Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hi Dr Sri 🌹 saya nak tanya 1. selain daripada menggosok gigi , doktor ada tips tak bagaimana nak jaga gigi anak dari berlaku kerosakan? ada ke perlu sapu apa2 ubat pada gigi anak yang boleh di amalkan?supaya gigi anak tidak cepat rosak 2. betul ke doktor jika ank tertelan ubat gigi akan ada effect pada gigi kekal nya nanti? bila tumbuh? 3. berapa kali sehari anak perlu gosok gigi? adakah setiap kali selepas makan makanan manis atau hanya pada waktu selepas bangun pagi serta malam sebelum masuk waktu tido ? itu sahaja soalan daripada saya dan saya dahului dengan ucapan terima kasih kepada doktor atas kesudian doktor menjawabnya have a nice day 😉🌹

Baca lagi
4y ago

terima kasih doktor atas jawapannya dan juga ilmu yang di share...... okies done ss.. 😍🌹❤️nnti saya boleh masuk dalam nota saya bagi rujukan masa akn dtg...🌹