ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam, saya dan suami tidak bekerja selama 2 tahun semenjak PKP 1.0 sehingga kini, saya pernah bekerja di Restoran Makanan di ibu kota manakala suami pernah bekerja di Perak. Oleh kerana kesukaran dari segi pengurusan, jualan, saya terpaksa diberhentikan kerja dan suami tidak boleh merentas negeri untuk mencari rezeki, kami terkandas di kuala lumpur. Kami hanya bergantung kepada duit simpanan yang ada untuk kelangsungan hidup kami dan anak didalam kandungan. Insyallah diizinkan tuhan, saya akan melahirkan anak pertama kami pada awal bulan November 2021. Kami hanya mampu berdoa semoga segala urusan kami dipermudahkan dan diberkati. Apabila saya membaca bantuan Carseat oleh penaja Berjaya Sompo dan Crolla, saya ingin mengambil peluang ini untuk mencuba kerana ia dapat membantu kami dari segi kemudahan kewangan, perjalanan yang selamat dan selesa untuk anak kami kelak untuk pulang kekampung. Jasa penaja amat kami hargai dan menerima dengan hati terbuka. Sekian terima kasih.

Baca lagi