Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr. Sri, Saya ada anak 1tahun nak masuk 3bulan, saya guna silicone finger toothbrush utk gosok gigi dan lidah dia tanpa menggunakan ubat gigi, just plain water. 1) Apakah cara penjagaan gigi yg sesuai utk bayi seusia bayi saya? 2) Saya takut nk letak ubat gigi sebab dia tak reti nk meludah keluar lg. Apa nasihat Dr. ? 3) Perlukah menggunakan ubat gigi khas untuk kanak-kanak, e.g. kodomo lion? 4) Anak saya sudah ada 4 gigi atas dan 4++ gigi bawah(gigi geraham otw). Dua gigi depan dia agak jarang - kenapa ya? Dia tak hisap puting kosong pun. Ada kesan berpanjangan ke? 5) Susah betul nk gosokkan gigi dia, selalu tutup mulut..blh bg tips? Thank ya Dr. Sri

Baca lagi