Diet untuk breastfeeding

Hi mommies. Anak saya dah 5 bulan, fully breastfeeding tak campur fm pon. Tapi berat saya tak turun2 since lepas beranak 😭 Saya makan nasi sehari sekali je, malam minum milo itupon tak letak gula/susu pekat. Punya lah struggle taknak makan banyak masa menyusu ni tapi tetap tak turun. Saya pam susu 3jam dapat 3oz/4oz. Kalau ikutkan taknak pon diet bila breastfeed anak ni, tapi tulah saya ni kerap sangat kena body shaming. Baru2 ni kawan husband tanya dia okay ke tak bila wife dah berisi 😭😭 Ada siapa2 boleh share tips untuk saya turun berat badan untuk breastfeeding mom?

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tak perlu diet awak. Tipsnya awak kena makan secara sihat dan exercise regularly. Although it sounds cliche tapi itulah realiti. Saya cuma buat apa yang saya share ke awak. Itu je. 😊 - Kurangkan processed food, junkfood, fastfood. Nak tinggalkan terus lagi bagus. Opt untuk real food. - Jadual makan kena konsisten. Tak boleh skip satu meal. Bila skip satu meal, kita akan tend to eat more in quantity for the next meal. Awak amalkan diet suku suku separuh. 👍 - Awak kena aktifkan diri. Selain kerja rumah, awak boleh bawa anak brisk walk di kawasan perumahan awak. - Kurangkan gula dalam diet seharian. Gula bukan hanya pada cane sugar. Tapi pelbagai. Dalam milo ada gula, dalam sos masakan ada gula, dalam buah ada gula. Milo walaupun tak letak gula/susu, kandungan gulanya masih lagi tinggi. Yang paling penting sekali, kurangkan atau elakkan stress. All the best mommy 🌹

Baca lagi

Itu la kan pengorbanan nak susukan anak. Ada orang walaupun bf makan apa2 je berat makin turun, begitu la sebalik nya. Metabolisme dlm bdn pun tak sama. Kalau rendah nak turunkan berat memang ambil masa. Diet santai2 je sis. Just kawal portion. Ambil nasi lebihkan protien dan sayur. Kurgkan yg berminyak dan yg manis. Tp jgn mendadak. Slow2 je. Seminggu puasa isnin dan khamis ka? Tp sis tgk la kalau tak menjejaskan berat bdn baby it okay. Abaikan org luar sis. Kurus ke berisi ke mulut org susah nak tutup.

Baca lagi

kalau breastfeeding patutnya tak boleh diet pun tapi jenis diet pemakanan yg penting. kalau makan kurang nanti effect penghasilan susu. nasi tak perlu catu pun tapi kawal portion. lebihkan sayur, protein dan buah. garam gula kena kawal. tak perlu pun air manis, milo ke apa ke. air masak cukup. air masak pun penting untuk penghasilan susu. boleh buat exercise dalam rumah. tak perlu keluar pun untuk exercise. youtube banyak jenis exercise dalam rumah. pedulikan kata kata orang. janji anak sihat

Baca lagi

makan real food. nak ganti milo dgn koko + susu segar. makan portion mesti ada sayur protien dan karbo. awak akan turun berat badan dgn care pemakanan yg betul 80% 20% senaman.mgkin buat kerje rumah extra. dah membantu bakar kalori. n snacking tu rajin² makan buah atau kekacang. anak sihat awak pon sihat+cantik yg penting jgn terlalu stress fikir nk turun berat badan sbb hormon stress akan buat semue sistem tubuh kacau bilau.

Baca lagi
TapFluencer

hii mommy. sy pula terbalik. makin kurus adalah. pdhal hati nak berisi balik. da berusaha mkn byk tp x naik juga. bila sy berjumpa dgn kwn2, org akan tnya kenapa makin kurus ni 🥲. mindset sy, biarlah org nak ckp apa. kurus pun salah gemuk pun salah 🤣. sy abaikan je.

kalau saya sebaliknya tau, saya pula makin keding. lagi stress. kena body shaming juga ,muka cengkung la apa. so awak ignorekan la badan besar ka kecik, awak myusu badan, anak perlu nutrien dari susu awak. gpun maybe awak mmg susah turun mcm kakak saya. janji husband okay takpa.

6mo ago

sama la sejak lepas bersalin ni sy auto jdi kurus habis dlu berisi sikit2 la ok tp bila da bf muka pn nmpk cekung huhu

Bru 5 bln sis.. its ok klu bdn x turun pun.. jd mak2 nie mcm2 prob kte hadap.. jgn la tambahkn stress tu.. abaikn je mlut org.. mnyusu nie klu bdn naik bkn sbb mknn je kdg hormon.. byk faktor lg.. buat ape yg sis mampu je..

bila bf jangan stress nak turunkan berat badan sis. kalau berat turun mendadak pun boleh affect susu, kesian kat anak. fokus pemakanan sihat, dan gaya hidup sihat. banyakkan exercise, inshaAllah membantu.

sye pun fully bf. sye dh ckp dgn husband untk 2y ni mmg sye xkn diet. sye mkn je mcm biasa. lgpun sye perasan kalau sye kurang makan, baby mcm xpuas susu.

6mo ago

yup lps menyusu mmg akan lapar. makan je mcm biasa sebelum2 ni. nnt anak dh 2thun bru diet. abaikan je mulut2 org sekeliling yg penting husband ok n ank kite kyg