ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera🤍 Puteri saya berusia 3bulan 29hari seperti tertera di app theAsianParent. Memerlukan car seat bagi tujuan ulang alik untuk ke taska kerana saya merupakan seorang frontliner dan bekerja sepenuh masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan. Saya bukanlah frontliner yang memberi rawatan kesihatan tetapi saya adalah frontliner yang bekerja dibelakang tadbir bagi menguruskan bantuan bantuan yang kerajaan malaysia bekalkan kepada semua rakyat Malaysia.. Sejujurnya bukan tidak mampu untuk membeli carseat untuk puteri pertama ini, tetapi hanya mencuba nasib dan memeriahkan suasana program ini. Saya masih dalam proses survey car seat di pasaran dan sudah semestinya carseat crolla ini salah satu dalam listing pembelian saya. Sekiranya ada rezeki pasti carseat ini akan menjadi pilihan saya utk puteri tercinta. Sebuah carseat yang boleh digunakan dari tahap bayi newborn sehingga sekurangkurangnya berumur 6 tahun,sangat bebaloi dgn harga yang ditawarkan. Walaupun memerlukan simpanan kewangan dikeluarkan,ianya pasti bebaloi bagi keselamatan puteri tersayang❣️ Semoga saya menjadi salah seorang penerima carseat❤️

Baca lagi

assalamualaikum.. mudah-mudahan ada rezeki kami sekeluarga.. anak pertama saya adalah kembar perempuan..memang agak sukar untuk membawa kembar tersebuk keluar.. bila dalam kereta saya terpaksa memegang kedua-duanya sekali..suami saya hanya kerja kampung..sekadar ambil upah..kadang2 sehari suami hanya dapat 20 ringgit sahaja..bila ada kerja..kami ada duit..bila takda kerja..kami terpaksa ikat perut..tp keperluan ank2 kami utamakan..😌..dan lagi satu..saya sedang menunggu hari utk bersalin kali kedua ini..first twin saya czer..dan skrg mengandung 36 minggu..agak sukar bagi saya memegang mereka didalam kereta..kerana mereka sudah lasak dan tidak mahu dipegang..selalu ditindih2 perut saya ni..tp saya tak mampu mengadu kepada suami..kereta yg kami guna..sekarang meminjam arwah ayah mertua saya..kami tidak memiliki moto mahupon kereta..semua hanya pinjaman..🙂tapi saya sentiasa bersyukur..dan saya yakin akan rezeki Allah satu hari nanti.. mudah2han ada rezeki kami..dpt ringankan tenaga saya yg hanya menunggu masa utk terima cahaya mata baru..serta saya tak mampu utk memegang 3 org anak nanti jika saya bersalin nanti.. terima kasih..maaf..saya redho

Baca lagi

Assalamualaikum. hai TAP. Terima Kasih kepada TAP dan Berjaya Sompo & Crolla kerana berbesar hati untuk memberi bantuan car seat kepada kami. Anak saya berumur 2 bulan. Saya yang dahulunya bekerja sebagai kerani telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah melahirkan anak kerana masalah kesihatan anak yg tidak mengizinkan saya untuk bekerja. Akibat pendamik saya telah diberi gaji separuh sahaja. Semasa berumur 1 bulan anak saya telah dimasukkan ke wad kerana kekurangan sel darah merah dan selepas discaj anak saya akan sering berjumpa dengan doktor pakar. Suami saya seorang buruh yang bekerja di kilang papan. Untuk ke klinik agak menjadi masalah kerana terpaksa mengambil cuti. Saya sangat memerlukan car seat kerana senang untuk saya membawa anak saya ke klinik tanpa bantuan suami saya. Memandangkan sekarang hanya dia seorang sahaja yang bekerja, kalau boleh tak nak selalu ambil cuti nanti tiada gaji. Untuk membeli yang baharu juga membuatkan kami berfikir berkali kali kerana harga car seat agak mahal juga. Saya sangat berharap diberi peluang & rezeki untuk mendapat bantuan ini. Semoga Allah permudahkan Segalanya. Terima Kasih.

Baca lagi

Assalamualaikum hai admin... sy merupakan suri rumah yang menjaga 2 ank di mana salah seorang anak saya merupakan anak istimewa. Car Seat buat bayi saya ini sangat bermakna untuk kami supaya si abang yang merupakan anak istimewa tidak perlu mengorbankan car seatnya untuk diberikan kepada si adik. Dengan car seat tambahan daripada BERJAYA SOMPO, CROLLA dan theAsianParents, saya dapat menjamin keselamatan kedua anak yang saya sayangi sepenuh hati. Car Seat ini juga bakal menjadi kemudahan yang dimanfaatkan secara penuh untuk keperluan berulang alik hospital untuk kedua adik beradik ini kerana si abang yang hanya berumur 4 tahun ini masih mempunyai appointment mingguan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya, PJ, manakala si adik perlu menghadiri temujanji vaksinasi. Suami saya bekerja dan kehilangan sebahagian besar pendapatan sejak PKP bermula. Manakala saya pula kehilangan pekerjaan ketika PKP. Amatlah besar pemberian ini kepada keluarga kami sekiranya anak saya dipilih untuk menjadi penerima car seat ini. Terima kasih BERJAYA SOMPO, CROLLA dan theAsianParents 🤗

Baca lagi

Assalammualaikum , haii TAP . saya seorang surirumah sepenuh masa dan juga seorang ibu kepada 2 orang puteri . suami berkerja sbgai pemandu van skolah , dibawahan 1 sekolah cina . sekarang hanya bekerja berniaga kecil kecilan menjual sarapan pagi . kalau rezeki memenangi car seat ini memihak kepada saya . syukur alhamdulillah . saya amat memerlukan car seat kerana anak pertama saya Arriana hareesa , berusia 2tahun 1bulan ( 14.9.2019 ) . anak kedua saya , Armani Nurhannan ,berusia 6 bulan (28.3.2021 ) . dan saya juga sedang hamil berusia 18minggu , yang dpt mengetahui semasa kandungan sudah pun menjangkau 16minggu . rezeki tidak diduga walaupun tidak pernah terlepas mengambil injection depo walaupun sehari . saya berharap dan amat bersyukur jikalau memenangi car seat ini kerana lebih terjamin keselamatan anak anak saya jika sy memandu dengan keadaan kandungan sy semakin membesar . syukur alhamdulillah . Apa sekali pun . jutaan terima kasih BERJAYA SOMPO , CROLLA & theAsianparent Malaysia . dari sy NUR ASYIKIN BT EADY pregnant mother and mother of two daughters

Baca lagi

First of all I would like to take this opportunity to thank you theAsianparent Malaysia , Crolla Malaysia and Berjaya Sompo Insurance for organizing such a quality Car Seat giveaway for the needy. Its such a generous and thoughtful giveaway. Thank you 🥰🙏👏🇲🇾 I would like to nominated myself to win the car seat because I have been desperately looking into buying new car seat for my toddler years back unfortunately I haven't done due to financial problems arise due to MCO last year because my husband's income has been effected due to this. Everyday I travel to school back and forth for almost 30km to send my 2 kids to school and my youngest son who is 4 years old now travels alongside me. He doesn't have a proper car seat to travel with me. I wish for this new Car Seat from Crolla Malaysia would give me a safe and peaceful ride without worries in my everyday life of traveling to school and also to many wonderful journeys with my kids. Child's Age: 4 years Child's Weight:15KG Car model:Proton Preve Thanks again for the wonderful giveaway 🥰🙏

Baca lagi

Salam, saya dan suami tidak bekerja selama 2 tahun semenjak PKP 1.0 sehingga kini, saya pernah bekerja di Restoran Makanan di ibu kota manakala suami pernah bekerja di Perak. Oleh kerana kesukaran dari segi pengurusan, jualan, saya terpaksa diberhentikan kerja dan suami tidak boleh merentas negeri untuk mencari rezeki, kami terkandas di kuala lumpur. Kami hanya bergantung kepada duit simpanan yang ada untuk kelangsungan hidup kami dan anak didalam kandungan. Insyallah diizinkan tuhan, saya akan melahirkan anak pertama kami pada awal bulan November 2021. Kami hanya mampu berdoa semoga segala urusan kami dipermudahkan dan diberkati. Apabila saya membaca bantuan Carseat oleh penaja Berjaya Sompo dan Crolla, saya ingin mengambil peluang ini untuk mencuba kerana ia dapat membantu kami dari segi kemudahan kewangan, perjalanan yang selamat dan selesa untuk anak kami kelak untuk pulang kekampung. Jasa penaja amat kami hargai dan menerima dengan hati terbuka. Sekian terima kasih.

Baca lagi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada TheAsianParent ,penaja Berjaya Sompo dan Crolla atas peluang ini. Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap keselamatan anak ,saya sebagai ibu kepada 5 orang anak takkan lepaskan peluang keemasan ini,saya amat takut dan was2 apabila di dalam kereta tanpa ada kerusi keselamatan anak ini di dalam kereta saya,saya risaukan anak2 saya yang masih kecil..jika ada kerusi keselamatan ini,nyawa anak lebih terjaga dan terjamin juga selesa apabila membuat perjalanan yang jauh.saya ingin memenangi satu kerusi keselamatan ini untuk anak saya yang berusia 2 tahun 8 bulan. Disebabkan saya hanyalah suri rumah dan suami sahaja bekerja,begitu sukar untuk kami membelinya dan disebabkan juga sekarang pandemic covid19 kami terpaksa kumpul dahulu duit ,kerana keperluan anak2 yang lain yang masih bersekolah. Saya harap saya antara ibu yang bertuah dapat bagi hadiah yang bernilai ini untuk anak saya.

Baca lagi

Assalamualaikum semua.. Hai TAP.. Saya seorang suri rumah sepenuh masa, saya ada 3 orang anak, yg pertama umur 6 tahun, yg kedua umur 4 tahun, yg ketiga berumur 2 tahun dan InsyaAllah pada mei tahun hadapan saya bakal bersalin untuk anak keempat. Saya sangat² memerlukan bantuan car seat yg pihak Berjaya Sompo & Crolla adakan ini.. Memandangkan saya selalu berulang alik ke klinik bersama anak saya kedua & ketiga kerana perlu pantauan kerana anak ketiga kekurangan berat badan dan juga saya selalu check up krn mempunyai masalah GDM. memandangkan setiap hari suami berkerja saya terpaksa memandu sendiri & bawa anak² pergi ke klinik. Saya sangat berbesar hati dan berasa sedikit membantu bagi memastikan keselamatan anak saya yang tak reti duduk diam dalam kereta sekiranya saya terpilih bagi mendapat bantuan ini.. Saya sangat perlukan carseat.. Terima kasih BERJAYA SOMPO, CROLLA & theAsianparent Malaysia. Pertimbangan pihak kalian amat diharapkan.. 🤲🏻🙏☺️

Baca lagi

Assalamualaikum.. saya seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 1 y 9 m dan bakal melahirkan seorang lagi bayi perempuan pada bulan oktober ini. Insha'Allah, Semoga proses melahirkan dipermudahkan hendakNya. Saya tidak pernah berpeluang menggunakan carseat sepanjang mempunyai anak ini disebabkan ekonomi keluarga. Hanya suami yang bekerja untuk menyara kehidupan kami dan saya bersyukur atas rezeki yang ada. Cuma saya teringin mempunyai sebuah carseat bagi anak kedua yang bakal dilahirkan ini kerana keluarga kami bakal berpindah ke negeri Kelantan yang memang agak jauh jika mahu pulang ke kampung halaman di negeri Perak. Jika diizinkan saya boleh merasa melalui perjalanan yang selesa di dalam kereta tanpa perlu mendukung bayi selama hampir 8 jam di dalam kereta. Aamiiinn.

Baca lagi