dugaan pregnant 35weeks lari topik
6.03 5:41pagi Masih tak boleh tidur disebabkan tEringat kisah semalam. ADK datang rumah , suami baru balik keje , dia pegang suami dan check ic katanya ade orang report suami curi motor .padahal suami saya dlm sehari 8jam pergi kerja , lagi 16jam dengan saya je dirumah mahupun kemana mana. Tak tahu la sape yang tak puas hati dengan kami sampai fitnah macam tu sekali. Nasib suami tak kebalai , mungkin sebab tak ada bukti. Tu pon habis digeledahnya poket seluar dan bag suami. Ya Allah , takutnya saya kalau kejadian tu berlaku lagi. Walaupun kami tak bersalah , tapi bila main dengan zaman fitnah ni yang tak bersalah pon boleh masuk lokap ?? takut mende same berulang lagi? sampai sekarang saya tak boleh tidur masih teringatkan dan sedih. Tadi suami polis tahan pon menangis meraung saya dah lah mase tu tengah makan nasi. Sampai tak habis nasinye. Kadang terfikir nak pindah rumah rasa macam tak selamat je duduk kampung ni . Sebab setiap malam jumaat ada je ADK tangkap orang. Tapi tu la umh sewa skrg mhal gaji suami pon tolak socso kwsp dll semua dapat dlm rm985 je sebulan. Mummy semua doakan Semoga kandungan saya sihat waalafiat walaupun mama masih lagi duk terfikir n bersedih ni, doakan juga keluarga kami dijauhi fitnah dan diberikan kesihatan yg baik dengan IzinNya Allah SWT Amin.