaimana nak jaga gigi anak dari berlaku kerosakan? ada ke perlu sapu apa2 ubat pada gigi anak yang boleh di amalkan?supaya gigi anak tidak cepat rosak 2. betul ke doktor jika ank tertelan ubat gigi akan ada effect pada gigi kekal nya nanti? bila tumbuh? 3. berapa kali sehari anak perlu gosok gigi? adakah setiap kali selepas makan makanan manis atau hanya pada waktu selepas bangun pagi serta malam sebelum masuk waktu tido ? itu sahaja soalan daripada saya dan saya dahului dengan ucapan terima kasih kepada doktor atas kesudian doktor menjawabnya have a nice day 😉🌹

Baca lagi
2y ago

terima kasih doktor atas jawapannya dan juga ilmu yang di share...... okies done ss.. 😍🌹❤️nnti saya boleh masuk dalam nota saya bagi rujukan masa akn dtg...🌹

VIP Member

Hi doc. 1. Bila gigi susu anak patah, gigi kekal akan lambat tumbuh ke? 2. Kalau gigi kekal tumbuh tapi dia kadang-kadang senget, apa saya sebagai ibu patut buat? 3. Bayi suka mengigit dan meleleh air liur adakah pertanda gigi nak tumbuh? 4. Adakah bahaya sekiranya gigi baby tumbuh terlalu cepat daripada sepatutnya? 5. Bagaimana memilih ubat gigi & berus gigi yang sesuai dengan peringkat umur anak. 6. Seawal umur berapa anak boleh pakai braces? 7. Bolehkah kanak-kanak melakukan whitening pada gigi? Sekian terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Hi Pn, 1.bila gigi susu dah dicabut awal akibat kerosakan, gigi kekal mungkin akan lambat tumbuh sebab belum sampai masa. 2.gigi senget boleh jadi elok balik apabila semua gigi kekal dah tumbuh.Ibu perlu pantau dahulu dan mendapatkan pemeriksaan pergigian setiap 6 bulan sekali. 3.ya,itu adalah satu sebab leleh air liur dan suka menggigit. 4.tidak bahaya.pn hanya perlu menjaga kebersihan mulut dan gigi anak sentiasa. 5.gunakan ubat gigi yang berflorida dan berus gigi yg lembut sentiasa. 6.braces boleh dipakai sekiranya perlu setelah semua gigi kekal sudah tumbuh dan susunan gigi kekal tidak sekata. 7.tidak Terima kasih

hi.. sy mama kpd ank yg berumur 1thn 8bln.. ank sy tumbuh gg, tetapi sy jarang gosok gg nya..tapi apabila sy start gosok gg nya, ada keluar drh kt gg n gusinya..sy dh guna berus gg utk usia nya..so apa patut sy lakukan.? 2. bolehkah sy guna ubat gg berflorida utk ank sy itu. 3. macam mna nk wujudkan suasana seronok utk dia mudah gosok gg..dh pelbagai cara sy gunakan tetap kna paksa dia bukak mulut utk memberusnya tq

Baca lagi
2y ago

Hi Pn, Pn kena rajin pujuk anak puan untuk gosok gigi.penjagaan awal adalah amat penting.gunakan berus gigi yang lembut. Pn boleh menggunakan ubat gigi yg berflorida yg rendah. Pn boleh menjadikan berus gigi satu aktiviti menarik dengan mainkan lagu..gosok sambil menari.pn juga boleh beri pujian, tepukan atau hadiah kecil untuk mendorong anak Pn Thank you

Super Mum

hi Dr sri, i nk tny, apakah langkah awal yang perlu dilakukan untuk mengelakkn berlakunya carries gigi kpd bayi sy.? . baby sy tumbuh gigi pd umur 6bln, n mngamalkn gosok gigi mnggunakan ubat gigi yg ssuai stiap hari. sy dapati bhgian gigi atas sudah ada carries gigi. . apakah langkah yang harus sy lakukan untuk pnjagaan gigi yang lebih btul. . tq Dr🙂

Baca lagi
2y ago

Hi Pn Nur, Karies gigi boleh dielakkan dengan sentiasa pastikan mulut dan gigi bersih. Pemeriksaan pergigian amat penting bagi pemantauan kesihatan gigi dan gusi. Dapatkan sapuan florida berkala di klinik. Apabila beri susu botol pastikan baby tak tidur dengan botol susu dalam mulut.keluarkan botol dan lap gusi dan gigi dengan kain lembap. Thank you

TapFluencer

Hi the gorgeous Dr, 1. Saya belum pernah bawa anak ke klinik gigi. If let say, bila gosokkan gigi anak lalu gusi anak berdarah adakah ia petanda yang tidak baik? 2. Bagaimana ingin menggosok gigi anak lebih-lebih lagi bahagian dalam? Ini kerana anak akan mudah menangis dan tantrum sewaktu menggosok gigi. Terima kasih, Dr

Baca lagi
2y ago

Noted. Terima kasih Dr

hai doc..anak saya 5 tahun...since 3 tahun dia mngalamai caries Gigi yg sgt teruk...skrg 4 Gigi hdpn atas dh Paras gusi kariesnya..Gigi geraham dpn kdua belah pun sama..dia dh xmenyusu badan sjk umur 3 tahun Dan xpernah susu botol..Soalan sy..bg gigi yg rosak tu perlu dicabut x?sbb jika x dicabut ia akn melarat ke Gigi lain

Baca lagi
2y ago

Hi Pn Nurul, Gigi rosak tidak perlu dicabut selagi tak sakit atau tiada jangkitan kuman.kena rajin jaga kesihatan mulut dengan menggunakan ubat gigi yg berflorida.kurangkan pengambilan makanan yang bergula dan mendapatkan pemeriksaan pergigian setiap 6 bulan sekali. Sekiranya ade gigi yang boleh ditampal, doctor akan membuat tampalan. Sekian terima kasih

anak berumur 1tahun 7bulan...sudah tumbuh gigi 4 atas dan 4 bawah tetapi yang saya pelik...kenapa ade tumbuh gigi yg jarak 2 batang gigi dari 4 gigi atas dan bawah itu...kiri kanan atas bawah..semua ade...boleh kah bergitu atau saya perlu bawa ke dentist clinic?

2y ago

Hi Pn Marmal, Gigi yang tumbuh jarak pada awalnya tiada masalah.gigi akan bergerak ke posisi yang betul apabila semua gigi dah keluar. Kalau pun ragu ragu boleh bawak ke klinik untuk pemeriksaan. Thank you

TapFluencer

Hi Dr. Sri, Berapa kerap yang diperlukan untuk anak2 berus gigi dalam sehari dan bilakah waktu yang digalakkan? Sebab anak2 sy tgh malam akan bangun cari makanan walaupun sebelum tidur dah makan & berus gigi. Thank you Dr. Sri🥰

Baca lagi
2y ago

Hi Pn Iman, Pn boleh pastikan anak Pn gosok gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari.Waktu pagi dan malam sebelum tidur. Pn kena juga pastikan anak puan gosok gigi semula selepas makan di tgh malam sebab sisa makanan yang terlekat pada gigi boleh merosakkan gigi. Terima kasih