Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi.. sy mama kpd ank yg berumur 1thn 8bln.. ank sy tumbuh gg, tetapi sy jarang gosok gg nya..tapi apabila sy start gosok gg nya, ada keluar drh kt gg n gusinya..sy dh guna berus gg utk usia nya..so apa patut sy lakukan.? 2. bolehkah sy guna ubat gg berflorida utk ank sy itu. 3. macam mna nk wujudkan suasana seronok utk dia mudah gosok gg..dh pelbagai cara sy gunakan tetap kna paksa dia bukak mulut utk memberusnya tq

Baca lagi
4y ago

Hi Pn, Pn kena rajin pujuk anak puan untuk gosok gigi.penjagaan awal adalah amat penting.gunakan berus gigi yang lembut. Pn boleh menggunakan ubat gigi yg berflorida yg rendah. Pn boleh menjadikan berus gigi satu aktiviti menarik dengan mainkan lagu..gosok sambil menari.pn juga boleh beri pujian, tepukan atau hadiah kecil untuk mendorong anak Pn Thank you