Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doc. 1. Bila gigi susu anak patah, gigi kekal akan lambat tumbuh ke? 2. Kalau gigi kekal tumbuh tapi dia kadang-kadang senget, apa saya sebagai ibu patut buat? 3. Bayi suka mengigit dan meleleh air liur adakah pertanda gigi nak tumbuh? 4. Adakah bahaya sekiranya gigi baby tumbuh terlalu cepat daripada sepatutnya? 5. Bagaimana memilih ubat gigi & berus gigi yang sesuai dengan peringkat umur anak. 6. Seawal umur berapa anak boleh pakai braces? 7. Bolehkah kanak-kanak melakukan whitening pada gigi? Sekian terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Hi Pn, 1.bila gigi susu dah dicabut awal akibat kerosakan, gigi kekal mungkin akan lambat tumbuh sebab belum sampai masa. 2.gigi senget boleh jadi elok balik apabila semua gigi kekal dah tumbuh.Ibu perlu pantau dahulu dan mendapatkan pemeriksaan pergigian setiap 6 bulan sekali. 3.ya,itu adalah satu sebab leleh air liur dan suka menggigit. 4.tidak bahaya.pn hanya perlu menjaga kebersihan mulut dan gigi anak sentiasa. 5.gunakan ubat gigi yang berflorida dan berus gigi yg lembut sentiasa. 6.braces boleh dipakai sekiranya perlu setelah semua gigi kekal sudah tumbuh dan susunan gigi kekal tidak sekata. 7.tidak Terima kasih