Breastfeed tak kurus

Hi, ada tips tak nak diet untuk breastfeeding mom? Orang lain breastfeed kurus, saya tak kurus2 😂 Saya fully breastfeed anak baru 1 bulan lebih, makan nasi sehari sekali je, makan manis jarang, buat air milo kosong je selalu. Jangan kecam saya nak diet please. Banyak kali dah kena body shaming sampai malu nak jumpa kawan2 lama 🥲

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pon x kurus. masa pregnant naik 12kg. lepas bersalin turun 6kg je. selebihnya menjadi lemak tepu haha. rasa kena tipu jugak sbb org kata boleh slim kalau bf. saya skrg dah masuk kerja so malas dan penat nak pikir nak diet. lagi2 sbb susu saya x meriah jadi takut nak diet. tapi kalau susu saya ok, mungkin saya akan kurangkan nasi, tak amek manis, lebihkan protein. kalau ada masa saya nak exercise. dulu zaman bujang saya mmg fit sbb kerap jogging tp skrg hmmm.... weekend pon takde masa sbb byk setelkan hal rumah dan sibuk jaga anak. dulu zaman bujang saya selalu buat intermittent fasting. saya rasa menjadi utk saya sebab pernah turun sampai nearly 10kg tapi dalam jangka masa yg panjang lah. sbb ni bukan diet extreme. awak try lah. apa pun be kind to yourself. badan kita amek masa 9 bulan utk naik berat masa pregnant. nak turunkan pon akan amek masa yg panjang. bukan sebulan dua. all the best :)

Baca lagi

Mungkin awak kurangkan karbo n makan mcm mase pregnant suku2 separuh tu. Yg tu paling sihat dan mase same boleh jaga badan. Plg penting kurangkan karbo dan manis2. Bukan nk kecam awak tp klau fully breasfeed dan skip makan takut nanti low blood anemia dan pening2 sbb badan awak tengah kilang susu utk baby. Baby makin besar makin bnyk dia ambik dr badan awak. Lagi satu, makan keral tapi sikit. Badan kite klau selalu skip makan dia akan simpan lemak sbb takut tk dpt makan next meal. Bila disimpan tu lah yg sebab kite gemuk dan susah turun.

Baca lagi
1y ago

Setuju. Saya fully bf, pernah skip makan ye, sebab konon nak maintain kan berat, last2 ke hospital 😅😂 Doc saya pun advice macam ni. 👍🏻 Alhamdulillah okay sekarang taknak buat macam tu dah huhu berat naik sikit je walaupun on pil perancang.

Buat healthy diet. Pemakanan yang seimbang, suku suku separuh. Good for breastfeeding. 👍🏻Kalau you tengok pyramid makanan, you boleh tahu what to avoid/kurangkan & what to eat. Exercise regularly. Tinggalkan je kawan tu! Ugh, what do they expect from someone yang baru bersalin? I ambik masa atleast setahun lebih tau nak back to shape, pastu dengan break out teruk lagi... Banyak benda nak fikir, ++ anak masih baby so kadang tu takde masa kan. Follow the flow. You can do it! 💪🏻🫶🏻

Baca lagi

It's okay sis. Soal berat badan naik turun selepas bersalin ni normal. 😊 First, hormon memang faktor yang utama. Kedua cara pemakanan kita. Awak ubah cara pemakanan awak. Awak amalkan diet suku suku separuh. Suku karbo, suku protein, separuh sayur/buah. Lagi bagus kalau awak ada jadual makan yang konsisten. Yang paling penting jangan skip makan atau lewat makan. Kurangkan fastfood/ junkfood. Nak elakkan lagi bagus. Do some exercises too. Good luck 🌹

Baca lagi
VIP Member

sy adalah slh sorang yg alami mcm puan.. 2 tahun 1 bulan fully bf anak berat bdn naik dgn jayanya..tp lepas ank dh stop bf.. alhamdulillah br berat turun sikit2.. alhamdulillah..jgn risau k.. ia ambil ms..yg penting bby sihat sbb dpt susu brkhasiat dr maknya..😉✌🏻mg dpmudahkan segalanya amiin

saya masa prengnant 86 kg sis, sebulan pantang turun 76kg , bulan kedua bedal jeh nak makan apa apa, bulan ketiga diet now dah 70kg 🤣 nak diet kena makan suku sis, bukan tak makan langsung .

TapFluencer

Suku suku separuh sis. Tu key ingredients dia sbb nya awk perlu kalori juga sbb susu badan kan byk guna tenaga. Cut sugar terus kalai blh ambil dari sumber asli mcm buah je. Semoga berjaya sis

Banyakkan makanan berkhasiat awak utk baby juga.. nanti dia tak dapat zat lemak tu.. makan je lauk berkuah, kurangkan goreng. Minum banyak air suam & makan buah sayur banyak ❤️

baru lg tu,sya anak 6 bulan baru blh kurus lbh kurus dri sblm ada ank..fully bf smpai ank 4thn..la ni kembg sikit la hihi..ayuh mama boleh,jgn risau..mkn yg berkhasiat ok

Mommy pkai perancang ke? Kot2 sbb perancang ke? Kawan sy fully bf tp bdn naik sbb x ssuai mkn pil. Dia cucuk depo ok pulak. Jd kurus sngt pulak