VIP Member

Wan Fatin Afiqah, Malaysia

Mother to a lovely daughter

About Wan Fatin Afiqah

Posts(62)Replies(1952)Photos(29)

Butter Rice with Chicken Stew - 10 month old recipe

RESEPI NASI BUTTER & STU AYAM (Hidangan 2x @ 3xmakan) Bahan bahan : Nasi butter : Beras putih 2 sudu besar (basuh dan tos ) 1/2 ulas bawang merah (tumbuk) 1 ulas bawang putih (tumbuk) 1 hiris halia (tumbuk) 1/2 cawan susu segar full cream Unsalted butter 2 sudu kecil Air secukupnya Stu ayam : Unsalted butter 2 sudu kecil 1 ulas bawang putih ( hiris nipis) 1/2 ulas bawang merah (hiris nipis ) 1/2 batang kulit kayu manis 1 hiris halia 1/2 biji bunga lawang Carrot Ubi kentang Pak choy *optional, takde takpe* Isi ayam 2 biji black pepper *tumbuk halus* 1 sudu besar tepung gandum (unbleached @ tanpa bahan pemutih) 1/2 cawan air 1 kiub mirepoix sebagai bahan perasa Cara cara : Nasi butter : 1. Tumis bahan2 yang dikisar @ tumbuk sehingga naik bau. 2. Masukkan beras yang telah basuh bersih, goreng seketika 1 minit. 3. Masukkan susu segar full cream, sekadar panas sebentar. Tutup api. 4. Transfer bahan2 tersebut ke dalam periuk kecil dan tambah air jika perlu. Buka api sederhana, tunggu sehingga nasi masak. * boleh transfer ke rice cooker terus kalau nak senang. Tapi sebab masak untuk baby sorang je, saya guna periuk kecil tanak atas dapur. Masak manual atas dapur, senang boleh buka penutup tengok2 kalau rasa tak cukup lembut nasi, boleh tambah air. Stu ayam: 1. Tumis bawang2 , halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. 2. Masukkan tepung gandum, goreng seketika. 3. Masukkan setengah cawan air dan mirepoix bersama carrot, ubi kentang dan pak choy. Renehkan seketika hingga carrot dan kentang empuk. 4. Seterusnya, masukkan lada hitam yang ditambah 2 sudu air. 5. Tunggu sehingga mendidih dan siap. 6. Hidangkan bersama nasi butter tadi.

Read more
Butter Rice with Chicken Stew - 10 month old recipe
Write a reply

Nasi Tomato & Ayam kurma versi baby 10 bulan

Nasi Tomato & Ayam kurma versi baby 10 bulan
Super Mum
Write a reply