ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA

BANTUAN CAR SEAT ISTIMEWA KEPADA 10 KELUARGA BERTUAH UNTUK MEREKA YANG KURANG BERKEMAMPUAN. . Adakah gabungan pendapatan isi rumah anda RM4,000.00 ke bawah? Jika ya, ini peluang untuk anda! Jadi salah satu keluarga yang bertuah untuk membawa pulang Car Seat Istimewa dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Komen umur anak anda dan mengapa anda memerlukan sebuah car seat, di post rasmi ini. . Semoga keluarga anda berjaya ya, parents TAP 😘

ISTIMEWA BANTUAN CAR SEAT DENGAN KERJASAMA BERJAYA SOMPO & CROLLA
296 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum.. saya seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 1 y 9 m dan bakal melahirkan seorang lagi bayi perempuan pada bulan oktober ini. Insha'Allah, Semoga proses melahirkan dipermudahkan hendakNya. Saya tidak pernah berpeluang menggunakan carseat sepanjang mempunyai anak ini disebabkan ekonomi keluarga. Hanya suami yang bekerja untuk menyara kehidupan kami dan saya bersyukur atas rezeki yang ada. Cuma saya teringin mempunyai sebuah carseat bagi anak kedua yang bakal dilahirkan ini kerana keluarga kami bakal berpindah ke negeri Kelantan yang memang agak jauh jika mahu pulang ke kampung halaman di negeri Perak. Jika diizinkan saya boleh merasa melalui perjalanan yang selesa di dalam kereta tanpa perlu mendukung bayi selama hampir 8 jam di dalam kereta. Aamiiinn.

Baca lagi