ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum. hai TAP. Terima Kasih kepada TAP dan Berjaya Sompo & Crolla kerana berbesar hati untuk memberi bantuan car seat kepada kami. Anak saya berumur 2 bulan. Saya yang dahulunya bekerja sebagai kerani telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah melahirkan anak kerana masalah kesihatan anak yg tidak mengizinkan saya untuk bekerja. Akibat pendamik saya telah diberi gaji separuh sahaja. Semasa berumur 1 bulan anak saya telah dimasukkan ke wad kerana kekurangan sel darah merah dan selepas discaj anak saya akan sering berjumpa dengan doktor pakar. Suami saya seorang buruh yang bekerja di kilang papan. Untuk ke klinik agak menjadi masalah kerana terpaksa mengambil cuti. Saya sangat memerlukan car seat kerana senang untuk saya membawa anak saya ke klinik tanpa bantuan suami saya. Memandangkan sekarang hanya dia seorang sahaja yang bekerja, kalau boleh tak nak selalu ambil cuti nanti tiada gaji. Untuk membeli yang baharu juga membuatkan kami berfikir berkali kali kerana harga car seat agak mahal juga. Saya sangat berharap diberi peluang & rezeki untuk mendapat bantuan ini. Semoga Allah permudahkan Segalanya. Terima Kasih.

Baca lagi