Nak meluah dan perlukan pendapat

Lagi seminggu nak kena serah diri, hari ni 36w4d. Hujung hujung ni suami makin lama makin menyakitkan hati. Tak tahu la saya yang emosi atau dia yang memang menyakitkan hati saya. Setiap hari ada je benda nak buat saya sedih. Semalam, dia habis kerja pukul 1:30am, lepastu terus melepak balik pkl 3am sedangkan saya tunggu dia balik. Dia melepak makan nasi lemak, saya kt rumah tunggu dia makan maggi je :') and semalam jugak sbb dia dah balik lewat mcm tu, mmg tak cucuk insulin. Dari first saya kena cucuk insulin mmg suami yang tolong cucukkan sbb saya tak berani nak cucuk sendiri. Dia takda otak ke tak boleh fikir ke, bini dah sarat mengandung, dia sibuk nak melepak. Dah la mengandung anak sulung, memang sy takda pengalaman langsung. Walaupun sy skrg dah duduk kt rumah mak saya(sbb akan berpantang kat sini so duduk sini awal sikit) tapi saya nak lah spendtime dengan suami saya. Sebab memang lagi seminggu ni saya kena g hs utk serah diri. Sebab gdm on insulin. Kkdg rasa mak ayah saya lagi sayang kt saya dari suami sendiri. Mak ayah saya, kalau nak tinggalkan saya kt rumah sorang sorang pun, akan tanya saya berkali kali boleh ke tinggal rumah sorang sorang. Mengandung ni dah la ibarat bertarung nyawa. Masuk hidup, keluar belum tentu hidup. Buat nya saya keluar tak bernyawa, dia takda rasa ke nak spendtime masa puas puas dengan saya hmm. Hari ni pulak, main futsal. Janji nya sejam, tapi dia dekat futsal tu sampai sejam lebih. Saya pulak kena tunggu dia dalam kereta, dengan sakit pinggang nya. Dah hujung hujung ni memang serba serbi sakit. Padahal dah janji sejam je sebab tu saya okay nak ikut, lagipun kalau boleh mmg nak spendtime dengan suami puas puas. Sebab tak tahu apa jadi akan datang. Tah hidup tah mati. Tapi suami saya tak terfikir pun macam apa saya rasa. Siap nak sambung melepak kat kedai makan dengan kawan. Rasa tawar hati pulak hari hari macam ni. Saya je nak spendtime dengan dia, dia taknak spendtime dengan saya. Menangis dua jam saya fikir. Benda ni nampak benda kecil je, tapi itulah benda kecil tu la buat saya sedih. Tak tahu la emosi saya sebab dah hujung hujung ni sensetive ke, memang benda ni sedih. :(( nampak kecik je benda ni, tapi saya sampai terfikir nak bercerai sebab sedih sangat :(. Sebab suami selfish. Dia ingat beranak ni senang. Dah la anak pertama mmg takda pengalaman dan mungkin akan kena induce. Induce tu kan sakit. Mmg tak ready mental fizikal. Suami pulak macam ni, rasa macam takda support langsung dari suami. #pleasehelp

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

suami awak setiap hari mcm nie ke? atau minggu nie saja yg awak nk kena serah diri tu? mcm nie lah awak. kalau setiap hari mcm nie mmg sepatutnye awak tegur sahaja lah die. kalau baru2 nie dekat awak nk bersalin mcm nie, awak kena faham juga, die pun akan mengalami satu fasa di mana die x boleh kuar sesuka hati, dia akan ada tanggungajawab selepas ni. y don't u let him do what he want? awak pun byk benda boleh buat sendirian juga tau. kemas baju baby, baca benda2 berilmu tentang penjagaan baby selepas bersalin. kalau awak nk suami faham tentang hidup mati masa bersalin nie, mana2 suami mmg x akan faham sebabnye mereka x alami benda nie

Baca lagi
1y ago

Saya rasa hujung hujung ni la dia banyak sakitkan hati saya😭😭 sebelum ni mcm okay je, maybe sebab duduk rumah parents saya dia macam bebas sikit. Tapi tulahh sy pulak mcm tk boleh terima, emosi sikit sebab takut sangat nak bersalin sampai rasa nak 24jam husband ada dengan saya.

samalah nasib ..suami saya pun dari pagi sampai ke malam spendtime dgn kwn dia .. tpi ada perbezaan sikit la sbb suami saya blm dpt kerja dn hari2 saya tahan lapar kdg sehari pun tiada makan sudahlah tnggl sendiri .. lama sdh dia buat sya bgini skrg saya sdh 34w klau sakit pn saya call dia tidk smpai 5 minit dia d rmh kwn nya sdh call byk kali .. call vc call vc gitu ja tpi kwn nya lelaki dn sdh ada bini tak taulah kenapa sumpah saya sakit hati btl dn skrg biar saya sakit kh apa tdk juga dia kesah tapi klau kwn nya sakit dia risau sgt smpai bawa ke hospital tgh malam .. sya ada temujanji klinik pn jm 8 tpi dia suruh lgi kwn saya yg hntr

Baca lagi
1y ago

Sis kuat okay, semangat okay! Kita isteri isteri ni memang kena sentiasa faham husband. Husband takda langsung nak faham kita hmm😭 asyik fikir me time dia je, padahal nnti anak dah keluar anak tu mesti melekat dengan kita je sebab kita susukan dia. Sy rasa semua org yg dah jadi ibu tk pernah nak dapat me time, tak merasa pun me time.

sis kita sama sy 36w tp sy dah xlarat nak jalan kluar2 dah. sis larat lg ek. sy kluar pun smggu skali bli keperluan n mkn kt luar ngan suami other than that mmg merap je dkt umah walaupun suami yg beriya ajak. sy kata kt suami pegilah jln puas2 smntara blh sbb pantang nnt byk memerlukan husband di rumah brsama anak. sy xsnggup woa kena sidai dalam keta. duduk lebih stgh jam pun dah senak dlm keta tp sis mmg powerπŸ˜… sy tahu sis nk spent time ngan husband tp mybe dia tgk sis dah duduk kt umah mak dia rse sis dh selamat. apa pun tenang2 sis fokus pd diri sis je smntara nk brsalin ni lg baik

Baca lagi
1y ago

ni dah ada bukaan ke belum?.next time baik sis bersenam kat umah drpd kena sidai dlm keta. senak tu perut. your health is the no 1 priority for now. take my advise. sy maybe xpenting sgt bab2 nak spent ni sebab dah 2nd baby. n knows persediaan nak bersalin for mummy lg penting than everything

Rasanya sbb awak dah duduk rumah parents, jadi dia rasa free sikit.. biasalah ibu mengandung Kadang sensitive sikit.. takmo overthinking ok.. nanti susah pulak nak bersalin sbb salah sangka dengan suami.. saya masa mengandung anak 1 st pon cukup 36 minggu sy suh husband hantar rumah parents sbb nak berpantang n bersalin kat sini.. so suami boleh la masa tu dia nak OT ke, main futsal dgn kawan ke, or nak melepak sbb selama ni mmg dia dok melekat je dgn bini.. kita bg dia ME time sikit..

Baca lagi
1y ago

Tulahh saya pun rasa macam tu. Sebab parents sy ada kt rumah dia pun selesa la keluar balik malam malam. Cuma saya rasa tak patut la dia nak melepak sampai 3 pagi, buatnya saya terberanak tapi dia takda kat rumah macam mana kan. And maybe saya sensetive sangat dah hujung hujung ni. Banyak overthingking takut sangat nak beranak. Takut sgt tak dpt spendtime dengan husband betul betul.

sebelum ni suami sis macamana? mungkin sis dah start duduk dengan family kot, tu yang suami ambil kesempatan jumpa kawan kawan. Maybe dia fikir ada org lain boleh tengokkan sis. Doa banyak2 sis, tak pe bagi je dia masa me time, nanti baby dah keluar, dia kene jaga baby pula sama2 dgn sis. And agak normal juga perasaan kita sensitif bila hamil, yelah macm2 fikir.. syaitan sentiasa hasut je.. Take care sis, jangan sedih sedih.

Baca lagi
1y ago

Tulah saya pun rasa saya yang sensetive. Tapi sy still tak boleh terima husband buat mcm ni. Saya rasa dah hujung hujung ni la saya paling memerlukan husband saya. Saya ni mcm mcm sgt fikir, takut sgt sgt nak bersalin. Saya mmg tak ready mental and fizikal nak kena beranak induce. Sy rasa mcm dia patut support saya time mcm ni baru la saya semangat nak push anak dia. daripada melepak dengan kawan. Kawan tu bukan beranak kan anak dia pun haha. Papepun thankyou sis nasihatkan saya. Saya akan cuba positive kan pemikiran saya😭

bgtw je ape yg sis rse.. ckp yg sis nak spend tyme dgn dye.. ckp yg sis tkot nk bsalin.. ckp yg sis x nak dye lepak lme2 ngn kwn dye.. klu perlu nanges, nanges je dpn dye... bia dye pham..

1y ago

sye tyme awal2 preggy tu sye da ckp kt hsband.. sye perhati je tndakan dye.. cre dye jge sye tyme preggy & bsalin.. klu sye rse kurg memuaskn, memg anak dye sorg je la.. hahahahahha

Entah lah tak tahu nak kata apa. mcm sis terover ngtif sgt pula kat suami.

1y ago

Mungkin jugak sis. Maybe sy terlampau sensetive dgn keadaan. Tapi tula niat sy ni cuma nak spendtime dgn husband betul betul spendtime. And sy rasa sy memerlukan dia sgt sgt dah hujung hujung ni. Sebab saya overthingking sgt utk bersalin tu😭 takut gilaa

ehh week kita sama la... sy hari nib36week5hari