VIP Member

HVSNI, Malaysia

mommy YAYa

About HVSNI

Posts(15)Replies(1546)Photos(30)
VIP Member
Write a reply

suntikan depo : pengalaman saya

Just sharing ? . Sy bersalin 21hb 10 2018. Masa baby 3bulan sy plan nk ambik implanon. Yg pasang rod kt lengan tu. Jadi masa check up anak sy diskus dgn nurse. Nurse ckp cuba cucuk depo dulu. Dalam ubat utk ccuk depo tu sama dgn implanon, dua jnis alat perancang ni rembes hormon progestron. Hormon ni akan tebalkan mukus dlm rahim utk xbg sperm melekat kt dinding rahim strusnya elak persenyawaan. Nurse inform lagi, ad kes bila psang implanon kena side efek skit kpla melampau, priod dtg berbulan2.. jd kena keluarkan balik. Rugi duit. Xsilap sy utk 3tahun rm4++. Jadi sy tanya nurse mcmna nk ambik suntikan ni. Nurse ckp 2 tempat. 1 kk suntikan 2bulan sekali ( sy xpasti brapa byaran nya foc xsilap), atau ambik di klinik swasta 3bulan sekali. Sy ambik swasta 3bulan skli. Skli ccuk rm30-rm35 (ikutcaj klinik). Side efek lepas cucuk: 1. Jd benjol kt tmpt cucuk . Cucuk suntikan ni smada di tepi bontot atau kt lengan. Mcm bola pingpong haa..haha.. tp kt bhgian dlm xtrbojol keluar. Sy kol klinik. Dorg ckp sstgah individu akan jd mcm tu. Lpas 2mggu hilang ? 2. Period. Lpas ccuk trus priod. 2mggu kau.. trkejut mak..?. Ok, alat prancang jenis rembes hormon ni minima akan ambik 3bulan utk sesuaikan dgn bdan. Jd 3bulan pertma mmg priod xmnntu. Bulan 2, priod 2mggu Bulan 3, spotting 2, 3 hri habis. Bulan 4 , priod 10 hri Bulan 5, spotting balik Selang seli sy punya priod ni ? 3. Rambut gugur biasalah kan. Masa ank dara lg rmbut mmg ggur 4. Ada ckp akan reput tulang. Ni betul, cuma bila kita stop dh ccuk. Tulang akan kembali asal. Tp xdla trus reput patah riuk.. no no ? take time jugak nak jd pun. Rajin2la mnum susu. Even dh brslin utk topup klsium . 5. Oversensitive : 3bulan pertama ccukk.. sensitif ya ampun jiwa ini.. skit2 nak nangis. Hubs gurau pn ngis. Belum play video sedih dah ngis. ?‍♀️ 6. Susu: sy memang mnyusu ank full bf. Xggu susu. Smpai skrg msih boleh . Ank dh nk msuk 11bulan ? (edit: sy tulis post ni masa ank 11bulan, skrg dah 1tahun) 7. So bulan lepas tiba2 priod xdtg lgsung. Laju suruh suami beli pregnancy test. Pheww -ve. ? pk dh sgkut . Ok. Sy guna 2 kaedah sbnrnya. 1 ccuk prncang, 2 suami buang luar. Klau trbuang dlm, cepat2 sy mkn pil prostinor. Pil prostinor: limit 4bji ja sbulan. Makan 1 dlm masa 72jam lpas brsma. Pil kedua mkn lpas 12jam pil prtama. Kami betul2 merancang sbb nk bg prhatian pd ank. Suami plak kerja 8am-10mlm. Masa main dia dgn ank terhad. Merancang keluarga dri segi agama adalah harus. Sbb bersifat sementara. Dan sy ingin tekankan. Komunikasi dgn suami sgtla penting. Org sllu kata berpntang jaga makan utk sihat bdan. Rahim pun 'kena berpntang. Lagipun sy brpntang sndri ?. Jarakkan kehamilan utk elak stress.. skian sharing.. Apa2 bolei drop komen n tanya. ?⚘ Utk post lain : sy ada share pengalaman? Berpantang sendiri? Cara mkn wktu gdm dulu? Bolei cek kt wall post sy. ?♥️ Edit : cucuk kali ke 4 10hb 11 sy tnya soklan berikut pd doc , 1. Betul ke ccuk depo reputkan tulang? Doc : ketahanan tulang mmg makin menurun , even kalau xccuk depo pn kita mgndung, mmyusukan ank, baby ambik klsium dari bdan kita. Jd kena mnum susu/ambil pil klsium 2. Berapa lama boleh ambik depo? Doc : smpai menopos pn boleh ?

Read more
Write a reply

Selusuh bunga/sanggul/akar Fatimah

Dari fb Dr. Izzat Selusuh bunga/sanggul/akar Fatimah Biasanya orang Melayu kita lebih arif berkenaan dengan air tersebut. Air biasa direndam dengan akar fatimah ataupun air biasa dibaca dengan mantera jampi serapah atau dicampur sikit dengan herba-herba yang memulakan kontraksi rahim. Air selusuh ni dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulukala lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin pecah air mentuban pecah atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu. Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan. Air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba - sekadar menamakan sedikit jenis-jenis selusuh amalan orang melayu. mungkin ada banyak lagi selusuh yang tidak saya ketahui. Selusuh jenis ini tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya - ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim. Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal. Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit. Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini, yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan. Pertama : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin - yakni ibu2 yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka Kedua : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena. Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita. Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat 'terasa' kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu. Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa - Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa. Saya bukan ostad mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan teman-teman follower yang disayangi. SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN - JANGANLER TERTIPU ! Ikhlas, Doktor yang tiada rahim

Read more
Super Mum
Write a reply

Pahit Manis berpantang sendiri ♥️

Just sharing. Please kalau yg jenis ikut 100% adat berpantang dan suka takut2kan org lain bahaya xikut rule berpantang. Jangan baca ? . Masa mgndung saya di Terengganu. Mama sy di kedah, mertua d Johor. Jadi suami prefer dia jaga sendiri sy. Kami mula cari resepi2 masa berpantang. Disebabkan sy gdm on diet. Sy trbiasa konsep pinggan sihat iaitu suku suku separuh. Mcmna tu? Tiap kali makan ada suku carbo (nasi) suku protien(ikan/ayam/tlur) dan separuh (buah/sayur). Boleh google pinggan sihat malaysia. Kami buat grup wsap. Kami msukkan resepi2 simple yg kami jumpa. Suami sy sgtla xreti masak ?. Tp usaha . Kandungan 8bulan kami trpksa balik johor sbb suami brtukar cawangan. Suami usahakan caik umah sewa. Sbb dia tahu isteri dia xkn selesa di rumah ibunya. Sbb mertua bela kucing. Jd kbrsihan out sikit ? Ank sy di wad selama 5hari Siang sy g hospital direct bf? Mlm sy bekal kn ssu yg sy pam? Kdg nurse topup guna fm? Peritnya bgkak susu 3am bngun pam . Suami teman kt sblah. Kami layan movie supaya xmgntuk.? Bertungku cuma 3x ja saya rasa . Time baby xda.. beli tungku eletrik. Stokin? Kejap ja lekat. Lpastu xpakai. Sy bca doc ckp org dlu pakai stokin sbb rumah kayu so lantai akan sejuk. ? Jamu? Xda.. sy cuma beli phytonatal utk lawaskan pmbuangan. Bengkung? Sy beli rm8 kt shopee sbb mkcik2 suami bsing. Saya jaga mkn smpai skrg ank sy 9bulan. Prut xmggelebeh. Dan berat sy msa preggy 45kg. Mgndung naik smpai 60kg. Senaman ringan sikit2..Skrg dah 45kg balik. Alhamdulillah ♥️ nanti sy buat entry psal ccuk perancang ya ? Anak balik rumah. The real adventure has begins! Haha. Nak mandikan baby. Sy tggu suami balik rehat jam 1pm. Nurse ckp xslah mndikan baby time tu. Jnji airnya suam. Suami pegang baby. Sy jirus n sabun. Part sabun kan licin kulit baby. Baby slow2 mggelunsur trun nk trlepas dri tgn suami. Dia da start mnjerit..haha.. sy jugak kena tenang. Ank da nk start merengek sbb xslesa. Eh dua2 ni sekeh kang. ? Bab makan : Lpas mndi baby. Suami jaga dia. Sy mkn. Apa sy mkn itula suami makan. 2 mggu pertama suami masakkan. Lpas dia balik kerja jam 8 dia msak. Kami video kol. Sy kt blik. Dia kt dpur. Ajar masak. 1st time dia msak bbur. Dia lupa cci beras. Nsebla sy tanya..klau x.. ades.. ? Sy xalergik telur. Jd sy dpt mkn time brpntang. Ikut nasihat mama sy, nk mkn ap pun cuba sikit dlu. Klau sakit perut lpas 2 jam. Jgn makan dh. Tringin roti cnai masa dlm pntang. Makan. Lpas 2jam ok. So go on. Tringin ikan kmbung. Mkn skit rasa gtal2 kt tmpt jahit. Trus stop. Jahitan da ok skrg da bolei kembali mkn ? Ank sy kuning 2hari ja. Sy darah o+ dia pun o+. Tiru ? Luka jahitan : Sy xpernah tgok. Penakut. Haha. Suami ttiskan ubat dan dia yg cek luka ok ke x. Benang da luruh ke x. Stiap kali nurse dtg umah. Sy akan minta tgokkan. Malu la kan. Tp aihh.. kna tnya yg pakar..?. Nurse ckp ok. Dia siap ambik cermin nk tnjuk kt sy. Sy da jerit jgn!! Dia tanya habis mcmna nk letak ubat. Sy ckp suami yg letakkan..hehe Nurse dtg rumah : paling best bagi sy. Minta tgokkan luka jahitan. Minta ajar cara nk cuci pusat baby. Bual2 psal makanan. Psal sembelit. Awal2 tu sy minta ubat lawaskan pmbuang kt nurse. Ubat kuning hbis pun sy minta. Ubat cci pusat baby trtumpah. G kk minta lagi..hehe ♥️♥️ Cara sy jaga luka jahitan : Setiap kali lpas kencing sy tukar pad. Kangkang ja depan kipas bg air kering. Da kering suami ttiskan ubat. Ttis smpai masuk dlm skit. Nurse pesan. Kangkang lg bg kering ubat. Baru pakai pad ? kalau time suami xda. Agak2 ja tuang xtgok. Penakut nk tgok ? 2 minggu lbih cntu. Sy dh msuk dapur. Rindu ? rindu nk masak. Lpas suami balik. Sy slow2 msak kt dapur. Heavennya rasa ?. Barut baby : baby sy xpakai. Doc ckp perut baby nmpak besar sbb organ dlaman dia besar . Perut dia kcik. So nmpak kembung. Utk elak baby kembung. Lpas susukan sendawakan dia. Ad baby tpuk sikit dh sendawa. Ada yg take time skit. Jadi kena sabar ?? Urut naikkan rahim : masa sy hari ke4. Kluarga mertua pksa sy diurut 1 bdan. Xpala.. ttba mkcik tu kangkang brdiri atas prut sy dia ckp nak naikkan rahim. Sy dh jerit time ni. Takut fobia brslin pn xhabis lg. Dia marah sy. Dia ckp nanti rahim xkcut ssah nk brsama suami. Ngis2 sy. Sy tahu doc dh bg ubat utk kcutkan rahim . So inshaAllah ianya akan mngecut. Dia ckp lg jgn cari dia klau ap2 jd. Nak balik ke rumah. Dia ikat bawah perut sy dgn kain yg digunting. Allah.. siksa ikatan kuat. Dia kata takut rahim jatuh. Sy ggahkan juga. Kami balik rumah. Suami da berlinang air mata tgok sy. ? Serius ada pahit ada manis. Rumah? Kdg mcm kpal pecah kdg macam kedai aneka. Haha. Baby tdur kami sma2 kemas. Lipat baju. Bual apa nak masak esok. Alhamdulillah.. bab suami ja sy brpntang 100 hari. Sbb nk bg luka dalaman betul2 sembuh. Tp erm..hari ke 98 sy yg terkam dia. Rindu suami oi!! Haha ??? Ok. Ini berdasarkan pengalaman sy. So please. Badan org lain2. Jika apa yg sy buat ni rasa memudaratkan elakkan la ya. Mana baik ikutlah. Jgn komen maki2 sudah..haha.. haipp!! Cubit kot Bonda Arya (9bulan 25hari) ?

Read more
Write a reply

Anak pertama : bukaan jalan lambat?

Write a reply