Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Dreaming of becoming a parent
due date dah lepas tapi tak bersalin lagi
Hai. Ada tak sini yg dah overdue tapi xbersalin, xdak tanda ape2 lagi. Sy due 22.4 dah lepas dua hari. Tanda2 pun takda lg ni. Risau nye lahai. Anak sulung. Doctor bg lajak seminggu, kalau xbersalin lg, 29hb kena admit wad.. tolong doakan sy ye. Semoga cepat2 dipermudahkan urusan bersalin. Esok bday mak mertua. Xtau la kalau bby nk share bday sama dgn tok nye. Tp Harini xde tanda apa2 pun lg. Tq
senggugut ringan di hujung kehamilan
2hari lg genap 36minggu.. dua 3 hari ni sy rasa sakit perut. Sakit seperti senggugut ringan. Start dari semalam, sakit ni berterusan. Sy xpasti ni ke yg dimaksudkan Braxton Hicks sbb ni kandungan pertama. Adakah ini tanda2 sy akan bersalin dlm masa terdekat ni means 1 2 minggu lg. Kalau ikut due 40week tu 4minggu lg..rasa sakit senggugut ringan dan kerap kencing je buat masa skrg. Lain2 xda mslh.. ada yg boleh kongsi pengalaman.mungkin sama situasi mcm sy. Bersalin masa minggu keberapa? Tq
nama baby girl
mommy2 yg sporting baik hati tolong vote sat. which one better?? Siti Anisa Safiya Siti Irdina Safiya Siti Yuina Safiya Siti Daneen Safiya Siti Raisya Safiya Maksud ? Safiya - suci Aneesa - mesra/penglipur lara Irdina - kehormatan Yuina - semangat berwibawa (Japanese) Daneen - puteri Raisya - pemimpin/puteri
berat baby
Assalamualaikum nak tanya. Scan 33week berat baby 1.8kg. normal ke ? Doc cakap normal. Sy pun okey la. Tp bila ramai cakap kecik.nak2 plak scan tu doctor pelatih. Scan kk. Dan2 rasa tertanya2. Huhu.. ibu2 lain mcm mana? Share pengalaman dan pendapat please. Ank sulung. Sekadar bertanya. Kot ada yg baik hati nk share terima kasih sgt2. Yg rasa annoyed, mohon scroll laju2 ye.
baju raya
Haii.. sini sapa geng raya dalam pantang ??sy due dua hari puasa. Besar kemungkinan raya tu belum habis pantang 44 hari. Boleh bg cadangan or pengalaman x? Mmg perlu ke beraya berkain batik? Xboleh pakai lawa2 mcm normal? Xde pengalaman. Ank first. Tq
minyak kelapa dara
Hai.. saya sekarang sedang hamil 30minggu.. means 7 bulan lebih. betul ke MKD boleh membantu memudahkan bersalin? Bila waktu sesuai ye utk sy consume minyak kelapa dara? Mcm mana cara pengambilan? Kena minum ke? Dan boleh suggest x minyak kelapa dara brand apa yg best? Tq
electric breastpump
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sy mommy yg bekerja. Tgh survey breastpump yg ok dan harga berpatutan untuk baby first. Nak tanya. Kat sini ada tak yang berpengalaman guna electric breastpump momo house ni? So far okey tak? Share good n bad breastpump ni. Tq so much.
Hai. Boleh mommy2 suggest x. Nm untuk bby girl.. Siti ....... Saffya Tlg suggest sesuai nk buh apa kat tgh tu. Dah Google, FB. Minta pndgn sini sama. Ibu2 sini ramai yg kreatif. Nk combine klasik + moden yg membawa maksud elok tp xkreatif ? xde idea . Tqvm. Sporting eh. Yg nk kecam sila scroll laju2
scan xnampak jantina
Assalamualaikum ibu2..now sy 26w.. baru lepas scan di klinik swasta. Utk 2,3,4,5d.. termasuk details scan lah. Alhamdulillah so far doctor cakap ok. Tp jantina xnampak. Sebab baby kepit peha.. doctor suggest repeat scan lagi seminggu. Nak tanya, sini ada x yg berpengalaman kena repeat scan sbb kali pertama scan xnampak. Next scan tu nmpk ke? Sy td tgn bby kt muka. So muka pun xjelas sgt. Tp doctor ckp kalau tgok muka tu mcm girl. Ramai yg teka bby girl.. sy pun rasa mcm girl. rasa excited plak nak scan next week. Lelaki ke perempuan xkisah pun sbnarnya. Cuma excited sbb first bby.. tq
due April 2020
hai. siapa sini geng due hujung bulan 4 2020? Dah start beli brg bby ke? sy 22.4.. kalau ikut minggu Harini 23 week something.. mcm mana nak kira eh? 24w ni dah kira 6bulan ke? confuse