hi mommies... saya nak tanya... lately ni anak saya asyik naik ruam merah2 kat area leher dia ni... saya duk letak bedak sejuk ja makin kurang dah... lepastu semalam dia nangis sambil garu2 tempat ni... harini tengok dah jadi teruk macamni... ada tak mommies yg berpengalaman macamni... apa benda ni? #seriusnanya
Read moresalam and hi mommies... bayi saya berusia 2 bulan lebih dan belakangan ni dia jarang sangat berak... 4-5 hari sekali baru berak... is it normal? tapi dia kencing banyak laa jugak....saya bagi susu badan+ fm tapi more to susu badan laa ...fm sehari dalam sebotol 60ml tu ja #pleasehelp #firstmom #seriusnanya
Read morebersama suami selepas 100 hari
assalamualaikum mommies.... saya new mom... sekarang usia baby saya dah 2 bulan++ ....tak lama lagi akan lepas pantang 100 hari utk brsma suami... hubby slalu usik ckp xsabar tggu lepas pantang... in medical 6w dah memadai utk bersama suami, tp saya tak pasti adakah lepas 100 hari betul² selamat utk bersama suami? luka luaran dah bercantum... dalaman taktahu... kalau lepas 100 hari confirm selamat then saya berani laa.... nak tau pengalaman mommies semua... tolong share yaa #pleasehelp #ingintahu
Read moresaya pregnant sekarang dah 37w lebih anak pertama... saya da lama fikir apa perancang yang sesuai nak ambik nanti. saya tak boleh makan pil sebab saya sejenis yang lalai bab makan ubat setiap hari ni, even iron tablet pun saya selalu lupa walaupun dah set alarm kat fon, saya mengaku memang saya tersangatlah cuai. kalau nak ambik depo pun ramai orang cakap tak bagus sebab side effect dia. saya ingat nak ambik implan sahaja tapi ada jugak yang cakap tak semua orang doktor benarkan untuk ambik perancang jenis implan. tolong saya, saya buntu ni saya masih muda baru umur 22 tahun... plan nak gap dalam 5 tahun untuk anak kedua sebab suami saya pun muda lagi baru 20. bukan taknak merancang sendiri tapi kandungan pertama ni pun lekat bila saya bersama suami time saya tak subur padahal dah merancang lepas kahwin nak gap setahun dulu tapi rezeki awal tarikh saya pregnant 10 hari lepas kahwin. #seriusnanya #firstmom
Read moreAssalamualaikum...disini saya cuma nk luahkan, saya #firstmom & saya merupakan seorang nurse... jd saya tahu tentang akibat minum air selusoh yg kononnya dapat memudahkan proses bersalin jd saya menolak sekeras²nya perkara tu. Ibu mertua pula jenis yg suka amalkan jenis² perbatan herba, akar kayu dan sbg. Saya x nafikan ibu mertua saya TERSANGATLAHHH BAIKK dan sygkan saya mcm anak sendiri. Baru² ni ibu mertua buatkan air selusoh iaitu air yg direndam dgn genggam fatimah yg dibeli dari tanah suci. Saya tahu niat beliau ikhlas nak memudahkan proses bersalin saya tapi untuk menegur hal ni saya rasa serba salah. Saya dah berbincang dengan suami dan suami pun dah bagitahu ibu mertua tentang keburukan air selusoh ni... tapi ibu mertua saya marah dan cakap seolah² suami saya degil taknak bagi saya bersalin dengan mudah. Kalau dah anaknya yg bagitahu pun macamtu, saya lagilah. Tadi saya bangun kencing(tengah malam) dan saya tuang air selusoh yg dalam jug tersebut kedalam singki, dan gantikan dengan air kosong sahaja. Allah ja yang tahu rasa bersalah ni macam mana dengan ibu mertua sebab dia dah susah payah utk saya tapi saya buang air tu. Saya terpaksa... saya taknak benda buruk jadi pada kandungan pertama saya dan saya tak nak alami kesakitan yang teramat sangat sebelum sampai masa bukaan lubang. Tolong bantu tenangkan hati saya 🙏😌
Read morehi semua, saya ada masalah keputihan. kalau kencing je pastu saya bersihkan mesti ada lekat kat jari keputihan dahla pekat macam keju... bila pergi kk ambik sample test tu doktor cakap takda kuman apa pun. masuk ni dah dua kali ambik sample keputihan tu. saya risau takut jangkitan kuman tu doktor takdapat kesan ke apa... sebab keptihan ni bukan macam biasa... kadang kuning kadang nak hijau.... apa perlu saya buat? #ingintahu #seriusnanya #pleasehelp
Read morehi harini kandungan saya 19w4d.... baru2 ni saya ada pergi tgk mat kilau dgn husband... lepas pada tu anak dlm perut ni aktifnya ya Allah.... saya syak dia dah belajar bersilat ni hahahha gurau² ...tapi betul² aktif... zup zup zup dia bergerak... saya yang perhati perut bergerak ni jadi terkejut tercengang tengok pergerakan dia.... pastu bila saya bersembang dengan dia.... dia cepat betul respon... adakah ni tanda anak saya sihat atau sebaliknya ya? #ingintahu
Read more