ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum hai admin... sy merupakan suri rumah yang menjaga 2 ank di mana salah seorang anak saya merupakan anak istimewa. Car Seat buat bayi saya ini sangat bermakna untuk kami supaya si abang yang merupakan anak istimewa tidak perlu mengorbankan car seatnya untuk diberikan kepada si adik. Dengan car seat tambahan daripada BERJAYA SOMPO, CROLLA dan theAsianParents, saya dapat menjamin keselamatan kedua anak yang saya sayangi sepenuh hati. Car Seat ini juga bakal menjadi kemudahan yang dimanfaatkan secara penuh untuk keperluan berulang alik hospital untuk kedua adik beradik ini kerana si abang yang hanya berumur 4 tahun ini masih mempunyai appointment mingguan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya, PJ, manakala si adik perlu menghadiri temujanji vaksinasi. Suami saya bekerja dan kehilangan sebahagian besar pendapatan sejak PKP bermula. Manakala saya pula kehilangan pekerjaan ketika PKP. Amatlah besar pemberian ini kepada keluarga kami sekiranya anak saya dipilih untuk menjadi penerima car seat ini. Terima kasih BERJAYA SOMPO, CROLLA dan theAsianParents 🤗

Baca lagi