Luahan hati

saya dan suami dh 2bulan+ tidur berasingan. suami tidur dia ruang tamu, saya dan anak tidur dkt bilik. kami tak gaduh cuma saya rasa kemesraan antara kami tu dh berkurg. physical touch tu dh takde melainkan salam dan cium pipi shj waktu suami pergi dan balik kerja. saya sbg seorg isteri amat memerlukan sentuhan tersebut untuk mengurangkn penat menjaga anak seharian. sebelum ni kalau tidur sekatil, saya selalu je peluk suami waktu dia tido. jadi sedikit sebanyak saya dapat rasa kasih sayang dia. Lepas dah berpisah tempat tidur ni saya dh tak boleh buat macam tu dan saya rasa kekurangan kasih sayang. kami berpisah tempat tidur sebab anak & suami tidur ganas jadi tak muat satu ktil queen nak berkongsi 3org. sebab kedua, bilik ni terlalu panas untuk 3org tido. terlalu bahang. sebab ketiga, anak saya sejak 2bulan lalu susah nak tidur. kadang sampai jam 4 baru nk tidur. sblm ni jam 8pm dh tidur sampai esok. taktahu kenapa jadi macam ni. saya dh cuba ubah waktu tidur pon masih tak berjaya lagi. disebabkan tu suami tak dapat rehat secukupnya sbb dia pergi kerja awal pagi. sebab keempat, alarm untuk suami pergi kerja boleh mengganggu anak. anak saya takle dgr bunyi sikit mesti terjaga. disbbkn dia tido lambat, jadi kami terpaksa buat pilihan tu. saya tk mampu nk buat sleep training dekat anak. saya dh bincangkan hal ni dkt suami. kami cuba untuk letak air cooler. tengok hasilnya macam mana. mana la tahu anak boleh tidur dgn lena. sekiranya tak berjaya, kami cuba untuk beli katil single dan gabungkan dgn katil queen. untuk keselesaan semua. kalau tak berhasil jugak, saya taktahu dh nak buat macam mana😭 sampai bila kami kena tidur berasingan. sedangkan kalau bergaduh pon tak baik untuk tidur berpisah. padahal kami tak bergaduh pon tapi tidur berpisah😭buntu nya saya😭saya rindu suami saya walaupon kami duduk serumah tapi saya rasa kami ni hanya parents bukan husb n wife😔

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sejak anak saya susah nak tidur dalam baby coat, anak conquer katil kami. Jadinya suami terpaksa tidur di ruang tamu. Anak saya waktu tu 6 bulan, tidur kerap berguling ke sana ke sini, sebab tu anak saya lebih selesa tidur atas katil queen kami. Jadi kami buat keputusan, belikan katil single untuk anak bergabung dengan katil queen, tapi suami saya masih juga tidur di ruang tamu 🤣anak pula tidur dengan selesanya di katil single. Sekarang anak dah 11 bulan, tidur 8malam, bangun 8 pagi. Anak akan bangun sekali sekala cari botol air, lepas tu sambung tidur semula. Dan kami masih juga tidur berasingan. Point saya di sini, memang susah ye nak tidur bersama waktu ada anak kecil. Ye la..suami pun penat perlu rehat secukupnya untuk pergi kerja keesokan pagi. Mungkin suami rasa lebih selesa & cukup rehat bila tidur di ruang tamu. Dan juga tak nak ganggu anak tidur di bilik. Nanti anak terjaga, kita juga yg tak cukup tidur. Kita pun penat juga jaga anak seharian, perlu rehat secukupnya. Macam saya dapat conquer katil queen sorang², saya dapat recharge energy saya untuk jaga anak saya keesokan harinya. Jadinya kami terpaksa la berkorban demi anak untuk kebaikan bersama TAPI ni bukan bermaksud saya tak rindu pelukan & physical touch daripada suami saya. Saya sangat RINDU. Cuma buat masa sekarang kita kena pandai cari peluang untuk create the moment of two. Contoh, sebelum tidur, lepak di ruang tamu bersama suami, peluk suami, baring bersama, berbual. Insya'Allah pasti hilang penat seharian kita tu.

Baca lagi

saya setakat ni walaupun sempit husband still lagi tidur sekali. kalau nak luas sikit boleh tambah tilam single. husband saya pun kadang ada kerja tengah malam on call. kalau anak terbangun saya dodoikan balik dia sambung je tidur. Untuk anak boleh banyakkan aktiviti untuk dia. Nanti senang tidur.