Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

hi Dr sri, i nk tny, apakah langkah awal yang perlu dilakukan untuk mengelakkn berlakunya carries gigi kpd bayi sy.? . baby sy tumbuh gigi pd umur 6bln, n mngamalkn gosok gigi mnggunakan ubat gigi yg ssuai stiap hari. sy dapati bhgian gigi atas sudah ada carries gigi. . apakah langkah yang harus sy lakukan untuk pnjagaan gigi yang lebih btul. . tq Dr🙂

Baca lagi
4y ago

Hi Pn Nur, Karies gigi boleh dielakkan dengan sentiasa pastikan mulut dan gigi bersih. Pemeriksaan pergigian amat penting bagi pemantauan kesihatan gigi dan gusi. Dapatkan sapuan florida berkala di klinik. Apabila beri susu botol pastikan baby tak tidur dengan botol susu dalam mulut.keluarkan botol dan lap gusi dan gigi dengan kain lembap. Thank you